Tuesday, August 20, 2013

~Dengarlah Bintang Hatiku ost Ijab & Qabul~

Selamat tengahari!!!Waktu-waktu ni layan lagu ni. Jom!!!



Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku








                                                                                                     

~2 Syawal Kami~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari selasa!!Kejap dah selasa.  Hari-hari aku akan menghitung hari dan kalendar akan menjadi sahabat baikku ketika ini.  Hehehe...Apa-apalah kan.  Layankan jelah entri aku ni.  Cerita syawal masih belum habis diceritakan.  Banyak nak dikongsikan dan untuk tatapanku akan datang.  Akan tetapi...

Syawal kedua kami biasa-biasa saja.  Hari tu keluar sebelah petang memandangkan suamiku balik kerja malam memang dia kena tidurlah.  Lepas solat jumaat baru siap-siap nak keluar.  Balik rumah mak aku sebab nak pergi rumah nenek aku.

Dari rumah nenek aku balik kampung suami pula untuk ziarah atoknya.  Kemudian kita orang balik sebab esoknya aku kena bangun awal-awal pagi sebab ada tetamu dari johor mahu datang.

Bergambar di depan rumah mak.

Ini masa di rumah nenek aku tapi aku terlupa nak bergambar dengan nenek aku.  Nenek aku dah sakit.  Dia terlantar je sekarang ni.  Tahun bila ek aku ada bergambar dengan nenek aku masa raya tahun bila ek.  Jap aku tengok.  Gambar nenek aku ada kat SINI.  Itulah nenek aku beberapa tahun yang lepas.

Ammar merajuk membawa diri.

Kami di rumah pak andak sebelah asben.

Gambar ni nana yang snap.  Itu yang dok bergegar.  Itu sahaja cerita ringkas 2 Syawal aku dan family.  Sehingga bertemu lagi di entri yang lain...Sekian.







                                                                                                       

Monday, August 19, 2013

~Dipisahkan Laut China Selatan~

Assalamualaikum...

Sejak semalam sudah dipisahkan laut china selatan.  Suami di seberang sana dan aku di sini.  Memang mencabar.  Semalam lepas je suami aku bertolak biras aku tanya "Kak ngah ok tak?"  Nak jawab jujur ke yang tak jujur.  Aku jawab "Ok jangan tanya kak ngah sekarang."  Hehehe...Sape tak sebak kan?Tipulah kalau aku cakap tak sebak, tak sedih.

So, hari ini kalau mengikut tarikh suami habis kursus masih berbaki 82 hari.  Baru pergi semalam dah berkira bagai.  Anak-anak aku?Nana memang bertanya dan dia tahu papa dia kerja jauh.  Ammar malam tadi baru tanya.  Yelah, selalu kalau papa kerja siang, sebelah malam memang ada kat rumah kan.

Tanya ammar semalam.
Mama :  Ammar, papa pergi mana?
Ammar : Je..(maksudnya kerja)
Mama : Kerja mana?
Ammar :  Bah..
Mama : Naik apa?
Ammar : Bang...(sambil tunjuk tangannya kapal terbang)

Ammar pattern cakap hujung-hujung.  Bilalah dia nak cakap sepenuhnya.  Itulah ammar semalam.  Dia tahu papanya kerja.  Baju suami yang dah pakai aku tak basuh.  Untuk anak-anak merangkap aku sekalilah.  Buat hilang rindu.  Okey, sebak...

Ini beg yang suamiku bawak.  Dua beg besar, satu beg sandang dan sling beg.  Orang kata banyaknya barang.  Macam tak nak balik.  Takkan dia tak nak balik kut.  Hehehe...

Ini pagi semalam sebelum suami bertolak.  Kereta jabatan jemput dia di rumah.  Mil aku ajak hantar ke lcct tapi aku tak nak dan suami pun tak nak.  Mesti nanti dia sedih.  Hehehe...Suamiku komen kat fb sempat snap gambar.  Hehehe..Semalam nak cover diri supaya tak sedih aku snaplah picture.  Malu wei sebab semalam mil ada, adik-adik ipar ada.  Takkan nak tunjuk kak ipar ni nangis.  Tak brutal.

Okey,  orang kata tak lama.  Pejam celik, pejam celik dah sampai harinya.  Ok tengah set mind tak lama hari itu.  Perlu mengisi hari-hari tanpa dia dengan aktiviti bersama anak-anak supaya hari-hari kami tidak boring.  Kalau ada papa dia bawak kita orang jenjalan walaupun ke Tesco sahaja.  Semoga hari-hari kami dipermudahkan sepanjang ketiadaan encik suami.

Ok.  Sekian...






                                                                                                        

~Selamat Pagi Isnin & Patah Hati~

Assalamualaikum...

Selamat pagi isnin...Syawal yang ke 11.  Aku sudah pun menamatkan hari raya aku sabtu lepas memandangkan semalam suamiku sudah terbang.  Rutin harian kembali normal sekembalinya Adriana ke sekolah.  Cuma berbezanya bila suami tiada tapi rutin harian berjalan seperti biasa bersama anak-anak.

Pagi ni marilah kita dengar lagu Patah Hati.  Aku kenal lagu ni bila aku tengok telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah.  Aku langgan kat Astro First masa petang raya di rumah mak aku...



Okey, lagu ni tak ada kena mengena dengan aku sekarang.  Hihihi...Sekian dulu entri pagi ini.






                                                                                                                     

Friday, August 16, 2013

~Masih Cerita 1 Syawal~

Salam pagi jumaat buat semua...Salam 9 Syawal.  Maknanya sudah seminggu lebih kita menyambut kedatangan Syawal.  Mood raya sudah habis kut.  Atau memang tahun ni mood raya suam-suam sahaja.  Ada bersebab sebenarnya.

Okey, bersambung lagi cerita 1 Syawal.  Ringkas sahaja 1 Syawal aku dan family.  Beraya di rumah mak memandangkan encik suami kerja pagi raya.  So lepas dah settle bergambar encik suami pergi kerja.  Aku hanya duduk kat rumah mak menanti tetamu.  Lepas Zuhur baru keluar pergi rumah mak long.

Mak yang bertudung hitam bersama mak long.

Ammar qayyum dengan baju melayu ungunya.

Bibik dengan nana.  Bukan bibik maid ye.

Makan beramai-ramai.  Aku yang pucat macam zombi tu sebab tengah demam.  Dari rumah mak long aku terus jemput encik suami di officenya.  Kemudian terus balik rumah mil di Bukit Rambai.  Nasiblah kami berasal dari negeri yang sama.

Ini sudah ada di rumah mil.  Masa ni sedara mara encik suami datang.

Family adik ipar.  Adik ipar aku yang lelaki.

Me and my biras.  Biras sporting!

Sempat bergambar beramai-ramai.  Akan tetapi gambar ni tak cukup korum kerana family along balik ke kampung di Johor.  Selesai di rumah mil, aku pun balik ke teratak kasih kami di Bukit Katil...Sekian cerita 1 Syawal aku dan keluarga.  Bersambung lagi..






                                                                                                         

Wednesday, August 14, 2013

~Kenangan Ramadhan~

Assalamualaikum....

Salam 7 Syawal.  Hari ni sudah ramai yang mula bekerja.  Mood aku masih ke laut bukan dek kerana raya tapi memikirkan bagaimana hari-hari mendatang yang akan datang.  Huhu...berat nak diluahkan.  Ok, apa-apa lupakan dulu perkara itu.

Walaupun Ramadhan sudah meninggalkan kita tapi aku masih merindui bulan itu.  Semoga dipertemukan lagi Ramadhan akan datang.  InshaAllah...so di kesempatan ini aku nak share mengenai iftar kami sekeluarga di luar sepanjang bulan Ramadhan.  Adalah beberapa kali yang kita orang makan di luar.  Antaranya :

Berbuka di Pak Putra sebab dah boring makan nasi.  So ubah selera makan roti nan.

Makan kfc pun ada juga.

Akhir sekali makan di Windmill.  Ini pilihan aku haritu.  Namanya dah lupa.

Ini asben punya.  Biasalah mesti order kambing.

Nana seronok makan mushroom soup.  Inilah kenangan Ramadhan yang akan tetap terpahat di dalam hati.  Ramadhan pasti dirindui. Sekian....