Sunday, November 17, 2013

~Beli Barang Dapur dan Bersantai~

Assalamualaikum...

Selamat pagi ahad semua.  Apa aktiviti korang?Hari ini asben ajak jalan-jalan memandangkan semalam seharian bertapa di rumah.  Bersilat di dapur dan mengemas tak habis-habis.  Itu pun baju dua bakul tak berlipat.  Huhuhu.  Belum datang seru lagi nak melipat.  Kalau sudah duduk lipat memang tak boleh nak hadap kerja lain.   Jenuh nak lipat dua bakul.  Baju-bajan sebelum aku ke Sabah tempohari.

Jumaat tempohari pergi berhantar dan balik berjemput.  Jadi mem besar.  Heaven betul ada asben hantar pergi kerja.  Dia masih lagi bercuti sehingga minggu depan.  So bolehlah...Balik kerja asben jemput aku dan kita orang balik rumah siap-siap.  Mahu ambil anak-anak pula.  Tapi keluar awal sebab sudah janji dengan kawan Aida mahu hantar barang padanya.  Selasai ke rumahnya terus balik rumah mak untuk ambil anak-anak pula.

Kemudian kami ke Family Store untuk beli barang dapur.  Memandangkan tiga bulan dapur aku tidak berfungsi.  Satu troli penuh dengan barang dapur.  Asben pula request mahu makan lasagna.  Beli sekali bahan-bahannya.

 Kemudian kita orang lepak dekat MBMB.  Beli burger tepi jalan, kudapan dan makan dekat situ je.

Apa aje dua beradik ni.  Ammar tunjuk apa pulak tu?Nana peluk ammar takut adiknya terjun dalam kolam.  Hehehe...Itu sahaja kisah santai kami empat beranak.  Alhamdulillah kembali berempat.  Sekian...

Publish!







                                                                                                                    

No comments: