Tuesday, February 11, 2014

~Salah Satu Wishlist Untuk Rumah Tercapai~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Wah hari ni mood rajinler bila ada tiga entri untuk hari ini ye.  Gigih menaip masa lunch hour tadi memandangkan tak keluar makan.  Mira Mokhtar tinggalkan saya keseorangan!!!Merajuk!  Untuk mengisi masa lapang salah satunya adalah menulis blog!

Okey, nak cerita dan berkongsi bukan untuk niat lain.  Takut disalahtafsir.  Itu perkara yang paling digeruni.  Seperti yang sedia maklum, aku ada salah satu impian untuk teratakku.  Alhamdulillah, akhirnya impian itu terlaksana.  Sedang dalam proses pembikinan dan in sha Allah akan terlaksana sepenuhnya.

Semalam secara rasminya kerja-kerja ini telah dijalankan.  Tunggu saja hasilnya nanti.  Ini adalah projek yang entah berapa tahun lagi akan diusik rumah tu.  Mungkin sampai aku dengan laki aku pencen.  Hehehe..Buatlah mana yang termampu.  Aku dan asben bukan dari orang yang senang.  Jadi kenalah berkerah untuk mendapatkan sesuatu.  Semoga semuanya berjalan dengan lancar.  Amin...

Itu sahaja entri untuk petang ini.  Nanti bersambung lagi dengan cerita daripada aku ye.  Nak cerita pasal binatang peliharaan di rumah.  Hehehe..Tunggu...Sekian..

Wassalam...






                                                                                                          

~Berhati-Hati Dengan Air Mata~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari..Hola!!Again perkataan hola ni.  Tiru ayat blogger lagi.  Yang suka tulis mesti tahu siapa gerangan yang aku maksudkan.  Hahaha.. Tengahari ni tak keluar ke mana.  Rehat sambil buat kerja.  Bukan rajin tapi tengah mood ada untuk siapkan kerja baiklah buat.  Aku ni buat kerja tak boleh paksa-paksa.  Nanti satu benda tak jadi.

Tadi sempat blogwalking dan singgah di blog Kak Aina Emir.  Kenal kan?Novelis terkenal ye.  Tertarik dnegan entrinya oagi tadi.  So aku kongsikan penulisannya di sini.  Oh ye aku sudah pun meminta izin daripada Kak Aina ye.  Marilah kita baca penulisannya tentang Air Mata.


Assalam

Sekadar mengingatkan diri dan anda sekelian, supaya sentiasa menjaga, agar tidak tersasar lalu dengan sedar atau tidak, kita melukai hati orang lain. Kita perlu berhati-hati dengan doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang kita aniayai. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita lakukan itu mungkin tidak salah kerana perkara itu dikatakan benar, namun dalam melakukannya, kita ‘break the rules’ dengan melakukan perkara-perkara lain yang tidak disukai Allah SWT, maka apa yang kita lakukan menjadi sesuatu yang salah. Bertambah salah, bila ada hati dan jiwa yang telah kita sakiti dan lukai. Jiwa dan hati yang sakit itu akan sentiasa terasa dan itulah yang kita perlu hati-hatikan. Takut ada balasan yang datang pada kita tanpa kita sedar, pada kesalahan yang telah kita lakukan. Nauzubillah.

Dalam pada itu, saya juga ambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya dan teman-teman yang saya sayangi, agar rajin-rajin berbuat amal ibadah. Utamakan yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, mengerjakan haji bila ada rezeki… kemudian, kita cuba lakukan segala amalan-amalan murni, termasuk tunaikan solat-solat sunnah, solat tahajud, taubat, hajat, dhuha dan lain-lain, mengaji kitab suci Al Quran, bersedekah, menolong mereka yang betul-betul susah dengan apa jua cara, jangan lupa untuk sentiasa buat baik pada ibu bapa, lakukan semua perkara yang baik, dan sebaik-baiknya, kita rajin amalkan semua ini setiap masa, bukan buat secara hangat-hangat tahi ayam. Bila rasa rajin kita pun buat bersungguh-sungguh, bila malas, kita tak buat langsung.

