Wednesday, September 14, 2011

~Sambungan 1 Syawal Kami Lagi~

Salam...

Kembali untuk menyambung cerita dan berkongsi gambar-gambar di sini.  Masih lagi mengisahkan 1 Syawal aku dan family.  Oleh sebab aku hanya berjalan raya pada hari raya pertama jea maka haruslah aku perbanyakkan gambarnya dan perbanyakkan cerita pasal raya.  Orang lain cerita sampai berapa syawal pi jalan raya.  Aku non ado.  Kalau ada pun hanya gambar di rumah.  Itu pun bergambar sebab tetamu datang ke rumah.

Jom sambung cerita yang membosankan nie.  Zzzzzzz.   :-)  Ok berbalik kepada cerita asal, lepas dari rumah mak long, aku balik rumah mil.  Tapi gambar non ado.  Sebab kat sana memangler tak dan nak bergambar-gambar nie.  Dari rumah mil kami ke rumah biras aku.  Dekat jea dari rumah mil aku.  Kali nie semua ada.  Cukup korum!! Along tak balik ke johor sebab kak long nak bersalin.  Tunggu hari jea. 

Lepas dari rumah biras aku haruslah balik rumah mak aku pulak.  Belum balik lagi.  Malamnya pulak kami akan ke rumah nenek aku belah ayah.  Memang setiap tahun macam nie rutinnya.  Kampung semua dekat-dekat.

Sesampainya aku ke rumah mak aku, kakak sepupu aku and family pun sampai.  Mak long aku pun ikut sekali untuk berjalan raya.  Lagiler gamat kalau family dia orang datang.

Aku dan anak buah yang pertama
Kakak sepupu aku dan anak-anaknya termasuk anak aku
Adriana dan Kakak Iqah
Sedang menjamu selera
anak sapeler yang haus sangat tue???mana mak budak nie??mak dia sibuk mengambil gambar.  :-)
Oh..pujaan hatiku..
Tak hagak-hagak mamanya berbual-bual..Sapelah yang snap picture nie???adik aku!!!
Kami bergambar beramai-ramai..Bukan senang nak berkumpul beramai-ramai
Bergambar lagi.  Kali nie family kakak sepupu dengan adik aku
Kesian ammar.  Terpaksa redha dengan mamanya.
Sesi memberi duit raya.  Posing sikit!!!
Malamnya ke rumah nenek pula.  Sampai jea terus makan.  Mak cik aku dah siapkan makanan.
Aku dan nenek aku.  Kurusnya nenek aku.  Ayah dan asben pun sekali.
Dengan my nenek lagi
Kali nie adriana pun nak bergambar dengan moyangnya sekali.
Kami berempat lagi.
Sedang menonton tv.  Cite apa ntah time nie.  Napelah aku cam gitu.  Buruk bebenor rupanya.
Last picture untuk entry ini gambar adik aku dan isterinya.  Bini dia ngandung tapi macam perut adik aku pulak yang buncit.  Kahhhh.  Jangan mare yea bro!!!

Dari rumah nenek aku pi rumah makcik aku.  Dekat jugak dari rumah nenek.  Lepak-lepak kat sana then kita orang pun pulang ke rumah masing-masing.  Aku balik rumah akuler.  Tahun lepas balik rumah mak aku.  Tahun nie macam lain pulak.  Balik awal sebab esoknya mil, ipar-duai, biras beras mahu datang ke rumah.  Haruslah prepare something kan...Apakah??

Note>>Next entry 2 Syawal hanya di rumah menyambut tetamu jea.  Raya yang sangat sempoi dan raya kali nie banyak berehat di rumah saje.

Monday, September 12, 2011

~1 Syawal Kami~

Salam...

Orang lain dah banyak upload gambar raya.  Aku baru terkedek-kedek nak cerita pasal 1 Syawal.  Tahun nie raya tak semeriah mana.  Entahlah tak ada mood jea memanjang.  Asben pun kena keje.  Raya pertama dah kerja tapi standby.  Jadi tak dapatlah nak beraya ke mana-mana.  Persiapan semua biasa.  Tahun nie pagi raya kami di rumah baru. 

Lepas siap-siap di rumah mak malam tue aku berkemas balik ke rumah aku pulak.  Aku dah siapkan kuih raya mak aku semua dalam bekas kuih.  Sebelum balik rumah kami pulang ke kampung asben untuk jumpa atok dan nek.  Then baru balik rumah.

Pagi raya macam biasa.  Aku menyiapkan asikar-askar aku dulu.  papa ke masjid untuk sembahyang raya.  Aku orang yang last siap.  Aku dah mandi dulu awal pagi.  tapi idakler pakai baju cantik-cantik.  Lepas tue nak siapkan askar-askar.  Lepas dah settle ke dapur pulak sebab nak panaskan lauk-pauk yang dibawak balik dari rumah mak.  Aku siap bawak mangkuk tingkat balik rumah mak.  Yelah  masak semua kat rumah mak. 

Lepas dah siap semua,  kemas-kemas nak balik rumah mak dulu..  Adik aku call kata dia orang otw ke rumah mak long aku iaitu satu-satunya kakak kepada mak aku.  Adik-beradik 2 orang jea.  Aku pun adik-beradik 2 orang gaks...Kena besarkan keluarga nie.  Kahhhh...

Kita orang pun ke rumah maklong.  Sampai sana sepupu aku dan anak-anaknya ke rumah asbennya.  Nasiblah semua kawin dalam2 Melaka gak.  Memang rutin kami tiap tahun lepas pagi raya akan mencari mak long dulu.  Kesian dia sorang-sorangkan.  Petang nanti mak long pulak akan menyusul ke rumah mak.  Anak mak long aku pulak sorang jea iaitu kakak sepupu aku.  Tapi anak kakak sepupu aku ramai.  5 orang askarnya yea tapi semua dah besar-besar.

Oklah jom kita layan gambar.  Ada 11 keping gambar..

Ammar dengan nenekandanya...
Adriana dengan bibiknya...Panggilan adriana untuk adik ipar aku
Mereka bertiga
Adriana memang rapat dengan adik ipar aku..2 2 sangat suka berposing dan bergambar
My pujaan hatiku
Mereka lagi
1st pic kami berempat
Bersantai-santai selepas kekenyangan
Adik aku dan adriana
Sebelum pulang, mari kita bergambar..Dari kiri mak long, aku, adriana, adik ipar,ammar dan mak.
Kami mahu pulang.  Destinasi seterusnya aku ke rumah mil.  Mak aku balik rumah. 

Note>>Akan ada sambungan 1 syawal lagi sebab gambar tak abis upload...

Friday, September 9, 2011

~Sehari Sebelum Raya~

Salam..

Hari Jumaat sudah..Kejap jea masa berlalu.  Dah masuk 11 Syawal kan.  Aku suka hari jumaat sebab esok cuti berhujung minggu.  Hari bersama anak-anak.  HAri nie barulah nak update cerita pasal raya.  Baru datang mood dan semangat sikit-sikit dalam diriku ini yang dok emosi memanjang.  Tapi aku cerita sehari sebelum raya iaitu last day kita berpuasa.

Biasalah hari tue ialah hari memantai.  Hari masak-masak.  Hari tue aku duduk di rumah mak aku.  Apa pulak kerjaan aku kalau dok kat umah sendiri.  Masak kat rumah mak aku.  Asben aku keje hari tue.  Jadinya aku dan anak-anak dihantar ke rumah mak.  Petang tue asben balik rumah mak dia.  Memang setiap tahun petang raya aku akan ada di rumah mak aku.  Asben aku pulak kat rumah mak dia.  Kalau aku tak ada siapa pulak yang ada kat rumah tue.  Adik aku jealah.  Nasiblah aku dan adik aku kawin dengan orang Melaka gaks.  Kalau jauh mahu meraung mak aku. 

