Tuesday, November 10, 2015

Empat Hari Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat Hari Deepavali untuk seluruh kaum India di Malaysia. Semoga kita semua sentiasa hidup di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Termasuk hari ini sudah empat hari aku bercuti di rumah. Seronok tidak terkira. walaupun duduk di rumah lebih memenatkan dari pergi kerja tetapi inilah perkara yang lebih membahagiakan.

Mulalah nak menanam impian mahu menjadi suri rumah. Hehehe. Kalaulah dapat alangkah seronoknya. Semalam pagi aku hantar anak-anak pun tidaklah kelam-kaut seperti pagi yang aku mahu ke kerja. Yelah, nak kejar thumb print.

Hari ini mahu menyambung buat cookies. Malam tadi aku sudah adun tepungnya. Cuma pagi ini aku kena mengemas rumah dulu sebab rumah dah macam tongkang pecah. Sibuk di dapur sampai rumah tak dapat nak kemas. Jadi pagi ini misi mengemas rumah. Dah lama tak vakum dan mop rumah. Hari ini juga perlu dilakukan.

Salah satu frame yang tergantung di dalam bilik komputer. Bilik komputer tu kecil tetapi isi dalamnya begitu banyak. Rak buku je ada dua dengan kotak yang berisi. Apa-apa pun di bilik kecil itulah aku suka melayan perasaan di depan komputer. Okeylah, sekian dulu. Wassalam.

Salam pena,








Monday, November 9, 2015

Dalam Diri Ini Yang Sibuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Hari ini aku cuti tapi umpama tidak bercuti. Bekerja dari rumah menyiapkan bermacam-macam kerjaan. Kena siapkan secepat mungkin. Dapatlah siapkan almond cluster dan white almond cluster. Mahu di hantar ke kedai sebagai vendor.

Semalam pun aku siapkan kulit tart. Dapatlah siapkan kulit tart biasa dan juga kulit tart coklat. Ini untuk projek ahad ini. Nanti aku kongsikan apa projek yang akan berlaku. Semoga dipermudahkan segala urusan kami.

Adakalanya dalam fikiran bermacam-macam perkara yang mahu dilakukan. Tetapi bila tiba suatu masa semua yang mahu dilakukan kadang tak terbuat pun. Itulah terjadinya. Rindu dengan aktiviti menulis. Semua yang ditulis separuh jalan. Macam tak bersemangat. Hanya aku sahaja yang tahu kenapa semangat itu hilang.

Adakalanya kata-kata orang boleh meracun diri kita. Samada kita perlu abaikan kata-kata itu atau pun hidup dengan dihantui kata-kata orang itu. Kena tanya diri nak dengar cakap dia atau tidak? Itu sahaja titipan untuk malam ini. Bersambung lagi di lain entri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Coretan Pagi Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Hari ini aku bercuti. Tak kemana pun saja cuti mahu berehat dan bersantai-santai di rumah. Lagi pun ada kerja di rumah yang perlu aku siapkan. Rutin hari ini seperti biasa bangkit jam 5.45 pagi sebab nak hantar Adriana ke sekolah.

Aku suruh di ke sekolah lagipun hari ini dia ada sukan di sekolah. Cuma pagi ini keadaannya agak terkawal tanpa huru-hara. Hehehe. Tak payah nak kejar thumb print. Aku rasa bulan ni dah empat kali aku lambat sampai pejabat. Mengharungi kesesakan jalan yang membuatkan aku terlambat.

Pagi tadi seawal jam 7.00 pagi sudah tiba di perkarangan sekolah. Sempat ke gerai kuih tepi sekolah Adriana dan belikan dia roti sosej. Kemudian hantar dia masuk ke sekolah. Oleh sebab dia tahu aku tak kerja, Adriana suruh aku hantar hingga ke dewan. Aku jengah dia dari tangga ni je memang setiap hari aku hantar dia sampai sini.

Aku akan berlalu pergi sebaik sahaja susuk tubuh kecilnya hilang daripada pandangan. Kemudian beriringan dengan Ammar ke kereta. Sampai rumah mak mandikan Ammar kononnya mahu hantar dia ke sekolah. Dalam masa mandikan dia sudah berdrama tidak mahu ke sekolah. Sudahnya hati mama pun tak sampai hati. Mama cuti ammar pun cutilah. Katanya. Baiklah nak.

Sukakan tak payah ke sekolah. Kami sarapan di kedai.

 Aku hentam sepinggan nasi lemak.

 Ajak ayah dan mak aku sarapan sekali.

Adik ipar aku dan anak-anaknya pun ikut. Lagipun sudah lama tidak bersarapan sama di kedai. Bukan senang nak bersama macam ini. Suami masing-masing tak ada, kerja. Jadi isteri-isteri sila berdikari sendiri.Sekian dan wassalam.