Orang kata, elok kalau kita amalkan semuanya secara konsisten, biar sedikit-sedikit. Maknanya, mungkin kita bersolat sunat dua tiga kali sehari, bersedekah dari masa ke masa, mengaji Al Quran sehelai dua setiap hari, jauh lagi baik daripada terus tak buat apa-apa. Bila ditegur atau terasa banyak dosa, kita pun kelam kabut melakukannya. Lepas itu, lupa semula.

Sebenarnya, semua kerja-kerja sunnah ini kita lakukan untuk tampal segala perkara wajib yang sepatutnya kita lakukan tetapi tidak sempurna. Misalnya bila kita solat lima waktu, kemungkinan besar kita tidak kusyuk. Atau ada perkara-perkara yang kita tersilap buat.

Tapi jangan pula kita beratkan perkara sunnah daripada wajib. Misalnya, kita sibuk berpuasa sunat sedangkan kita abaikan solat lima waktu. Ada orang sengaja puasa sunat kerana senang untuk menunjuk-nunjuk. Suka hebahkan pada orang lain, “Hari ini aku puasa.” Rugi benar kalau itulah niat kita.
Semoga semua amalan sunnah dapat membantu kita, semoga kita mendapat ganjaran daripada Allah swt, semoga kita menjadi ahli syurganya. Ameen. Wallahua’klam.

Wassalam.

Semoga apa yang dikongsikan di sini dapat dijadikan panduan dan iktibar buat kita semua.  

Credit : Kak Aina EMir







                                                                                                          

~Pertemuan Hari Selasa~

Assalamualaikum...

Hola!!(Tiru ayat blogger mana ntah)..Hehehe...Selamat pagi selasa.  Mahu menjelang ke tengahari sudah.  Kesibukan melanda sejak akhir-akhir ini.  Kerja menimbun kadang sampai tak tahu nak buat kerja yang mana satu dulu.  Blur...Blur tengok kerja sendiri.  Memang akhir-akhir ni aku hidup dalam ke'blur'an.  Ada tak ayat ni?

Okeylah, orang lain azam tahun baru berazam nak update blog satu hari sekali.  Tapi tahun ni azam aku ke lain pulak.  Update blog dua hari sekali atau pun berhari-hari tidak berupdate.  Merundum betul azam tentang blog.  Okey, okey kena ambil masa untuk kembalikan diri menjadi rajin seperti dulu.  Menulis, menulis dan terus menulis kerana menulis itu adalah sebahagian daripada jiwaku.  Hah!!Agak poyo statementku ini.

Iye, menulis adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan.  Menulislah dari hati.  Kalau menulis dalam keadaan hati sednag berduka maka terhasillah penulisan yang menjurus ke arah kedukaan juga.  Begitu juga sebaliknya.  Menulis adalah luahan hati yang sebenar.  

Okeylah, apa yang aku suka merepek ni.  Mukadimah selalu merapu.  Nak hilangkan stress yang sedang menyelubungi diri.  Tarik nafas dalam-dalam dan kemudian lepaskan perlahan-lahan.  Jangan tarik tak lepaskan pula.  Huhuhu...Kisah semalam..biarlah ia berlalu.  Hanya doa sebagai penguat diri.

Marilah sambung kerja.  Update entri ini sekadar menyegarkan mata dan menghilangkan stress.  Bersambung lagi...Sekian...

Wassalam...






                                                                                                          

Sunday, February 9, 2014

~Sarapan Pagi Ini~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat pagi ahad.  Selamat berhujung minggu.  Seperti biasa bila duduk-duduk di rumah memang menjadi rutin untuk memasak.  Menyiapkan sarapan dan makan tengahari.  Itu pun kalau datang rajin memang awal pagi semuanya sudah siap.  

Pagi ini aku bangun awal untuk siapkan sarapan memandangkan asben kerja pagi.  Semalam sudah plan mahu masak spageti.  Inilah hasil pagi tadi.  Aku sudah kekenyangan ni.  Anak-anak masih tidur lagi.  Bila dah kenyang mata mula mahu minta dikatup.  Tapi ada misi yang perlu diselesaikan.  Huh!!!Mengeluh sendirian.  Mahu terkejar-kejar menyiapkan misi itu.  Rasa tak mampu pula.  Okey, lupakan apa misi itu.


Marilah jamu mata dengan sarapanku pagi ini ala-ala mat salleh.  Spageti with love.  Hehehe...Alhamdulillah.  Kenyang untuk pagi ini.  Sementara nak tunggu tengahari untuk masak, bahan-bahan semua sudah siap jadi aku menghadap lappy dulu.  Sekian..

Wassalam...







                                                                                                                       

Thursday, February 6, 2014

~Kemaruk Photogrid~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari dan selamat hari khamis.  Sekejap sudah menjengah ke hari khamis dah sudah 6 hari kita berada di bulan kedua untuk tahun ini.  Februari?Apa ada dengan Februari?Bulan ini adalah bulan kelahiran my lil hensem boy Ammar Qayyum.  Seperti biasa tahun ni sambutan ala kadar dan secara bersederhana sahaja seperti meraikan Adriana tempohari 6 tahun. Hanya kami anak-beranak.  Kalau mama rajin buatlah kek sebiji tapi masa kakak aku tak buatkan sebab kekangan masa.  Mood pun non ado jadi beli yang kek comel je.

Okeylah, tajuk lain mukadimahnya lain ek.  Memang akuler tu.  Panjang berjela kut mukadimah aku ni.  Pasal photogrid ni je nak cerita.  Kemaruk sangat.  Apa saja gambar.  Hehehe.  Tak ada kerjaan gamaknya.  Adalah beberapa gambar yang aku buat.  Jom tengok...




Itu sahaja entri untuk hari ini.  Nanti bersambung lagilah ye.  Sekurang-kurangnya blog aku ni masih lagi punya entri walaupun sehari sekali atau beberapa hari sekali.  Hehehe...Sekian...Wassalam





                                                                                                          

Tuesday, February 4, 2014

~Sekembalinya Dia~

Assalamualaikum....

Selamat petang semua.  Petang ini dihiasi dengan entri pertama daripada aku untuk bulan Februari ini.  Kali terakhir menulis di sini jumaat lepas.  Lepas tu tak jengah pun blog ini.  Adakah blog ini semakin hari semakin membosankanku.  Ermm...mungkin tak kut.  Cuma kekangan masa je yang menyebabkan blog ini dianaktirikan.  Hehehe...

Setelah bersedih-sedih kerana si dia berhenti alhamdulillah, dia sudah kembali.  Ye, kembali bekerja di tempatku setelah mendapat surat tawaran untuk disambung.  Oh adik, adalah tempat nak bergelak ketawa selain Kak Nisah yang suka buat lawak!Ada sahaja perkara yang mencuitkan hati aku walaupun kadang dalam keadaan sedih pasti terhibur.

Nak tahu siap dia?Inilah dia!!!Siapa lagi kalau bukan Mira Mokhtar penulis blog keretabiru03.blogspot.com.  Bolehlah jengah blog dia untuk menaikkan traffic di blog serta duit nuffnangnya.  Bising dia duit nuffnang dia tak naik-naik.

Jomlah tengok gambar aku bersama dia pada tahun lepas sewaktu berbaju korporat.  Selfie bersama dia.  Saja suka-suka.






Aku Alfidah dan dia Amira.  Hehehe..Tak ada ayat lagi mahu menulis itu yang merapu.  Okeylah, kami ada misi yang mahu diselesaikan.  Harap-harap berjaya.  In sha Allah...Wassalam..