Oklah jom kita tengok gambar sepanjang hari tue yang sempat aku amik untuk diletakkan di sini sebagai kenangan dan tatapan.  Tak ada yang menarik.   Sekadar suka-suka untuk buat tatapan diri sendiri!

Serunding Kelapa
Paru Goreng
Rendang Ayam
Adriana menunggu untuk berbuka sekali.  Baju tidur raya.  Bak kata asben aku siang malam anak-anak pakai baju cantik..Haruslah pakai baju cantik..
Daging Masak Hitam (masakan orang bawean, aku tak pass lagi masak nie!!)
Kambing Masak Kurma
Makanan dihidang...
Selepas berbuka kita pasang pelita
Persekitaran rumah mak aku
Adriana main bunga api dengan adik aku..Mama takut nak join sebab adik aku dok bakar mercun..
Ammar dalam rumah yea.  Berguling-guling atas tilamnya.
Berguling-guling sambil menunggu pengisytiharan hari raya
Jeng..jeng..jeng..
Yeah!!!!Esok raya...Kali nie orang baru yang umumkan.  Tak best pulak yang baru..Cepat sangat dia cakap.  Masa nak umum puasa sampai kat hall jea dah abis dia umum bila puasa.  Banyak songeh pulak aku nie.

Note>>Mengumpul semangat untuk postkan jugak entry raya...Next entry 1 Syawal...

Thursday, September 8, 2011

~Si Kecikku Sudah 6 Bulan~

Salam semua...

Belum sampai lagi mood nak bercerita pasal raya.  Gambar raya ada sudah diupload tapi masih disimpan sebagai draft.  Mood belum ada.  Otak masih tepu dan tidak ada idea untuk menulis!!!Apa-apa pun jom kita bebralik kepada tajuk di atas.

21 Ogos 2011 yang lepas, si kecilku yang hensem, Muhammad Ammar Qayyum sudah menjangkau usia 6 bulan.  Kejap jea dah masuk 6 bulan.  Ammar dah boleh mula makan. Jomlah tengok gambar ammar masa 6 bulan.  Aku tak tahu nak tulis apa. 




Checkup ammar untuk 6 bulan hari tue ada cucuk.  Nasiblah ammar tak demam.  Masa tue dah dekat2 nak raya.  Tapi baru-baru ammar baru kena demam campak.

Monday, September 5, 2011

~Mood Bekerja Ke Laut~

Salam dan selamat pagi isnin...

Monday Blues!!!Hari ini aku telah mula bekerja setelah seminggu bercuti.  Aduuuhaiii...Sanga-sangat malas bila dah duduk lama di rumah bersama-sama adrianammar. 

Raya tahun nie tak jalan ke mana.  Sebab??Asben aku koje.  jadi aku dan anak-anak duduk di rumah saje dan menunggu sesiapa yang sudi datang ke rumahku..


Mood bekerja ke laut....Macam kerja tepi laut pulak!!!Dari tadi dok belek-belek kertas atas meja tapi tak tahu nak mula dari mana.  Hai penyakit 'M" pergi kau jauh-jauh dari dalam diriku...


Hai rajin datanglah ko dalam diriku ini...Kahkahkah

Note>>Raya ke 5 ari tue Blogger Jue datang rumah aku...Walaupun sekejap seronok dapat gak jumpa dengan jue..

~Salam Aidilfitri Buat Semua~


Salam kepada semua bloggers yang selalu singgah di sini yang rajin menjadi pengomen tegar di blogku ini mahu pun silent reader.

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf Zahir dan Batin...
Aku ingin meminta maaf kepada semua sekiranya sepanjang penulisan aku di sini ada yang terasa dengan kata-kata aku.

Kepada yang ingin pulang ke kampung 'Berhati-hati di jalan raya'.  Semoga kawan-kawan selamat sampai dan pulang ke destinasi masing-masing.  Apa yang penting aku hanya beraya di Melaka.  Asben pun koje.  Maka, aku dan anak-anak beraya di rumah sahajalah nampaknya.