Salam pena,







Sunday, November 8, 2015

Ahad Lepas Ke Majlis Pertunangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Selamat berhujung minggu. Seperti biasa kesibukan menguruskan keluarga membataskan diri ini untuk bersosial. Aku baru sudah membakar kulit tart. Jadi rehat kejap sementara mahu ke kerja seterusnya. Ada banyak lagi kerja yang menanti diri ini. Tarik nafas dan kemudian lepaskan.

Berbalik kepada tajuk di atas, ahad lepas orang Johor cuti sebab menang bola jadi secara tidak langsung asben aku pun cuti. Kebetulan pula ahad tu ada jemputan majlis pertunangan di Kelana Jaya. Awal pagi asben sudah ajak ke sana. Jadi berdesuplah kami tiga beranak bersiap. Dapat jalan siapa yang tak suka kan.

Berhenti sarapan di RnR Ayer Keroh. Aku makan laksa.

Menikmati hidangan pagi.

Bini dok bergambar laki mencari arah jalan.

Masa ini aku berdua menunggu yang lelaki ke surau.

Kemudian kami pun ke rumah jemputan.

Semua ini geng laki aku. Aku menumpang geng orang je.

Adriana yang snapkan gambar ini.

Dari Kelana Jaya sebelum balik asben ajak ke IKEA. Lagilah seronok kan.

Mari mencari barang-barang yang boleh dibawa balik Melaka.

Dan inilah hasil daripada mencuci mata.


Apa yang penting aku dapat beli dua buah balang ini.

Dari IKEA kami ke Kg Baru untuk makan.

Permandangan malam di Kuala Lumpur.

Semua minum air panas je sebab hujan lebat masa tu.

Sebelum bertolak balik ke Melaka, kami isi perut dengan nasi putih berlaukkan tomyan, daging masak merah dan sayur masak apa aku pun dah lupa. Oleh sebab masing-masing kelaparan memang licin pinggan masing-masing. Begitulah kisah minggu lepas. Kami selamat sampai di rumah jam 1.00 pagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Thursday, November 5, 2015

Dukacita Anda TIdak Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Sudah makan tengahari kah?Baru selesai menghabiskan bekalan dari rumah. Nasi goreng aje. Hari ini barulah berkesempatan untuk mengemaskini blog ini dengan entri yang baru. Entri kedua untuk bulan ini.

Marilah baca entri ini tanpa rasa dukacita. Minggu lepas aku menduduki peperiksaan online yang diadakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk jawatan Penolong Akauntan Gred W27. Kemudian diberitahu keputusan peperiksaan itu akan diumumkan pada hari selasa iaitu 3 November 2015. tak sangka pula hari isnin sebelah petang keputusannya sudah diumumkan.

Aku pun terperasan dalam FB apabila salah seorang daripada rakan FB ada share keputusan SPA di wall FBnya. Hati aku pun menjadi tidak keruan walaupun aku tidak meletakkan harapan yang tinggi. Entahlah memang tak berharap pun.

Seperti yang ditebak, aku masih belum punya rezeki untuk menghadiri peringkat seterusnya iaitu sesi temuduga. Tak apalah. Bukan rezeki untuk aku kali ini. Allah Maha Mengetahui di mana rezeki aku. Cukuplah apa yang aku kecapi sekarang.

Sedih. Kecewa. Sekejap aje. Sedih juga bila dapat tahu, maklumlah dua orang yang menduduki peperiksaan online sama dengan aku berjaya. Tapi setelah dipujuk aku okey saja. Buat apalah mahu dibawa kesedihan itu berpanjangan. Bukan aku tidak pernah menghadapi situasi kesedihan dan kekecewaan yang lebih teruk dari ini. Jadi harus dicekalkan hati ini. Aku perlu tumpukan apa yang sedang dirancang untuk masa akan datang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Tuesday, November 3, 2015

November Datang Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara untuk entri pertama dalam bulan baru. November datang lagi menjengah untuk tahun ini. November yang ada 1001 cerita yang memberikan erti hidup sebenar. Kesibukan masih belum surut. Setiap minggu ada saja aktiviti yang perlu dilaksanakan.

November ini ada lagi kerja-kerja yang perlu dilaksanakan. Selesai majlis perkahwinan adik ipar, menyusul kemudian perkahwinan anak buah yang akan berlangsung pertengahan tahun depan. Jadi aku selaku weeding planner yang tidak bertauliah perlulah memikirkan beberapa perkara untuk anak buah aku.

Aku pun sedang sibuk memikirkan strategi sesuatu perkara. Ini berkaitan untuk diri sendiri. Sedang menunggu lampu hijau saja. Kalau berjaya bolehlah dikongsikan kalau tak berjaya perlulah mengaturkan strategi yang lain pula. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan semuanya. Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,