Monday, April 4, 2016

Sehari Sebelum Majlis

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat datang April. Entri pertama untuk bulan baru ini. Masuk hari keempat baru berkesempatan untuk menulis. Minggu lepas sibuk dengan majlis yang baru aje selesai sabtu lepas. Macam-macam perkara yang perlu disiapkan sebelum majlis.

Dua hari sebelum majlis aku sudah cuti. Over sangat! Macam nak kawinkan anak. Kebetulan khamis aku cuti boleh pulak tak sihat. Demam dan dok pening. Ah sudah! Menjelang malam tu baru diri rasa kuat dan mulalah mengerah tenaga.

Pagi jumaat aku mula beroperasi di dapur. Mulanya aku bakar kek coklat.

Selesai kel coklat, giliran kek butter pula.

Kemudian buat shell cheese tart.

Ini hasil cheesetart yang mengikut tema biru kuning.

Malam tu aku sibuk siapkan prop. Tampal lidi belakang prop.

Prop yang sudah siap.

Malam jugak asben tolong tiupkan belon. Nasib ada pam belon. Senang dan cepat. Ada jugak aku beli belon minion. Lupa nak ambil gambar belon aje.

Pagi sabtu usai subuh aku terus mendeko dua biji kek. Kemudian aku sempat buat dadih. Ini masa dia orang sibuk menyusun meja di khemah. Selesai kerja di dapur dan mengemas dapur aku terus menguruskan kerja di luar pula. Masa untuk menyusun makanan di candy booth. Nasiblah malam tu kita orang dah siap-siap isikan dalam bekas. Nanti aku tunjukkan deko candy booth aku yang tidak seberapa di entri yang seterusnya. Mahu tidur dulu...Bersambung di lain entri.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

adianiez AIDA said...

maaf x dpt hadir, fida.
sgt terkilan bila tgk fida post gambo kat fb.