Monday, September 9, 2019

Hiking Di Tasik Biru Kangar Pulai

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, ada aktiviti yang telah disusun oleh suami dan geng Kastam. Aku dimaklumkan tentang aktiviti tersebut pada hari rabu. Masa tu aku sudah menunjukkan simptom-simptom untuk diserang selsema. Hari khamis malam selsema makin menjadi-jadi. Jadi aku pun beritahu pada suami, kalau larat aku ikutlah sebab malam itu aku sudah telan ubat.

Alhamdulillah, pagi itu aku bangkit untuk Subuh dan terus bersiap - walaupun selsema itu masih ada. Tapi sebab aku rasa mesti aku akan boring seorang diri di rumah ditambah otak pula sedang writer's block baiklah aku keluar daripada sarang.

Jam 7.30 pagi kami bertolak dari rumah menuju ke Pulai. Aku pun tak pernah sampai jadi dapat pergi sekali jadilah. Aku bukanlah penggemar aktiviti lasak tapi untuk memenuhi kegemaran encik suami apa salahnya.

Waktu ini baru mula-mula naik. Nak hilangkan penat suruhlah pak encik tangkap gambar aku.

Bising mulut aku asyik bertanya, "Jauh lagi ke nak sampai?"

Teknik bergambar seperti ini adalah amat menyeramkan. Tetiba.

Aku yang suruh pak encik ambil gambar dari jauh.

Selalunya di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita. Tapi yang ini di belakang kejayaan seorang wanita yang mahu memanjat bukit dengan berjayanya ada seorang lelaki. Laki aku tukang tolak kalau aku payah nak naik sambil mulut dia bising. Itulah badan dah berat. Bini pun krik-krik-krik.

Dak Ammar antara yang mengharukan keadaan. Dari naik dia asyik menangis. Ini dia risau maknya tak naik.

Ammar memang geng mama. Dah boleh nampak dia tak suka aktiviti lasak tapi apaknya cukup marah sebab dia lelaki. Baiklah pa.

Mama suruh dia posing untuk menghilang gementar di dada. Hahaha.

Betapa indahnya permandangan. Tapi betapa seksanya nak sampai. Cukuplah sekali. Tidak mahulah aku ke sini lagi.

Wajah orang selsema.

Permandangan di atas bukit.

Baju oren itu anak jiran depan rumah. Di JB kami menyewa rumah flat yang aku sering panggil 'kondo'. Hehehe.

Kenalah bergambar dengan satu kali posing.

Dia orang semua menyeberang ke sana. Aku dan Ammar tidaklah ikut. Tak kuasa nak melintas halangan di depan.

 Nampak tak aku tinggal dengan Ammar dan bersama sorang lagi.


 Dia orang dah ke seberang sana.

Sebab nak ambil gambar yang nampak tasik biru ni.

Selfie daripada mereka.


Sebelum pulang kami bergambar beramai-ramai.

Satu lagi keseksaan untuk turun. Naik payah turun pun payah.

Tengok rupa nak turun. Ini kira sopan lagi.

Posing lagi satu kali.

Waktu ini sudah lega bila sudah sampai tanah rata.

Yeah, selamat tiba di bawah.

Balik hiking singgah rumah ofismate pak encik yang rumahnya terletak berhampiran dengan Tasik Biru. Dia masak nasi lemak pulak tu. Lemaknya buang setengah kilo tapi tambah lemak berkilo-kilo.

Meriah makan kami sebelum pulang. 

Begitulah hari kami bila tidak pulang ke kampung halaman, Melaka yang tercinta. Bolehlah untuk menyibukkan diri di tempat orang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





No comments: