Saturday, November 12, 2011

~Hari Ini FAmily Day JKMN Melaka~

gambar dari google

Hari ini, saat ini dan waktu ini warga Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka akan berada di sini dari pagi hingga ke petang termasuklah aku.  Jabatan ada anjurkan Hari Keluarga di sini.  Tempatnya semua sudah tertera pada gambar di atas. :-)

Aku join jugak.  Tapi pasanganku tidak dapat join kerana berkhidmat untuk negara.  hahaha.  Asben aku keje hari ini.  Jadinya aku pergi berdua dengan adriana jea.

Nantikan cerita-cerita Hari Keluarga yang akan menyusul nanti.  Harap ada kerajinan untuk mengupdate di sini.

Nota Kaki>>Berjimba-jimba sekali sekala bersama rakan sepejabat.

Friday, November 11, 2011

~Salam Pagi Jumaat~

Assalamualaikum...

Pagi jumaat yang sangat tenang bagi diri aku.  Penghulu bagi segala hari.  Semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam.  Lupakan apa yang telah terjadi.  Mulakan lembaran yang baru.  Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.  Begitu juga dengan diri aku.  Manusia bukan sempurna. 

Mungkin itu cara mereka.  Tapi setiap yang mereka lakukan akan mendapat balasan.  Tidak akan ada yang baru kalau bukan daripada yang lama.  Kadang manusia sering alpa dan lupa diri.  Siapalah kita untuk menilainya kerana kita juga tidak sempurna mana.  Oklah sudah melalut pulak. 

Pagi ini, ofis aku ada buat mesyuarat pagi bersama kakitangan jabatan.  Timbalan pengarah yang menjadi puan pengerusi.  Antaranya isu yang dibincangkan mengenai esok Family Day di Ismah Beach Resort.  Yeah, esok kita orang ada Family Day.  Rasanya ini 1st time aku join sepanjang 5 tahun aku berkhidmat di sini.  Memang sangat teruja untuk menanti hari esok.  Esok aku just pegi dengan adriana jea.  Asben keje.  Ammar terpaksa ditinggalkan memandangkan asben tak ada.  Aku takut nak handle seorang diri dengan askar-askar aku tue.  Program pun dari pagi sampai petang.  Tak sesuailah kalau nak bawak ammar ke hulu ke hilir.  Adik, duduk kat rumah dengan nenek yea.  Nanti besar kalau ada lagi Family Day baru adik ikut.

gambar dari google

Sarapan pagi ini mee sup.  Makanan yang disediakan semasa mesyuarat pagi.  Mee sup bersama teh o.  Alhamdulillah kenyang.  Bila perut sudah kenyang mata pun mula memberat.  Baiklah kita melakukan kerja.  Kena exercise di dalam ofis nie.  Oklah nak mulakan kerja dan akan bersambung lunch hour nanti.  Sekian...

Nota Kaki>>Rambut sama hitam tapi hati lain-lain..

Thursday, November 10, 2011

~Penyakit 'M' Dalam Diri~


Tak tahulah kenapa dengan aku minggu nie.  Penyakit 'M' bertapa lama dalam diri ini.  Padahal kerja berlambak atas meja ini.  Cari kerja yang urgent untuk disettlekan.  Ish memang lemah longlai bukan lemah gemalai.  Tolonglah.

Ini pun cari kekuatan untuk mengupdate blog.  Nak update buntu pulak kekeringan idea.  Macam dah tak ada bahan jea nak menulis.  Wahai penyakit 'M' nyah kamu dari sini.  Oklah nak layan perasaanlah sambil membuat kerja mana yang patut.  Slow jea buatnya macam siput.  Terhegeh-hegeh jea.  Ok daaaaa...

Wednesday, November 9, 2011

~Dari Dulu Hingga Kini~


Sambungan cerita INI.  Orang pertama yang aku kenal semasa lapor diri di Kebajikan.  Masa tue tak ramai lagi kat ofis nie.   Berapa orang jea masa tue.  Dialah yang rajin tanya aku itu dan ini.  Kebetulan masa tue aku dah dekat-dekat nak kawin.  Inilah kawan dari dulu hingga sekarang sepanjang aku bekerja di kebajikan.  Orang Penang.  Ikut asben duduk kat sini.  Kalau nak tahu namanya Hanisah.  Aku just panggil kak nisah dan dia pun bahasakan dirinya kak nisah.  Kalau sesiapa perasan, mesti gambar dia akan terselit kalau aku cite pasal ofis.

Orangnya biasa-biasanya dan sentiasa kalut dengan pelbagai karenah yang kekadang menggelikan hati aku.  Kak, teringatkan masa kita makan kat pizza.  Saya takkan lupakan peristiwa itu.  Kahhhhhh.  Boleh ketawa sampai keluar air mata darah.  Huhuhu.  Ada jea benda yang akan diingatkan.  Itu semua kenangan.

Sepanjang lima tahun nie banyaklah yang kita lalui bersama.  Bab kalau nak mengingkar perintah kat ofis nie memang nama kita berdua jealah naik.  Kita famous kalau bab-bab nak kena stayback ke, buat keje sampai malamlah.  Kalau dah terpaksa terdesak barulah kita pegi. 

Melalut dah aku nie.  Apa-apa pun dalam persahabatan kita kena ikhlas.  Ntah kenapa dengan secara tiba-tiba nak buat entry pasal nie.  Entry nie cuma nak cerita siapa yang berkawan dengan aku sepanjang 5 tahun aku di kebajikan. 

Ini antara gambar yang aku ada.  Gambar berdua dengan Kak Nisah.  Oleh kerana baru 5 tahun aku cari 5 keping gambar jealah. 
Ini gambar masa tahun 2007.  Masa nie Kak Nisah baru nai kerja lepas pantang.  Dia naik keje aku pulak pregnant.  Tengok muka kami pucat lesu.  Masa nie aku tengah morning sickness.

Aku dan Kak Nisah lagi.  Perut aku dah besar.  Tahun 2007 jugak.  Kalau tak silap masa nie ada jamuan hari raya.

Yang nie pulak tahun 2009.  Masa jamuan raya jugak.  Gambar mesti masa ada jamuan.  Yelah, time nie jea pun nak bergambar.  Betul tak?

Yang ini gambar tahun lepas.  Masa nie ada jamuan ke atau baru lepas buat bacaan yassin.  Tak ingatlah.  Yang pasti kami bergambar ketika ada jamuan dan makanan.

Kan dah kata.  Kami bergambar dengan makanan sekali.  Yang ini gambar tahun ini.  Masa nie jamuan raya jugaklah. 

Agaknya kan kak, siapa yang akan bertukar dulu dari kebajikan ini?Saya atau akak?Memandangkan kita masuk ke sini tahun yang sama.  Akak awal tahun 2006, saya pulak hujung tahun 2006.  Kita tunggu jealah. :-) 

~9 November 2011-Lima Tahun Aku Berkhidmat~

Hari ini, 9 November 2011.  Genaplah 5 tahun aku berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.  Lima tahun yang lepas aku melapor diri di Wisma Negeri selepas mendapat surat pertukaran daripada JPA untuk bertukar balik ke negeri tercinta. 


Sebelum ini aku bertugas di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Putrajaya.  Kemudian aku memohon tukar ke Melaka.  Alhamdulillah pertukaran aku lulus sebulan sebelum aku berkahwin.  Aku hanya duduk di Putrajaya dari 27 Mac 2006 hingga 8 November 2006. 


Jadi, di sinilah aku berkhidmat dari 9 November 2006 hingga kini.  Masa mula-mula aku masuk sini sangat mencabar dan banyak dugaannya.  Maklumlah tempat baru.  Lama-lama dapatlah kita menyesuaikan diri.  Pada mulanya kakitangan di Kebajikan Melaka cuma 20 orang lebih jea.  Sekarang dah 50 orang lebih dengan perjawatan baru.

Inilah koleksi gambar-gambar sepanjang aku berkhidmat di sini.  Banyak kenangan pahit dan manis.  Biasalah mana-mana pun sama jeakan.  Jom tengok gambar.
 
Inilah partition di tempat lama.  Masa nie di Wisma Negeri lagi.
Masa nie tengah sibuk-sibuk mengemas untuk berpindah ke bangunan baru.
Inilah penyertaan yang pernah aku ceburi sepanjang di Kebajikan.  Tak minatler aku nie nak join apa.  Ini pun terpaksa sebab dah tak ada orang. 
Inilah kumpulan nasyid Ibu Pejabat Kebajikan Melaka.
Masa nie aku sedang mengandungkan adriana.  Masa nie tahun 2007.

Di bawah nie antara gambar-gambar yang aku ada lagi.  Banyak sangat gambarnya.  Tak larat nak cari satu-satu.  Ini jea gambar yang dapat.  Juling mata memandang gambar-gambar yang ada.  Banyak lagi kisah-kisah aku sepanjang berkhidmat di Kebajikan Melaka.  Ceritanya ada DI SINI.

Dan yang paling penting kenangan manis buat diriku selama aku berkhidmat di Kebajikan Melaka.  Aku mendapat APC.  Kenangan yang cukup terindah bagi aku.  Bersyukurlah.  Sekurang-kurang dihargai walaupun aku tidaklah penting sangat di pejabat ini. 

Walau apa pun, aku suka bekerja di sini.  Nasib punya kawan yang baik, boleh membantu ketika susah dan senang.  Setakat ini belum ada perancangan untuk pertukar ke lain jabatan.  Tunggulah masa yang sesuai sama ada bertukar mengikut asben (kalau asben aku kena tukar ke tempat lain) atau naik pangkat ke (exam pun belum pass).  Berangan dulu hokey..

Tuesday, November 8, 2011

~Beraya Di Kampung~


Ahadnya, raya aidiladha.  Selepas jea solat raya asben ajak balik kampung.  Lama tak jengah atok dan nek di kampung.   Lepas makan, kemas-kemas apa yang patut sepantas kilat menyiapkan diri serta askar-askar yang ada termasuklah bapak askar!huh.  Nak siapkan bajuler, nak bawak ituler, nak bawak iniler.  Yang kecik jangan cakap memang dah kena layan.  Yang tua juga harus diutamakan.  :-)

Siap-siap semua dalam pukul 12 tengahari jugaler.  Kononnya nak keluar pukul 11 pagi.  Harus ada drag masa yea.  Termengah-mengahler aku nie.  Kalau macam superMAK tue zasssss sepantas kilat settle semua kerja.  Keluar rumah pukul 12 tengahari.  Perjalanan dari rumah kami, Bukit Katil ke Pulai tidakler jauh mana pun.

Sampai dalam pukul 1 tengahari.  Atok, nek, mak uda dan family semua ada.  Ini kampung asben aku.  Aku tak ada kampung pun.  Duduk berbual sampai ke petang.  Lepas asar jugak kita orang balik dari kampung sebab tunggul mil aku sampai.  Dari kampung kita orang balik ke rumah mil.  Lepas tue baru ke rumah mak long aku di Malim sebab mak aku ada kat sana.  Ubah angin katanya.  Ayah memang tak nak ke mana.  Jaga rumah.  Itulah kalau anak 2.  Nasib aku dan adik kawin orang Melaka gaks.

Oklah jom layan gambar pulak.  Sudah penat bercerita.

Tangga ini menjadi kegemaran kepada cucu-cucu nenek serta cicit-cicitnya.  Mesti nak panjat nek kata.
Ammar nie biar betul.  Ada hati tue nak panjat tangga.  Mahu tergolek.  Abaikan kaki yang terjuntai tue.  Kaki laki aku tue..
Adriana dan nek moyangnya.  Inilah nenek asben aku.
Ammar teruja ke jumpa tangga


       
Sebelum pulang mari bergambar dengan kakak-kakak ini.  Ammar sekarang dah pandai tak nak dengan orang yea.  Yang pandai tackle jea yang dapat menawan hatinya.  hehehe...Itu jealah kisahnya.  Sekian.