Tuesday, May 7, 2013

~Selesai Mengundi~

Assalamualaikum....

Hai semua. Selamat hari selasa. Baru dapat update blog ni. Semalam tak update sebab mood banyak ke laut. Mood kecewa. Sebab?Kecewa yang bersebab, takkan kecewa tak ada sebab atau tak ada motif. Biarlah rahsia tapi sememangnya aku memang kecewa. Ermmmm..

Okay, hari ahad 5 Mei 2013 yang lalu adalah hari di mana kita sebagai rakyat Malaysia keluar mengundi. Aku juga begitu. Ke tempat mengundi dihantar adik aku. Then pi lah mengundi sendiri. Anak-anak aku dengan mak aku kat rumah. Mak dan adik aku dah undi awal lagi. Laki den pulak mengundi kat tempat lain. Aku di SK Peringgit manakala laki den kat SK Bkt Rambai.

Nasiblah masa aku tu tak payah nak beratur panjang. Sampai je terus masuk ke bilik tempat mengundi. Aku kena saluran 5. Tak kiralah apa jua yang aku tanda, sememangnya itu yang aku sokong dari dulu. lain orang lain pendapatnya. Tapi pada aku kalau dah tak sokong sesuatu pihak tu tak payahlah nak menghentam orang lain kot. Macamlah diri tu sempurna. Melayu kata melayu. Sedih.

Cukuplah luahan di atas. Aku tak nak cerita bab politik kat blog aku ni sebab aku bukan tahu sangat hal politik ni. Pada aku janji negara Malaysia ni aman dan damai. Aku boleh keluar untuk bekerja, boleh berjalan-jalan dan bebas menjalankan aktiviti harian kita.

Ini jari aku yang telah diwarnakan. Laki aku kata ni calit ke celup?

Ini jari laki aku. Mana aci kan letak jari aku sorang. Laki den kerja masa hari mengundi tu. Sempat hantar gambar kat whatsapp. Heee...

Sebelah malam seperti biasa melekat depan tv menanti keputusan PRU 13. Bukan main lama nak tunggu keputusan. Apa-apa pun semuanya telah selesai.  Panjang umur, kita tunggu lagi 5 tahun untuk mengundi.  Sekian entri untuk tengahari ini.







                                                                                                     

Saturday, May 4, 2013

~040503-040513~

Assalamualaikum....

Entri di tengah malam pulak. Mata tak boleh nak lelap. So mari menaip sambil ditemankan anak sulung aku, Adriana. Boy aku yang kecik dah tido. Bolehlah aku menaip dengan selesa sedikit. Kalau tak ada dia offkan komputer ni.

Hari ni bertarikh 4 Mei 2013, genap perkenalan aku dengan asben selama 10 tahun. Kenal masa kita orang praktikal sama-sama di MBMB. Heeee. Tak payah cerita panjang-panjang perjalanan cerita kami. Kang ada pula jadi cerpen pulak.

Cuma apa yang diharapkan dalam perhubungan ini, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Doa yang baik-baik sahaja untuk kami berdua. Aminn...






                                                                                                                       

~Rutin Sabtu~

Assalamualaikum....

Selamat petang. Bertemu di petang hari. Baru ada ruang dan masa untuk on computer. Sibuk dari pagi tadi. Anak-anak tidur lagi so memang aku akan habiskan masa untuk menulis blog. Itu antara rutin aku juga.

Hari ni macam biasa sibuk membuat kerja rumah. Semalam ada beli barang basah sebab hari ni teragak nak masak seseuatu. Awal aku sudah ke dapur untuk memasak.

 Masak yang simple je. Lama tak memasak sebab dek kerana malas dan selalu tak ada kat rumah.

Selain memasak, basuh baju.

Lepas makan, duduk-duduk depan tv sambil lipat kain baju yang berlambak. Mengantuk-ngantuk mata ni masa lipat baju. Alhamdulillah settle juga lipat 2 buah bakul. Lepas tu terus join anak-anak tidur. Heeeee...

Okeylah, itu cerita untuk hari ni. Nak keluar tengok asben berkebun. Oh iye, esok mengundi. Tak sabar rasanya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sekian...








                                                                                                                       

Friday, May 3, 2013

~Selamat Mengundi Buat Semua~

Assalamualaikum....

Entri di petang hari kerana punya masa terluang masa waktu rehat tadi. Dapatlah aku update sesuatu di sini. Ahad ni kita semua akan pergi mengundi. Menjalankan kewajipan dan tanggungjawab kita. Sudahkah anda bersedia?Bagi yang duduk jauh, mungkin ada yang sudah pulang ke kampung atau tempat masing-masing untuk mengundi.

Aku dekat je tempat mengundi aku. So ahad pagi aku balik rumah mak aku untuk mengundi. Ini adalah kali kedua aku mengundi.



Akhir kata untuk semua yang sudah cukup umur dan sudah mendaftar sebagai pengundi, SELAMAT MENGUNDI.  Buat mereka yang pulang ke kampung semoga perjalanan ada selamat pergi dan balik.  Pilihan di tangan kita, mengundilah dengan pilihan yang betul. Aku?Masih setia pada yang satu.

Sekali lagi, Selamat Mengundi buat semua.









                                                                                                     

~Salam Jumaat Buat Semua~

Assalamualaikum....

Salam jumaat buat semua. Hari ni lambat sedikit aku update entri kat blog ini. Kekangan masa di rumah mahupun di pejabat. Tunggu masa terluang barulah boleh menulis. Hari ini, hari yang penuh keistimewaannya, penghulu segala hari.  Sama-samalah kita penuhi dengan kebaikan semoga kita mendapat keredhaan daripadaNya.

Hari-hari aku berdoa supaya akan ada sesuatu yang akan mengembirakan hati ini. Berdoa untuk diri sendiri, suami, anak-anak, ,mak ayah dan juga untuk kawan-kawan aku. Masih menunggu dan menunggu. Semoga sentiasa diberikan sinar untuk terus melakukannya. Amin...

Okeylah, sampai sini dulu entri aku. Sebenarnya sedang dalam kekeringan idea untuk menulis di sini. Jiwa kacau.  Huhuhu



 



                                                                                                          

Thursday, May 2, 2013

~Hari Kedua Bulan Mei~

Assalamualaikum....

Selamat hari pekerja!!!Semalam tak sempat nak tulis entri. Apa-apa pun selamat hari pekerja termasuk aku. Suka sebab dapat cuti semalam. Dapat meluangkan masa bersama suami dan anak-anak.

Dapat balik rumah mil kejap semalam. Walaupun cuti hari pekerja tapi kerja-kerja di rumah tetap kena buat. :D

Bulan Mei adalah bulan yang dinanti-nanti ketibaannya. Masih dalam mood menanti akan sesuatu. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan. Hah!!!Memang menyeksakan. Harapan aku dapatlah ia berakhir dengan segera.

Sekian entri pendek hari ini. Sambung nanti..:D