Monday, December 2, 2013

~Hari Kedua Kami Di Kota Kinabalu~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam pagi isnin.  Marilah sambung cerita aku di Sabah.  Masih tak habis-habis lagi cerita di Sabah.  Banyak sangat kekangan yang buat aku tidak sempat untuk menulis.  Mana ada pilih-pilih gambar yang menimbun.  Berpinar mata.  Lepas dah pilih nak kena edit pula gambar tu.  Kecikkan gambar je.  Dah malas nak letak watermark kat gambar.  Banyak kerjaannya.  Aku ni memanjang malas.  Baca laki aku memang kena sound.  Ermmm...

Okey, bersambung hari kedua aku dan anak-anak di Kota Kinabalu.  Ahad tu pepagi sudah bersiap.  Cadangnya mahu pusing di bandar sahaja hari itu.  Nak shopping barang sikit-sikit.  Jom kita tengok gmabar sambil aku bercerita.  Aku pun dah lupa kejadiannya.


Inilah tempat menginap kami di AKMAL.


Sarapan pagi tu asben bawa makan roti cobra.  Ada adik ipar aku kata yang atas tu ular cobra ke?Uwekkss...Nasib dah sudah makan.  Bhahaha..Aku pilih ayam, asben pilih kambing.


Misi bermula di sini.  Mencari dan membeli barang-barang untuk kengkawan.  Souvenir untuk mereka.  Bukan main panas sampai berpeluh-peluh mencari barang yang mahu di cari.  Bila berpanas terik macam ni, baru teringat online shopping di Zalora Malaysia.  Tak payah bersesak-sesak begini. :D


Yang tak menahan kena dukung ammar.  Dia tidak mahu berjalan.


Kepenatan yang amat sangat.  Berehat kejap di kaki lima.


Kejam tak mak budak ni.  Bhahaha...


Biarkan si anak menangis.  Dia lebih gigih menangis daripada berjalan.


Sudahnya papa yang dukung.  Aku memang tak larat.


Pikul beg plastik ni dengan kamera dah mencukupi.


Jalanler tiga beranak kat depan tu.


Mak ai...laju betul dua orang tu jalan.


Akhirnya sampai juga di kereta.  Memang jauh gila jalan.  Nasib tak gila.  Huhuhu...


Papa dan nana.  Ammar sudah berada dalam kereta.  Inilah kereta sewa kita orang di sana.

Kemudian kita orang makan tengahari.  Inilah makanan untuk aku.

 Ammar mahu makan sendiri.


 Adriana pula dengan lauk pilihannya.


Lepas tu kita orang pergi ke pasar.  Apa namanya?Lupa sudah.  Abaikanlah...Korang tahu kut.


Belilah segala macam.  Udang kering, ikan bilis, keropok apa ntah namanya.  Sebut tahu eja tak tahu.


Sempat bergambar.


Papa sibuk memilih.  Ammar tengok mama dan mama snap.


Kemudian kami ke menara.  Melihat permandangan dari atas.


Aku dan anak-anak.


Masih lagi gambar aku dan anak-anak.


Adriana dan ammar pula.  Macam-macam pose dia orang.


Aku hanya duduk di sini memerhatikan permandangan.  Menarik!Dari sini kita orang ke tepi pantai.  ceritanya di lain entri.  Nanti akan dituliskan.  Bagi aku sedikit masa ye.  Sekian dulu entri untuk hari ini.







                                                                                                        


No comments: