Saturday, February 4, 2017

DAY 30 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Ucapan Untuk Followers

Assalamualaikum dan Hai semua.

Selamat malam. Ini bukan malam lagi sebenarnya. Sudah menjengah ke pagi. Aku berjaga malam sebab menyiapkan kerja. Dah banyak hari asyik bertangguh. Bukan hari, sudah berbulan sebenarnya. Hari ini pun barulah berkesempatan mahu menitipkan sesuatu di sini.

Mahu siapkan juga entri ini untuk tugasan hari yang ke-30. Berbaki sehari sahaja lagi dan kemudian tamatlah 31 hari cabaran daripada JDT Blogger. Tugasan hari ini adalah ucapan untuk followers. Blog aku ini tidak ramai followersnya. Hanya ratus-ratus sahaja. Dalam 410 followers. Aku bukanlah siapa-siapa. Menulis di sini pun sebab minat. Mari tengok followers aku.

Followers aku yang tidak seberapa.

Apa-apa pun, aku tersangatlah menghargai kepada semua follower aku. Tak kiralah sama ada follower tegar atau pun tidak. Nak buat ucapan ni dah rupa ala-ala retis. Jadi pada yang follow aku, jutaan terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan. Semoga anda suka dengan apa yang aku kongsikan di sini. Ada juga follower blog yang menjadi kawan juga.

Buat follower, terima kasih kerana sudi baca blog aku ini dan ada yang sudi tinggalkan komen. Andai kata aku tidak meninggalkan komen di blog korang, janganlah berkecil hati. Adakalanya, masa amat mencemburui untuk aku blogwalking selalu. Maaf juga andai kata ada tulisan aku di sini membuatkan ketidaksenangan pada sesiapa. Niat aku sekadar berkongsi dan kerana minat menulis.

Semoga anda anda semua selesa bila datang di blog ini sebagaimana aku selesa apabila berada di sini. Teruskan membaca dan semoga terhibur. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger         
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, February 2, 2017

DAY 29 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Menu Sarapan

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat malam semua. Baru berkelapangan mahu menulis. Hari ini mood tak ada satu hal. Puasa satu hal. Semua berhal-hal sampai buat diri serba tidak kena. Apa yang menarik, bulan ini aku cuba adjust masa macam aku cerita di entri pagi tadi. Aku bangun jam 5.15 pagi ye. Terus mandi dan bersiap. Seterusnya ke dapur siapkan bekalan anak-anak sementara menunggu waktu Subuh.

Aku keluar rumah jam 6.40 pagi dan aku sempat sampai pejabat lagi lima minit mahu jam lapan. Bolehlah daripada asyik lambat aje bulan lepas. Aku cuba dan cuba.

Hari ini sudah masuk hari ke 29 dalam cabaran yang dianjurkan oleh JDT Blogger ini. Seronok sepanjang menyertai cabaran ini namun perasaan sedih membelenggu diri.

Untuk tugasan ini tidak dapat diceritakan lebih lanjut. Aku tidak ada menu sarapan memandangkan hari ini aku berpuasa. Jadi memang tak adalah.

Kalau tak ada gambar memang tak sah. Ini bekalan dan juga menu sarapan untuk anak-anak pagi tadi. Hari ini dapat siapkan menu yang ringkas saja.

Itu sahajalah entri ringkas untuk malam ini. Perlu berhenti dulu sebab ada tugasan lain yang perlu disiapkan. Asyiklah tertangguh. Nanti aku akan kongsikan di sini. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger        
#31dayschallengebyjdtblogger 

Salam pena,
Fyda Adim


Ada Masanya Blur

Assalamualaikum dan Hai.

Selamat pagi semua. Pagi ini hujan turun membasahi bumi Melaka. Anak-anak sudah mula bersekolah hari ini. Kembalilah ke rutin asal. Cumanya bulan ini aku cuba adjust masa agar aku pun sempat sampai ke tempat kerja tepat jam 8.00 pagi.

Berbalik kepada tajuk di atas. Ada masa-masa yang kita mungkin blur. Akulah tu. Bila datang blur tu memang entah apa-apa. Kelmarin, aku ke BSN. Ada sedikit urusan di bank itu. 

Pertama kali sebenarnya mahu berurusan sendiri. Sebaik melangkah masuk ke dalam bank, aku perhatikan sekeliling. Mata loliah-loliah mencari kelibat pengawal keselamatan. Niat di hati mahu bertanya. Namun tidak kelihatan. Sudahlah bank dipenuhi orang. Aku tiba-tiba blur. 

Kemudian aku melangkah keluar dan membuat panggilan.

"Telefon balik. Sekarang." Ujarku sebaik sahaja panggilan dijawab. Terus talian dimatikan. Itu sebenarnya konsep jimat kredit. Hehe.

Beberapa saat kemudian, telefonku berbunyi. Nama suami tertera di skrin.

"Kenapa?" Suaranya cemas.

"Saya dekat bank ni. Nak tanya kena isi borang dulu ke tak?" 

"Lain kali jangan buat suara cemas boleh tak? Ingatkan kenapalah tadi."

Lor, cemas ke suara aku tadi. Setelah berbual beberapa minit yang tidak menampakkan jalan, talian dimatikan. Aku masuk balik dalam bank. Ambil nombor giliran dan duduk.

Ada sebelas orang lagi dalam giliran untuk sampai giliran aku. Bila nampak satu kaunter kosong, aku bangkit dan menuju ke kaunter untuk bertanya. Kemudian aku diberi borang untuk diisi. 

Bila siap diisi borang itu, aku duduk kembali. Mata tertancap pada seorang lelaki beruniform yang berada dalam kaunter. Dia sedang fotostat sesuatu. Terdetik pula dalam hati. 

'Dia ni pengawal ke atau office boy?'

Aku bertambah blur.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, February 1, 2017

DAY 28 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Pakaian Hari Ini?

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat petang. Menghitung detik jam berlalu saja hari ini. Hari ini saya berpuasa. Memandangkan anak-anak masih lagi bercuti jadi saya tidaklah terkejar-kejar. Letih betul kan menguruskan semuanya sendiri.

Bukan merungut ye. Sekadar meluah. As long kita happy pasti semuanya akan berjalan lancar. 

Hari ini sudah masuk hari ke 28, challenge by JDT Blogger. Maksudnya berbaki tiga hari sahaja lagi. Semakin menghampiri ke penghujung, terasa sendu pula.

Tugasan hari ini pula mahukan pakaian hari ini. Hari ini terlebih rajin mahu bergambar. Sebenarnya nak hilangkan rasa mengantuk yang membelenggu diri.

Rupa tak semenggah aku hari ini. Ala-ala outfit of the day. Kikiki. Tak payah ootd sangat. Aku ke kerja hanyalah berbaju kurung. Ini koleksi baju kurung yang sudah lama. Sebenarnya bila macam mood sendu-sendu baju yang dipakai pun sendu. Lagi teruklah auranya. 

Itu sahajalah entri ringkas untuk tugasan hari ini. Nantikan lagi tiga entri yang akan datang. Sekian dan wassalam.

#jdtblogger        
#31dayschallengebyjdtblogger

Salam pena,
Fyda Adim


Travelog : Pulau Langkawi - Selamat Tinggal Langkawi!

Assalamualaikum.

Hai semua.

Entri kedua untuk hari ini. Sudah masuk bulan Februari tapi cerita bulan Disember tahun lepas belum sudah diceritakan. Entri ini adalah entri penutup untuk keisah percutian aku dan keluarga ke Pulau Langkawi pada Disember lalu. Baiklah habiskan sekarang. Sudah tidak lalu nak menulisnya lagi. Aku yang menulis pun sudah terawang-awang apa entah lagi yang membaca.

Hari terakhir kami di Langkawi. Serius aku sedih. Entah kenapa. Yelah, pulau itu rasa tenang sekali. Aku tak tahu auranya kenapa sampai begitu sekali. Hari terakhir kami hujan turun renyai-renyai. seolah-olah mengerti perasaan yang menghantui ketika itu.

Sebahagian beg yang sudah dikemas malam sebelumnya. Kena berkemas malam sebab flight kami awal pagi. Tak ingat dah jam berapa. Dalam jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi macam tu.

Sebelum meninggalkan bilik, haruslah berswafoto sekeluarga.

Kemudian kami bersarapan.

Asben yang rakamkan foto ini.

Sudah sampai masanya untuk melangkah keluar dari tempat ini.

Bersantai kejap. Aku pun dah lupa motif duduk kat sini pasal apa.

Masa untuk check out.

Papa dan anak-anak.

Kami sampai di airport ketika hujan renyai-renyai pada waktu itu.

Masa untuk check in luggage. Kena isi borang sebab mykid budak berdua tertinggal. 

Dari jauh sudah kelihatan pesawat yang akan menerbangkan kami ke KL. Aku part naik flight memang gerun.

Ready untuk naik pesawat.

Nana duduk dengan mama.

Ammar dengan papa. Bak kata Ammar, lelaki dengan lelaki.

Untuk hilangkan rasa takut. Waktu kapal terbang nak naik aku pejam mata. Laki aku sibuk panggil suruh bukak mata. Dia tak tahu aku dah baca macam-macam doa.

Alhamdulillah. Selamat mendarat. Baru boleh senyum.

Tunggu beg pulak.

Asben panggil uber untuk ke KL Sentral.

Kepenatan masing-masing.

Tengok betapa lentoknya si Ammar.


Menuju ke KL Sentral. Tiba di KL Sentral ada kejadian di luar jangkaan berlaku. Nanti ada masa aku ceritakan. Memang masa banyak terbuang kat KL Sentral.

Kemudian singgah Cyberjaya. Sebab berjaya menyelesaikan masalah di KL Sentral asben belanja aku makan nasi arab.

Sedap rupanya.

Ini pun sedap.

Ini menu asben. Sedap jugak. Aku, semuanya sedap. Hehe. Itulah ceritanya. Lepas makan kami meneruskan perjalanan balik ke Melaka. Dengan ini, tamatlah entri percutian aku sekeluarga ke Pulau Langkawi. Semoga ada peluang dan rezeki untuk ke tempat lain pula. Sekian dan wassalam.

Sapam pena,
Fyda Adim


Februari Membuka Tirai

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Semoga semua ceria-ceria sahaja sempena bulan baru ini. Sudah masuk bulan kedua kita di tahun baru. Sekejap saja masa berlalu tanpa menunggu kita. Jadi apa yang diimpikan jangan dilengahkan mahu pun ditangguhkan. Kejarlah agar ia tidak terlepas. Jangan jadikan impian itu sekadar sebuah angan-angan.

Apa yang menariknya dalam bulan Februari?

Tentulah bulan kelahiran anakanda kedua aku. Ulangtahun keenam untuknya. Sekejap saja sudah enam tahun. Ramai orang yang sudah bertanya.

"Bila nak tambah ahli baru?"

"Eh, Ammar dah besar. Dah boleh tambah."

Ingatkan bila sudah ada dua anak, tidak lagi kedengaran soalan-soalan begitu. Rupanya masih lagi menjadi halwa telinga. Paling kurang pun aku senyuma saja. Jawab panjang-panjang bukan orang faham pun. Takkan aku nak tulis kronologi aku tak nak mengandung ke? Atau pun aku belum lagi diberi rezeki. Ahhhhh. Malaslah.

Lalui hari-hari mendatang dengan rasa tenang tanpa dibebani dengan keadaan sekeliling walaupun adakalanya menyesakkan dada. Abaikan. Sampai bila mahu hidup dengan kata-kata orang bukan? Carilah kebahagiaan sendiri untuk diri sendiri. Satu saja pesannya, mahu bahagia jangan kacau orang lain untuk cari bahagia itu. Faham? Itulah saja mahu dibebelkan pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim