Sunday, February 19, 2017

Beraktiviti Sendiri Di Pagi Ahad

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi. Salam buat semuanya. Ahad menjengah lagi. Seperti biasa, bila datangnya ahad, aku bersama anak-anak sahaja. Hari ahad dilalui seperti biasa dengan aktiviti sendiri. Jam 6.30 tadi suami sudah keluar mencari rezeki. Perjalanannya ke tempat kerja yang memakan masa dalam dua jam. Begitulah rutin kami setiap minggu. Suasana pagi ahad pun dilalui sama saja. Aku akan berdiri di muka pintu dan menghantarnya hingga hilang daripada pandangan. Suka atau tidak terpaksa juga hadap dan lalui situasi ini. InsyaAllah, jumpa kembali khamis sebelah malam. Nak menunggu ke hari khamis itu memang terasa lama sangat.

Anak-anak masih lagi beradu. Usai suami keluar tadi, aku mulalah mencari aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Mengemas katil, menyiapkan confirmation order customer untuk candy booth dan juga sewa barang photo booth. Kemudian aku masuk dapur dan merebus spageti. Cadangnya mahu goreng spageti saja. Kemudian mahu kemas dapur. Semalam sudah kemas sebahagiannya. Petang sikit bolehlah duduk depan televisyen sambil melipat kain baju yang bertimbun.

Begitulah kan setiap isteri dan mak pasti sibuk dengan kerja rumah. Hujung-hujung minggu beginilah yang boleh luangkan masa untuk mengemas apa yang patut. Kalau hari bekerja memang terkejar-kejar nak buat semua benda. Tak sempat pun. Aku buat mana yang penting dan mana yang larat. Tapi kalau kita seronok melakukan apa yang kita suka pasti kepenatan itu tidak dirasai sangat dan pasti hati kita seronok. Betul tak?

Morning view aku tadi. Gambar ni aku upload kat Insta. Salah satu tempat kesukaan aku di rumah.

Kemudian aku siapkan confirmation order customer. Ada yang sudah bayar deposit untuk lock date.

Hasil chistart yang aku buat semalam. Mengetat dengan mata yang ketat. Bertahan ajelah sebab nak siapkan. Tekak teringin nak makan. Lagipun dah lama tak buat sendiri.

Malam tadi cepat sikit aku mengetat sebab ada alat ini. Tekan-tekankan saja siap. Cepat penuh satu dulang. Satu adunan dapatlah 130 biji tart. Makan kau sampai muntah. Malam tadi sementara nak menyiapkan tart, yang setia meneman aku di dapur adalah si Ammar. Terbalik pula anak lelaki yang dok dapur. Si kakak nak sedap membongkang. Ammar tu bukan apa pun, sebenarnya selagi aku tak tidur sebelah dia memang dia sanggup melangut tunggu mak dia walaupun kau tengok mata dia dah kecik besar aje. Anak lelaki. Kalau aku baring, confirm sekejap aje dah tidur. Mengada-ngada.

Itu sahaja coretan pagi ini. Mahu masak spageti dulu nanti akan sambung menulis lagi. Ada assignment yang perlu dihantar April ini. Macam tak kesampaian saja nampaknya. Tengoklah macam mana kan boleh siap ke tidak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: