Thursday, September 7, 2017

Menyusun Kata

Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini, saya seolah-olah sukar menyusun kata. Saya mengambil masa berjam-jam duduk di depan komputer tanpa berbuat apa-apa. Tanpa berbuat apa-apa itu maksudnya saya tidak menulis. Blog yang saya log masuk akan terbiar begitu sahaja. Cerpen saya semuanya separuh jalan. Entah kenapalah dua tiga menjak ini saya seperti tidak boleh menyusun kata. Memang tidak produktif. Sudahnya saya akan membaca sahaja.

Kadang saya habiskan masa di muka buku. Tekan sana, tekan sini tanpa arah tuju. Membaca status kawan-kawan. Like sana, like sini. Komen sana, komen sini. Sedangkan siang hari saya sudah menyusun perkara yang mahu dilakukan pada sebelah malamnya. Sudahnya memang hanya tinggal impian sahaja. Semuanya tidak menjadi.

Blogwalking. Itu pun tengok keadaan. Dan pilihan yang ada adalah tidur. Begitulah kesudahannya hampir setiap hari. Kelmarin entri yang ada itu saya paksa diri juga untuk menulis. Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya perlu lakukan. Ada yang mahu mengejar tarikh. Tapi apakan daya, kudrat yang ada adakalanya tidak mampu untuk memikul semuanya.

Salah satu yang menjadikan diri saya gundah-gulana adalah tentang suatu permohonan. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada permohonan itu. Walaupun cuba membuang jauh-jauh agar perkara itu tidak mengganggu diri namun ia tetap menghantui jugak. Sudahnya saya kemurungan.

Saya sudah beberapa kali memujuk diri. Andai rezeki saya ada di situ, adalah. Jika tidak, rezeki saya di tempat lain. Nanti saya cuba kongsikan jika berkesempatan. Semoga dipermudahkan urusan saya hendaknya.


Oh ya, ini gambar saya dan rakan sepejabat. Gambar ini dirakamkan ketika raya yang lepas. Lusa dia akan bernikah dengan pilihan hatinya.



2 comments:

Cik Rose said...

Kadang-kadang idea mencurah-curah, bila di depan pc, terasa kosong pula. :(

Kakcik Nur said...

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Fyda.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.