Pages

Sunday, August 27, 2017

Ada Kala Perlu Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat malam. Baru berkesempatan mahu menulis blog. Semalam sibuk dengan candy booth dan juga photo booth. Kesibukan sepanjang masa membatas aku untuk mengekalkan momentum menulis itu. Cerpen pun sudah lama ditinggalkan. Kali terakhir menulis cerpen masa mengedit cerpen yang terpilih untuk Antologi Cerpen Adiwarna tu. Itu pun mahu tertonggeng-tonggeng aku nak mengedit cerpen itu. Memang lemah betul kalau cerpen yang sudah ditulis perlu dirombak semula.

Beberapa hari memikirkan jalan ceritanya sebagaimana yang diminta oleh pihak penyelenggara. Tak rombak pun cuma permulaan dan endingnya mahu lebih dramatik. Aku tak tahulah yang aku edit tu dramatik ke tidak. Sesungguhnya apa yang terkurang itu datangnya daripada diri aku sendiri.

Anak-anak balik rumah mak mentua. Cuti sekolah mereka memang akan berada di sana untuk beberapa hari saja lagi. Selalunya aku akan jemput awal dari hari yang sepatutnya. Sunyi bila dia orang tak ada. Kalau dulu, bila nak tinggal anak-anak, dalam kereta bila nak balik aku akan pandang luar tingkap. Aku nangis. Haha. Bila tok laki perasan mula membahankan aku. Sekarang hati makin kental sikit. Sikit aje pun. Tak banyak. Kental banyak karang tak berperasaan pulak.

Jadi hari ini, aku menggunakan masa 'me time' ini sebaik mungkin. Kadang kala kita perlu sendiri. Mencari masa dan ruang untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Sendiri untuk berfikir dan bermuhasabah diri sendiri jugak. Rancangnya keluar nak pergi makan. Dah sorang memang tidaklah aku nak masak. Mood masak memang melingkup habis. Lama dah aku tinggalkan. Aku bersiap dan dalam jam 11 lebih pagi aku keluar.

Aku tak pergi jauh pun. Setakat Aeon lama. Dekat sikit dengan rumah. Nak makan aje pun. Bukan nak membeli-belah. Tapi memang ada masuk senarai mahu ke kedai buku. Mana lagi tempat aku kalau bukan ke kedai buku.

Minat masing-masing. Tapi bukan setakat novel cinta yang menjadi kegemaran. Aku beli apa saja buku yang menarik. Pernah seseorang kata kat aku, "Daripada awak dok baca novel baik awak baca Quran." Ate, nak mengaji perlu ke aku kabokan.

Kemudian aku ke sini untuk makan.

Pesan roti ini. Kegemaran aku. Sedap.

Pesan lain sebenarnya tapi lain yang sampai. Telan ajelah.

Bukan aku aje yang sendiri, gadis itu pun sendiri jugak. Aku makan sambil menelaah buku yang baru berada di genggaman.

Ini buku-buku yang aku beli tadi. Omg! A tu khas buat anak dara aku. Dia suka baca koleksi Ain Maisarah. Ini dah buat permintaan nak buku bertajuk Aku Mahu Ke New York. Baiklah, nak. Tunggu papa balik kita pow papa. Haha. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: