Monday, April 27, 2015

~Drama Sangat~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Entri semalam gigih aku menaip menggunakan telefon bimbit. Seksa bukan kemain sebab nak menggunakan jari-jemari yang tak berapa nak meruncing ni. Semedang typo. Tapi aku gigih betulkan segala typo sebab aku ada pengomen tegar blog aku yang cukup tak berkenan kalau aku salah eja. Typing errorlah bang! Siapa lagi kalau bukan laki den bukan laki orang ye. 

Nanti keluarlah ayatnya. "Boleh tak cek dulu sebelum publish." Baiklah saya menurut perintah suami tercinta. Ahaks...

Okeylah, ini kisah sabtu dua minggu sudah. Masa ni memang berjalan sakan. Kita orang kalau hujung minggu memang tak lekat kat rumah. Ada aje nak jalan-jalan. Biasalah hujung minggu adalah masa bersama keluarga tercinta.

Kita orang ke Aeon Bandaraya. Jalan-jalan sampai tak tahu nak ke mana. Kemudian aku ajak asben pekena cendol kat Bunga Raya. Terus keluar daripada pusat membeli belah. Lagi lama dok ldalam tu boleh membelah diri. Sampai warung mamak ni pesan rojak dan cendol sorang satu.

Asben pesan apam balik.

Cik kak ni macam aku pesan cendol jangan letak kacang ye. Sama peel dengan maknya.

Mamat ni tolak kayu dan batu aje. yang lain semua dibedalnya.

Kemudian kita orang ke Mahkota Parade. Langkah kanannya ada pulak artis-artis datang. Para pelakon drama yang di tayangkan di slot TV3 dan TV9. hah harus menggeletek hati aku. Aku kan peminat tegar drama-drama melayu kan. Nak hastag aku suka tengok drama kau yang panas dah kenapa??

Hah itu Fattah Amin pelakon drama Bencinta.

Tak berapa nak clear. Yang itu Siti Saleha pelakon drama Ayuni Safira. Belakang tu pelakon drama Hati Perempuan.

Masa ni aku dah naik ke tingkat atas sebab asben dengan ammar sudah panggil. Aku dengan nana kat bawah. Dapatlah cuci-cuci mata tengok para pelakon. Drama yang ditayangkan biasalah sama seperti perjalanan hidup kita seharian. Ada orang baik, dan ada juga orang jahat. Akhirnya yang jahat mesti dapat pembalasan. Gitulah. 

Kita hidup di muka bumi ni seharusnya berdoa agar diri kita sentiasa berada di dalam golongan orang yang baik-baik sahaja. Sayangilah diri kita agar Tuhan izinkan kita untuk menjadi ahli syurga. InsyaAllah...Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: