Tuesday, November 19, 2013

~Bila Hati Tidak Tenang~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Sudah selasa.  Tidak ada lagi menghitung hari.  Hari ini tak tahu nak tulis entri apa.  Ketiadaan mood.  Sebab anak-anak tiada.  Pulang ke kampung sebab cuti sekolah kan.  Minggu ini aje.  Khamis ni aku ambil mereka semula.  Tak boleh lama-lama.  Kalau ikutkan hati hari ini juga aku nak jemput mereka.  Tiada mereka kosonglah hati ini.  Sunyi sepi.
 
Sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan di sini.  Menangani hati kita ketika tidak tenang.  Semoga sedikit sebanyak dapat membantu korang mahupun aku sendiri.  In Sha Allah...

Sumber dari :
http://akuislam.com/blog/renungan/cara-terbaik-menenangkan-hati-kecewa/

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

 

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
- Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 - Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

 

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

 

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Penutup :
Itu adalah beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?






                                                                                                          

Monday, November 18, 2013

~Bila Kembali Berempat~

Assalamulaikum....

Selamat petang.   Mood menulis datang sebelum meninggalkan pejabat.  Masih lagi di office.   Aku pun ambil ipad dan update lah blog memandangkan semalam ada gambar yang aku rakamkan ketika kami hang out berempat.

Setelah hampir tiga bulan waktu itu tidak dikecapi dan kini kemvali berempat.   Bila ada kelapangan haruslah menghabiskan masa bersama.  Keluar jalan-jalan, makan dan balik!  Semalam kami hanya ke Aeon Bandaraya.  Lepak-lepak kat situ aje.

Ammar memerhatikan apa ntahlah.  Waktu ini di kedai yang jual barang berharga RM5.

Ambil gambar mereka bertiga.

Ini mahu ke lif sebab nak kedai buku.  Aku mencari satu buku.   Tapi buku lain yang menarik perhatianku.   Ada diceritakan buku apa itu di entri sebelum sebelumnya.

Selesai urusan di aeon kami ke Bukit Baru untuk makan.  Makan di kedai mee basah sebab asben mahu makan sup kambing.  Peminat tegar pada kambing.

Adriana aku orderkan nasi ayam.

Ammar minta bergambar juga tapi nak sorang-sorang.  Kakak menyakat kat belakang tu.  Dimarahnya kakak tu.

Akhirnya ada gambar dia seorang diri tapi mukanya masam.  Kuat merajuk!Tang merajuk ikut perangai siapa tu.  Huhuhu...

Dan inilah menu untuk aku malam tadi.  Mee basah dimakan, nasi ayam yang tak habis pun aku makan.  Hihi...Itu sahaja aktiviti kami berempat semalam.  Masa yang berkualiti sangat bermakna ketika bersama keluarga.

Sekian...

~Hari Pertama : Rumah Terbalik @ Sabah~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Korang makan apa lunch hour tadi?Aku pekena nasi dan asam pedas tetel.  Delicious!Sedap hingga menjilat jari tapi aku makan guna sudu dan garfu.  Hehe...Oleh sebab kemengantukan menghadap pc dari tadi mohlah jengah blog sebentar.  Mahu update entri ketiga untuk hari ini.

Entri ini akan memulakan kepada penceritaan aku dan keluarga di Sabah untuk hari pertama.  Hari pertama adalah untuk aku dan anak-anak memandangkan asben sudah berbulan di sana.  Marilah mulakan cerita.  Sabtu itu (9 November 2013) tarikh itu juga aku genap berkhidmat tujuh tahun di Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Aku sempat tulis entri itu sebelum ke Sabah.  

Awal pagi sudah bersiap.  Aku, anak-anak mahupun suami.  Nak berjalan kan.  Haruslah siap awal pagi.  Sesampainya aku di Sabah, aku menginap di AKMAL Sabah.  Selesa sangat.  Pagi itu bersarapan di kafe AKMAL sahaja.  Kemudian terus keluar ke destinasi yang mahu dituju.  Tempat pertama yang kami pergi adalah Rumah Terbalik. 

Dua beradik ini di kawasan parkir Rumah Terbalik.

Tiket masuk sudah pun dibeli.  Dewasa RM10, kanak-kanak RM5.  Ammar percuma.

Mama dan Ammar.  Muka pucat!Rupa mumia kut. Huhuhu...

Nana pegang tiket.

Masuk-masuk bergambar kat kereta terbalik ni.

Aksi papa dan ammar.

My triple A.

Papa dengan aksinya.

Ini sahaja gambar kami berempat.  Minta tolong orang ambilkan.  Tapi yang terkilannya gambar ini blur!!

Dalam rumah tak boleh bergambar.  Ini sewaktu sudah keluar dari dalam rumah.  Basikal itu.  Nampak tak?

Kakak dan adik.

Mama dan anak-anak pula di tandas terbalik.

Papa bingung, anak-anak?

Gambarku sendirian setelah lama tidak ada gambar solo.

Suasana permandangan di sekitar Rumah Terbalik.  Cantik!

Gambar solo aku lagi.  Nampak tembam pulak bertudung ini ke aku memang tembam.  Tak sedar dirilah tu.

Sebelum pulang bergambar bersama anak-anak pula.  Kemudian kami mahu ke tempat yang agak jauh perjalanannya yang begitu mencabar.  Akan diceritakan kemudian.  Bersambung lagi di lain entri.  Jangan bosan mendengar cerita lima hari aku di Sabah ye.

Sekian dulu.  Wassalam..







                                                                                                         

~Buku Yang Dicari : Aku Terima Nikahnya~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Sementara nak tunggu lunch hour, mohlah update satu entry.  Tiba-tiba perasaan ini mengelodak mahu mencari buku ini.  Macam nak beli je...macam nak beli je...Huish..Aku kalau sudah nak memang akan diikhtiarkan sampai dapat.  Semalam ke kedai buku mahu mencari buku tetapi bukan novel ye.  Nanti aku cerita buku apa yang aku nak beli tu.  Memang dah lama nak beli tapi ada kekangannya.

Sekali aku ternampak buku ni di rak.  Sempat aku belek-belek dan baca isi-isi kandungannya.  Menarik pula.  Buku ini agak tebal dan harganya pun boleh tahan.  RM55 untuk sebuah.  Akan diikhtiarkan untuk aku dapatkannya.  Tunggu gaji atau tidak.  Hehehe...Fikir,fikir dan fikir.  Ada balik nanti aku terjah kedai buku.

Serba sedikit penerangan tentang kandungan buku ini.  Sumber yang aku google dan diperolehi dari laman web INI.

Aku Terima Nikahnya merupakan sebuah trilogi iaitu kompilasi tiga buah buku: Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta.
Diberi wajah baru dengan penampilan yang lebih kemas dan menarik. Edisi istimewa berkulit keras. Direka khas dan sesuai dijadikan hantaran perkahwinan. Pun begitu boleh juga dibaca oleh sesiapa jua.

Aku Terima Nikahnya merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak.
Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.
Sekian...
Nota Kaki :  Kalau aku sudah dapatkannya akan aku kongsikan di sini. 






                                                                                                           

~Mengharapkan Permulaan Hari Yang Baik~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Pagi isnin yang mendamaikan.  Damai ke?Damai di luar mungkin tidak di dalam.  Huhuhu...Ayat yang sangat mendalam.  Semoga hari ini permulaan yang baik-baik sahaja.  Fikir yang baik-baik, inshaAllah akan jadilah yang baik.  Tapi kalau sudah membuatkan sesuatu yang menimbulkan fikiran tidak baik, bagaimana pula?

Sebolehnya, jauhkan.  Fikir baik, fikir positif.  Kata sahabat saya, fikir positif!Fikir yang bukan-bukan seperti satu doa.  InshaAllah...Hati manusia siapalah yang tahu.  Terpulang pada diri kita sendiri untuk menilai terhadap apa yang kita lihat.  Tapi melihat belum tentu pasti kebenarannya kan?

Sentiasalah berbuat baik, bertanggapan baik.  Minta dijauhkan perkara-perkara yang tidak baik.  Semoga permulaan hari ini bermula dengan baik-baik sahaja.  Jauhkanlah dengan orang yang tidak baik di sekeliling kita dan dekatlah dengan orang baik pada kita.  Amin...

Nota Kaki :  Bila sesuatu mencurigakan pasti kita akan berfikiran tidak baik!









                                                                                                                     

Sunday, November 17, 2013

~Hampir 3 Bulan Dapur Tidak Berasap~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Dah masak untuk makan tengahari tak?Hari ini tak masak sebab mahu keluar mengukur jalan.  Hehehe. So memang tak masak.  Nanti masak siapa nak makan.  Semalam seharian di rumah memang aku siapkan makanan untuk asben dan anak-anak.

Setelah hampir 3 bulan dapur tidak berasap, kuali digantung sampai pernah tidak ada tong gas di rumah akhirnya semalam aku kembali merasmikan dapurku.  Kembali kepada tugas ala-ala chef di rumah.  Chef buat asben dan anak-anak.  Semalam masak apa yang asben minta.  Katanya tak mahu makan nasi.  Baikkk...SYMP. :D

Ini untuk sarapan.  Roti telur dan kentang goreng.  Alhamdulillah kenyang sementara mahu makan tengahari pula.

Makan tengahari aku siapkan lasagna, fettucini goreng dan popia ketam berkeju.  Simple aje.  Asben mahu makan lasagna.  Aku buatlah seloyang untuk dia.  Makanlah sampai ke malam.  Maka dengan ini dapurku kembali berfungsi seperti sediakala. D

Sekian dulu.  Cerita di Sabah akan menyusul nanti.  Gambar banyak.  Malas betul nak pilih.  Tunggulah bila datang kerajinan itu.

Publish!