Thursday, January 3, 2013

~Lembaran Baru Di Sini~

Assalamualaikum dan selamat pagi khamis.^___^

Hari ketiga di tahun 2013 dan hari pertama aku mula bekerja di tahun 2013.  Semalam aku mengambil cuti kerana menghantar adriana ke tadika barunya untuk hari pertamanya di Tadika Keh Seng.  Permulaan yang baru buat adriana di situ.  Aku berharap adriana dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana yang baru dan kawan-kawan yang baru di situ.

Hari ini aku melangkah ke kerja dengan satu semangat yang baru.  Untuk pertama kali di tahun baru.  Aku berharap agar semangat itu dapat bertahan untuk suatu jangka masa yang panjang.  Semangat untuk aku bekerja demi membantu suami menyara keluarga.  Hanya satu sahaja yang perlu aku ingatkan bekerjalah dengan ikhlas untuk mendapat rezeki yang berkat.  In sya allah.  Kita hanya manusia yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.  Begitu juga dengan aku ada terkhilaf di mana-mana tanpa aku sedar.

Aku akan cuba membuka lembaran baru di tempat ini.  Tempat aku mencari rezeki.  Masih di tempat yang sama, suasana yang sama, persekitaran yang sama serta kawan-kawan yang sama.  Ada kawan-kawan yang ikhlas dengan kita dan ada yang tidak.  Lupakan perkara-perkara yang pernah singgah di dalam diri aku ini.  Perkara-perkara yang menyakitkan hati dengan orang-orang sekeliling yang selalu mencari hal.  Kadang mungkin aku terfikir yang kita tak kacau mereka tapi mereka berkata tentang kita.  Tapi bila mereka kena kacau tahu pulak melenting.  Aku masih tidak faham.  Apa yang lebih penting, aku maafkan kamu, kamu dan kamu yang membuat spekulasi sendiri tentang aku dan dengan sesiapa yang rapat dengan aku.  Walaupun aku tidak berada di dalam bas itu untuk mendengar setiap kata-kata kamu,kamu dan kamu itu, tapi aku rasainya jugak.  Cuma nak beritahu dalam persahabatan perlu ada keserasian.  Dia tidak pernah mengadu dan kami berkawan ikhlas dan mungkin kamu, kamu dan kamu berkawan secara tidak ikhlas sesama sendiri.

Aku akan buka lembaran baru atas kata-kata dari sahabat yang rapat dengan aku.  Dia menasihatkan aku untuk melupakannya.  Ok aku akan lupakan kata-kata itu.  Aku tak akan sentap seperti mana yang diwar-warkan oleh kamu hashtag sentap.  Ingat tak?Silalah ingat pada sesiapa yang pernah berkata sedemikian.

Sebolehnya aku tak nak blog aku ini dijadikan tempat melepaskan geram untuk sesuatu benda yang tidak berfaedah tapi hari ini aku terpanggil berbuat demikian.  Cuma seperti yang aku katakan yang aku masih tidak faham kenapa perlu dipertikaikan?Kamu, kamu dan kamu tak pernah rapat sesama sendiri ke?Ada aku atau sesiapa pertikaikannya?Mulai hari ini aku memasang azam untuk menjadi ke arah yang lebih positif.  Aku akan sentiasa bersangka baik terhadap kamu, kamu dan kamu.  Tidak akan ambil pusing lagi bila mendengar sesuatu yang tidak baik untuk aku.

Itu azam aku untuk tahun 2013, berfikir secara positif dan tidak beremosi.  Itu jealah entry aku yang merepek untuk pagi khamis ini.  Aku mintak maaf jika entry ini mengganggu atau mengguris perasaan atau hati sesiapa.  Ini hanya luahan dari isi hati aku.  Semua isi hatiku.  Berkawan biarlah ada keserasian, bila ada keserasian barulah kita boleh bergelak ketawa, berkongsi suka dan duka.  Itulah jawapannya.  Sekian terima kasih.






                                                                                                                   

Wednesday, January 2, 2013

~Cerita Hari Pertama Adriana~

Assalamualaikum..^___^

Selamat malam.  Jam sudah menunjukkan pukul 11.15 malam.  Barulah aku berkesempatan nak update blog.  Aku tidurkan anak-anak dulu tadi barulah boleh menghadap depan pc.  Tadi siapkan anak-anak dulu.  Suap makan, bagi dia orang penat bermain baru ajak tidur.  Pukul 9 tadi aku dah ajak adriana masuk tidur.  Nasib senang malam nie dia tidur.  Si adik pulak yang dok ligat.  Berpusing satu katil.  Dalam gelap pun boleh terlompat-lompat.

Siang tadi daftar adriana di tadika barunya.  Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Adriana pun ok jea.  Seronok jea bila dengar bukak sekolah.  Aku cakaplah pada nana tadi hari ini hari pertama nana sekolah.  Itulah yang dia ulang cakap aku satu hari tadi.  Cakap pada papa, pada nenek dan pada atok.

Pagi tadi keluar rumah pukul 7.30 pagi sebab aku cuti dan asben pun keje petang.  Jadinya kami boleh menghantar adriana untuk daftar.  Keluar rumah naik kereta asing.  Sejak ada kete sendiri semua kena buat sendiri.  :-(  Asben hantar adriana dulu ke tadika, aku ke rumah mak aku untuk hantar ammar.  Sudah hantar ammar baru aku ke tadika adriana.

Adriana sudah 5 tahun.  Tak sangka dah besar anak aku.  Macam tak percaya pulak.

Wajahnya pagi tadi.  Adriana 5 tahun, maknya 30 tahun.  Kalau ikut tahun.  Besday kami masing-masing belum tiba lagi.  Ngerinya tengok angka itu.  Heeee.

Aku sudah sampai di perkarangan sekolah.  Aku parking kat luar jea.  Kang masuk dalam aku tak reti parking pulak.

 Ini sesi daftar.  Macam biasa aku sempat snap gambar.

 Bayaran untuk tadi.

Senyum jea.  Adriana di dalam kelas.

 Apalah kerjaan dua beranak nie.

Papa suruh kendong beg, yang adriana nak tarik beg.  Maknya snap gambar.  Hari ini balik awal lepas settle bayar yuran dan daftar dah boleh pulang.  Lepas settle kisah di tadika kita orang pegi breakfast pulak.

Resit dari tadika untuk bayaran tadi.  Alhamdulillah settle satu perkara.  Lepas dari balik tue aku balik rumah kejap then hantar adriana ke transit pulak.  Nanti aku ceritakan kemudian tentang transit untuk adriana.  Chow cin cau.  Nak tido dulu mata dah nak terkatup nie.  Till then.





                                                                                                                      

~Permulaan Hari Buat Adriana~

Assalamualaikum...^____^

Selamat pagi semua.  Back to school!!Hari pertama untuk anak-anak ke sekolah.  Begitu juga dengan aku hari ini menghantar puteriku ke tadika barunya.  Kejap sahaja masa berlalu dan adriana sudah pun berumur 5 tahun.  Hari ini aku cuti sebab nak hantar dan daftar adriana di tadika barunya iaitu Tadika Keh Seng.  Tadika nie berdekatan dengan area rumah mak aku.

Sebab adriana ke tadika ini adalah kerana asben dah daftar adriana standard 1 di sekolah rendahnya.  So, itulah 5 tahun kami kena menghantar adriana ke sini.  Bukanlah sebab tadika lamanya tidak bagus.  Kalau tak kerana tadika lamanya iaitu Tadika Harapan Setiakawan, adriana tidak mampu mengenal huruf, membaca, mengeja.  Tapi nanti lepas balik dari tadika pagi, adriana akan duduk di transit di tadika lamanya.  Tidak lagi ke rumah mak aku.  Nanti aku ceritakan kenapa.

 So, itulah cerita untuk pagi ini.  Aku sempat update sebelum memulakan hari kami pada hari ini.  Adriana yang nak masuk tadika cina, maknya yang excited terlebih.  Semoga semuanya berjalan dengan lancar.  Nanti aku update lagi suasana di tadika nanti.  Till then.  Love, A.A.

Nota>>>Gambar di atas adalah ehsan dari google.





                                                                                                                       

Tuesday, January 1, 2013

~Aktiviti Penutup Akhir Tahun~

Assalamualaikum...^___^

Selamat petang buat semua.  Ini adalah entry ketiga aku untuk hari ini.  Entry pagi tadi aku ceritakan mengenai gambar penutup tahun.  Dah petang barulah berkesempatan lagi nak update cerita pasal semalam.  Aktiviti penutup tahun 2012 buat aku, asben dan anak-anak.

Semalam aku kerja tapi half day sebab ada perkara yang perlu aku uruskan.  Then balik rumah aku ajak asben ke Jusco sebab nak cari seluar basahan untuk adriana.  Sebab nanti adriana dah duduk kat transit lepas balik tadika pagi.  Itu yang nak belikan seluar harian untuk adriana pakai di transit nanti.  Kami terus keluar lepas Asar, then pegi rumah mak dulu hantar barang pada SIL.  Barulah kami ke Jusco meneruskan misi kami di sini.

Kami yang baru tiba di parking.

Masa nie sudah settle hal adriana.  Belikan ammar baju harian jugak.  Ini tengah tunggu mr papa pilih kasut.  Entah apa mimpi tetiba laki den nak beli kasut.

Kakak dan adik.  Kami sedang menanti dengan penuh sabar.

Suruh aku pilih yang mana satu.  Dah rambang matalah tue dan aku telah memberikan jawapan. :D

Sedang pusing-pusing dalam jusco nampak mesin nie.  Apalagi terus cuba gunakan mesin nie.

Kemudian bawak adrianammar pegi tempat mainan.  Adriana dok merengek-rengek nak main.  Aku bawaklah jugak.  Tukar coin RM4 jea.  Mainan pertama yang dinaiknya.

Kemudian naik yang ini pulak.

Last sekali benda alah yang aku tak tahu nama.  Janji dia orang happy, mak pun happy.

Kemudian kami terus mencari tempat untuk mengisi perut.  Memandang aku berpuasa, terus makan kat luar jealah.  Ini mesti ammar tengah pandang mama dan kakak dekat kaunter.

Kami makan di sini.  Aku makan yang set ada burger.

Three of us.  Gambar nie adriana yang snap.  Tak berapa clear sangat.  Janji adalah nak.

Nak balik, aku suruh papa bergambar dengan anak-anak sampai beberapa capture yang telah dibuat.  Aku ada buat entry sebelum ini di SINI.  Paling suka tengok gambar nie. :D

Inilah beg plastik yang mengandungi hasil rembatan kami di jusco.

Seluar dan baju untuk adrianammar.

Kasut untuk papa.  Aku?Untuk aku tak ada sebab tak ada benda yang aku perlukan buat masa ini.

Itu sahajalah cerita kami untuk penutup akhir tahun semalam.  Akhir tahun yang terpaksa untuk mengeluarkan duit untuk berbelanja.  Lepas nie kena berjimat ok.  Mesti berjimat!
 







                                                                                                                     

~Gambar Penutup Tahun 2012~

Assalamualaikum...

Ini adalah entry kedua untuk tahun 2013.  Semalam, untuk hari terakhir di tahun 2012 kami berempat ada program sendiri.  Cuba juga menjalankan aktiviti bersama sebab malamnya asben keje.  So siangnya kami menghabiskan masa yang sangat kualiti bersama.

Aku nak paparkan dulu gambar-gambar mereka bertiga yang aku sayangi di sini.  Gambar penutup tahun 2012.  Cerita kemanakah kami untuk semalam iaitu tahun lepas pergi.  Apa-apa pun jom jengah dulu gambar-gambar mereka.




Gambar nie diambil oleh aku sebelum nak balik.  Aku suruh mereka bergambar.  Tengoklah aksi-aksi mereka.  Baik anak mahupun bapaknya.  Ada yang senyum, yang tak senyum, yang tersengih dan macam-macam.  Paling aku suka gambar last.  Nak-nak aksi ammar.  Dia pun dah pandai kalau pegang kamera terus jea beraksi.

Sekian dulu entry kedua pagi nie.  Nanti aku update ceritanya kami ke mana semalam.  Till then.







                                                                                                                  

~Happy New Year & Back To School~

Assalamualaikum...^____^

Selamat pagi dan selamat tahun baru buat semua.  Entry di pagi hari dan entry pertama untuk tahun baru ini.  Aku just nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 pada semua readers di blog aku ini.  Semoga ada sinar yang bahagia untuk tahun baru ini.  Jadikan tahun 2012 suatu kenangan yang kita abadikan dalam diri dan kita tempuh tahun baru ini dengan azam yang baru atau azam yang tidak dapat dilaksanakan tahun ini.

Azam aku?Tahun baru ini aku berazam untuk tidak menjadi terlalu sensitif.  Boleh ke erk?  In sha allah, aku harap aku boleh melakukannya.  Aku tak nak jadi cepat sensitif dengan hal-hal sekeliling dan juga orang sekeliling.  Fikir positif dan fikir ke arah yang lebih baik.  Itulah azam tahun baru aku menjadi seorang yang positf.  Positif2!!:D

Dan akhir sekali, back to school for tomorrow.  Bye bye school holiday.  Akan mulalah rutin harian tidur awal dan bangun awal pagi.  Janganlah jadi perkara-perkara horror awal pagi nanti.  Harap adriana akan sentiasa berada dalam mood yang ok.  Itu harapan mama untuk adriana.  Selamat memulakan sesi persekolahan untuk anak-anak yang akan bersekolah esok termasuk my doter. :D