Monday, October 11, 2010

~Crabstick Popia from Putrajaya~

Nie adalah Crabstick Popia yang aku order daripada seorang kenalan blogger aku iaitu IZAN a.k.a MAMALYNA...Izan nie dok kat Putrajaya..Nampak dia promote kat blognya pasal dia ada jual crabstick nie maka tekak aku pun mengada-ngada teringin nak mencuba crabstick yang dijual oleh Izan nie..

Izan kata nak pos kan pada aku ari Isnin yang lalu..tapi oleh sebab masalah-masalah daripada pihak pos laju barang aku tak sampai ke tangan aku pada hari Selasa..Aku terima pada hari rabunya..

Apa-apa pun crabstick nie da selamat pun tibe dan selamat dimakan..hehehe

Inilah crabstick yang aku beli pada Izan..Mungkin sebab terlalu lama di luar, so masa aku goreng kulit popia nie macam terbukak...tapi apapun da di makan abis pun..

Note>>Nanti boleh order lagi..Tq to Izan

Thursday, October 7, 2010

~Cendawan Goreng~

Inilah cendawan goreng hasil air tangan aku a.k.a bini fendi bidin..hehehe...teringin nak makan cendawan goreng..da asben tanam cendawan kenalah makan cendawan kan??

Simple dan dan sangat mudah..


Bahan-Bahan :
Tepung Gandum
Tepung Beras
Lada Hitam (ditumbuk)
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Jintan Putih
Garam
Telur
Air

Cara-caranya :
1.  Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.
2. Masukkan cendawan dan goreng...

Pas nie nak buat sup cendawan plak..da jemu makan cendawan goreng kita buat sup plak..
nyum..nyum..nyum..

Monday, October 4, 2010

~Makan Malam~

Nie pulak makan malam aku dan asben untuk malam tadi..Oleh sebab tak masak semalam jadi malamnya asben ajak aku makan Roti Nan..Wah..syoknya..Padahal siangnya aku da pi 2 buah rumah..Kesian kat asben dia nak makan roti nan..Aku follow jea..janji perut aku kenyang...hehehe

Inilah roti nan yang aku order..
Aku order cheese nan..sangat2 sedap..


Ini pulak ayam tandoori...

Lepas makan terus balik sebab keletihan..asben aku siang tue sibuk dengan cendawannya.  bininya sibuk berjalan pulak..

Note>>Asyik makan jea aku nie kan??selera makan da ada..

~Beraya Lagi~

Semalam hari ahad, aku masih berjalan raya tapi join orang bujang dekat opis aku..boleh ek macam tue??asben aku sibuk dengan cendawan.  so, dia suruh aku ikut kawan-kawan aku berjalan.  mula-mula cadangnya yang nak pergi ramai tapi akhirnya jadi 3 kerat jea..tapi adriana tetap ikut ke mana aku pegi yea..nasiblah ada 2 orang yang menolong aku memantau si kecik nie..kalau aku sorang mau patah pinggang.  sebab kadang dia nak berdukung tak mau jalan..

So, semalam aku just pi 2 buah rumah jea..itu pun taklarat rasanya.  Makan dekat 2 buah rumah jea aku rasa perut aku penuh macam nak melettup pun ada..bukan main kekenyangan yang amat sangat.  Kami pi beraya ke Kg. Air Limau, Masjid Tanah.  Dua2 adalah my officemate..

Jom tengok gambar..Thanks to Kak Nisah dan Kak Mimah yang menyediakan kami juadah yang sangat enak..Kami makan sampai kekenyangan.

Rumah Pertama-Rumah Kak Nisah yang menyediakan LAKSA PENANG
Yang pegang anak adalah Kak Nisah..Sebelah tue Cik Bib, my bos..
Adriana panggil Cik Bib, "bos"
Yang sorang jejaka tue adalah Hanafi..dialah yang jadi driver pada hari tue...
Anak aku panggil dia abg..Mudaler pulak...Patutnya panggil UNCLE tau...


Adriana seperti gayat tan pernah nampak tangga..dok naik turun tangga..
Maklumler kat umah sendiri tak ada tangga..


Aku and the geng

Rumah Kedua-Rumah Kak Mimah yang menyediakan Nasi dan lauk pauk

Ini dekat rumah Kak Mimah..tengok dia orang sedang khusyuk makan..Yang penting ada lemang yang sangat sedap.  Tengoklah apa anak aku buat??dia dok makan buah tembikai..Adriana siap cakap Bos nak tembikai..ntah mana dia tahu bos tue..macam-macam ler budak nie..

Itu jealah..Lepas tue kami pun balik..Aku sampai rumah tepat pukul 5pm.  Memang keletihan dan kekenyangan..Sampai rumah beradu kejap tapi adriana tak tido pun jadi aku tak leh tido nyenyak sangat.

Note>>Malamnya aku boleh pi makan roti nan dgn asben..

~My Baby~

Kali nie nak cerita pasal kandungan aku pulak..da beberapa entry dok cite pasal raya jea..ada lagi pasal aku jalan-jalan raya rumah kawan belum abis lagi..Nanti aku cite lagi.  Sekarang nak cite pasal kandungan aku yang sudah pun mencecah ke 4 bulan..da 18 minggu.  kejap jea masa berlalu..Aku berharap agar baby dalam kandungan aku akan dilahirkan secara sihat dan sempurna serta selamat semuanya.

Last aku buat checkup perut masa 22 September 2010. Masa tue usia kandungan 16 minggu.

Berat Badan : 47.5kg
Tekanan Darah : 100/70
Kaki Bengkak : NIL
Albumin : N
Gula : N
HB : 11.2

Alhamdulillah, hb aku naik sikit-sikit.  Masa mula-mula checkup HB aku sangat rendah iaitu 9.6.  Jadi aku kenalah makan ubat yang doc bagi.  Berat aku kali nie nurse kata naik banyak dan nurse kata perut aku besar daripada usia kandungan.  Aku tengok kecik jea.  Bila nurse kata besar aku risau pulak.  Harap-harap ok jea.

Bila berat naik banyak dan kandungan besar kenalah jumpa doktor.  tapi doktor tak kata apa pulak.  Tak ada apa2lah kot..

Nie scan masa 13 minggu...tapi aku tak puas hati scan kat poliklinik kerajaan.  Doktor tue tak terangkan apa2 kat aku sebab aku tengok doktor tue macam tak tahu nak scan.  Dia asyik dok panggil doktor dari bilik sebelah.  dia tanya2 doktor bilik sebelah tue pas tue dia orang cakap sesama sendiri jea.  Sebelum aku pun ada patient pun macam tue gak..Mungkin doktor baru agaknya.

Nanti aku nak scan kat klinik swasta.  Tak puas hati pulak.  Tapi doktor kata baby ok..semua ok.  Next checkup 20 Oktober 2010.. Itu jea perihal kandungan aku...

Sekian...

Note>>Kalau nak tengok jantina da nampak ke??Da lupa berapa bulan boleh tengok...:-)

Sunday, October 3, 2010

~Beraya Ke Rumah Cik Liza~

Masih belum abis beraya..Hujung-hujung syawal banyak diabiskan dengan menghadiri ke OH..Jumaat lepas tengahari kami semua satu pejabat ke rumah EO kami iaitu Cik Liza..Semua gegirl yea..kami berkonvoi beramai-ramai ke rumah Cik Liza.  Kali nie ramai gak yang menyertai.  Mungkin sebab hari jumaat masa rehatnya panjang jadi ramailah yang dapat datang.

So, seperti biasa geng-geng aku akan menyerbu time rehat.  Pukul 12.15pm semua ke rumah Cik Liza..
Jom tengok aktiviti makan-makan kami sepanjang berada di rumah EO kami...

LAYANNNN.....

Candid!!!!

Aksi-aksi spontan

Sedang duduk berbual2...bila da ramai jadi gamat keadaan

Bergambar dulu sebelum makan..ada separuh lagi yang belum sampai

aku mesti bergambar jugak

di meja makan..masing-masing kelaparan

bergambar ketika makan..semua da ada masa nie..

Nielah kereta-kereta yang menyertai konvoi ke rumah Cik Liza

Balkhes dan Faizah...

Kek yang sangat sedap!!!nyum...nyum...nyum

Aku dan zila

Sebahagian yang belum abis menjamu selera

makan lagi!!!

Akhir sekali, sebelum pulang haruslah bergambar..tapi gambar tuan rumah tak delah..lepas makan semua senyum..gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...hehehe...betul ke apa aku tulis??

Note>>Cepatlah abis raya aku nie asyik makan jea..risau aku naik mendadak..:-(