Thursday, August 23, 2012

~Pagi 1 Syawal~

Pagi syawal tue pukul 6 aku dah bangun sebab nak iron baju bagai.  Lepas tue nak terus ke rumah mak sebab asben nak solat raya di Masjid Al-Azim.  So memang kejar masa.  Takut tak sempat.  Mana nak kejut dan siapkan anak-anak lagi.  Masing-masing liat nak bangun.

Kejutkan adriana ok pulak pagi tue.  Ammar jea terkebil-kebil nak bangun.  Bangun dik...Hari nie hari raya.  Asben bangunkan dia bukak baju dia baring balik.  Lawak tengokkan dia.  Siap-siap semua terus pi rumah mak.  Pukul 7.30 kita orang keluar rumah.  Sampai jea asben terus ikut adik naik motor untuk solat raya.  Tugas pertama aku di rumah mak adalah mengisi kuih raya mak dalam balang.  Tunggu orang balik sembahyang then mahu menziarah pusara arwah atok dan nenek.

Sebelum itu seperti biasa kenalah bergambar untuk kenangan kami.  Bukan senang nak bergambar satu family.  Studio di ruang tamu rumah mak aku.  Hehehe..

Ini masa adik aku tengah setting kamera canggih aku.  Budak-budak nie jadi mangsa.

Inilah keluarga Hj Adim dan Hjh Saedah.  Keluarga kecil.  Dua orang anak, dua orang menantu dan tiga orang cucu.  Thanks to mr tripod.  Nasib ada tripod dapatlah kami bergambar beramai-ramai.

Ayah dan mak aku.

Keluarga kecil aku pulak.  Tema kami biru.  Tema kali nie asben yang pilih sebab dia nak warna nie senang nak pakai masa kursus.  Apa-apa jealah janji ada baju sedondon.  Aku kena oter baju aku sebab besar gedabak aku rasa.  Inilah masalah aku kalau beli baju dah siap.  Mengelebeh sana sini.  Baju yang besar sebab aku yang kecik kot.

Family kecil adik aku.  1st time raya bersama anak.

Oh cair aku bile tengok mamat nie.  :D

Settle di rumah lepas bersalam-salaman, kami pergi menziarahi pusara arwah atok dan nenek.

Then balik rumah sebab kawan-kawan mak aku masa kerja datang rumah.  Dia orang memang tiap tahun datang rumah masa hari raya dari aku sekolah sampailah aku dan kawin dan beranak-pinak.  Rajin betul uncle-uncle nie.  1 Malaysialah katakan.  :D

Lepas tetamu mak balik kita orang keluar untuk ke rumah mak long di Malim.  Biasalah mak ada sorang kakak jea.  Kami pun menuju ke sana.  Cerita akan bersambung di rumah kakak sepupu aku pulak.  To be continued...








                                                                                                                      

2 comments:

Aleyn said...

Selamat HAri Raya!!!...wah serba biru

Unknown said...

wah sedondon gitu...selamat hari raya