Monday, October 24, 2011

~Bila Asben Bershopping~

Asben aku shopping sorang-sorang yea.  Aku tak ikut pun.  Sabtu lepas asben ke Bangi sebab ada sukan.  Kastam buat sukan dekat UKM.  Aku pun tak pasti tapi yang pasti mengenai sukan.  Dah tentu asben aku tidak bersukan.  Cuma menjaga orang sukan.  Begitulah yang diterangkan.  Of course, seperti biasa aku dan anak-anak terperap di rumah.  Oh tidak mungkin. 

Memandangkan asben kata dia balik lewat dialog aku seperti biasa.  'Hantar al balik rumah mak'.  Hehehe.  Macam merajuk suruh hantar balik rumah mak bapak gamaknya.  Kahhhh.  Takkanler aku nak duduk kat rumah tanpa kemana-mana.  Oh tidak sama sekali.  At least aku keluar dan balik rumah mak sudah memadai.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas sebab aku sudah merapu ke lain.  Asben pegi tengahari.  Function start pukul 8 malam.  Jadi merewang ke sinilah.  Sangat tidak aci sebab aku tak pernah sampai, dia dah sampai dulu.  Ada orang lain yang ketinggalan seperti aku yang tak pernah sampai ke IKEA nie.  Aku datang dari hulu mana kan.  Kalau ditakdirkan suatu aku ke sini mesti teruja yang amat sangat.  Selalu dengar cerita orang jea.  So pity!!!

Oklah nak tengok apalah yang asben aku beli kat sana.  Macam-macam rupanya.  Dia lagi teruk kalau bershopping mengalahkan aku.  Kalau aku disuruh berjimat cermat.  Tak pelah dia beli barang rumah yang penting ada benda khas untuk aku yea.  Nak tahu..Tadaaa....

*
*
*
*
*
*
*

Bekas untuk buat muffin.  Memang suruh aku belajar buat muffin nie.  Memang didatangkan khas untuk aku nie. :-)  Kalau aku tak guna mahu dia lecture aku bertahun-tahun.  Baik cari resipi dari sekarang sebelum mendapat amanat-amanat daripadanya.  Hah!!!
Cermin.  Tak tahulah nak letak mana wahai sang cermin.  Nie yang kecik.  Bawah dia tue cermin panjang berjelar.  Berapa banyak cermin nak letak dalam rumah nie aku pun tak tau.  Mirror oh mirror!!
Yang nie pulak baby chair untuk adrianammar.  Kalau kakak tak duduk adik boleh duduk.  Tapi ammarlah yang patut duduk.  Kakak yang berebut yea.  Macam biasa aku pening.  Hehehe..
Last sekali, ini barang.  Tempat letak baju kotor.  Sudah diisi dengan benda yang sepatutnya.  Inilah semua hasil terjahan asben aku di IKEA.  Asben kata dapat bonus nak bawak aku pulak ke IKEA.  Aku suka!!Aku suka!!Mesti aku rambang mata.  Sediakan ongkosnya jealah.  Sekian.

1 comment:

adianiez AIDA said...

best nyerrr! fida, tak payah tunggu la duit bonus. claim OT apen tak abis pakai hi hi hi...