Tuesday, November 24, 2015

Urusetia Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Jadi TYT

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Sudah makan tengahari belum wahai sahabat sekalian. Aku baru sahaja selesai menghabiskan bekalan dari rumah. Bawa nasi putih dan sambal udang. Kebetulan sahabat baik saya Myra Mokhtar berbaik hati memberikan lauknya iaitu telur masak kicap. Terima kasih sahabat!^___^

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Jumaat lepas kita orang ada Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Hari Jadi TYT yang ke 77 tahun. Aku pula dilantik menjadi urusetia yang tak berapa nak setia. Sekian lama tak bertugas untuk apa-apa majlis untuk jabatan minggu lepas dipilih menjadi urusetia. Dipilih ke terpilih ke apa-apa jelah. Hehehe...

Ini sehari sebelum majlis. Kita orang kena melawat kawasan. Dua orang ni namanya Amira. Kini saya ada dua orang sahabat bernama Amira.


Entah apa yang dibincangkan. Aku macam biasa sibuk mengambil gambar macam wartawan membuat liputan.

Selesai semuanya kami diberi minum petang. Siap bungkus bawak balik.

Berderet kereta kami bertiga.


Sebelah pagi kami bergegas ke MITC menaiki kenderaan jabatan.

Sampainya kami di dewan MITC. Sesi untuk tagging meja.

Tagging meja dan inilah meja urusetia.

Sempat bergambar dulu sebelum keluar untuk rehat sebab majlisnya sebelah petang. Inilah barisan urusetia pada hari itu.

Kami bertiga pula yang bergambar.

Kemudian kami ke Melaka Mall. Bersantai-santai mengisi waktu rehat yang panjang.

Sekian lama kami tidak bergambar berdua.

Inilah masanya untuk bersosial. Hehe...

Kami bertiga sekali lagi. Aku suka sekali gambar ini. Tak tahu mengapa. Dulu bertiga juga tetapi selepas sahabat aku bertukar kini sudah digantikan. Rindu semuanya.

Kemudian kami ke MITC. Majlis bermula sebelah petang. Jam 2.30 tetamu sudah mula memenuhi ruang dewan.

Ada persembahan di depan tu.

Ketibaan TYT masa ni.

Jamuan bermula jam 4.30 petang.

Seperti biasa bertiga lagi.

Ini gambar candid. Aku pun tak perasan. Tengoklah bukan main lebar senyum. Tak silap sedang berbual dengan orang depan. Itulah cerita dan kisah aku pada hari jumaat lepas. Sesekali menyibukkan diri apa salahnya. Manalah tahu dengan cara itu kita dapat melupakan perkara yang tidak sepatutnya kita ingat. Betul dak? Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Setahun Berlalu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja dan berbahagia sentiasa. Aku seperti biasa. Walaupun anak-anak sudah bercuti sekolah namun aku masih lagi menjalankan tugas menguruskan mereka.

Pagi tadi, sewaktu memandu seorang diri ke tempat kerja fikiranku menerawang. Tiba-tiba terfikirkan hal ayah. Semalam aku diberitahu oleh emak, tahun depan ayah mahu menjemput anak-anak aku balik dari sekolah. Sepatutnya aku memang nak mencari orang untuk menjemput anak-anak aku di sekolah. Namun semalam ayah bertegas juga mahu menjemput mereka. Aku hanya mampu berdiam. Ditegah tetapi dia berkeras juga. Serba salah dibuatnya.

Bila fikirkan sudah setahun lebih ayah menjadi pesakit buah pinggang. Maknanya sudah setahun lebih juga ayah menjalankan rutin mingguannya sebanyak tiga kali mencuci darah di Pusat Haemodialisis Yakin Jaya yang terletak di peringgit Jaya.

Masa awalan ayah disahkan sakit buah pinggang emmang keadaannya tersangatlah lemah. memang amik masa untuk nampak dia bertenaga. Adriana pun aku upah orang untuk jemput balik dari sekolah. Waktu itu ayah memang tak ke mana-mana. Terperap di rumah saja.

Sekarang alhamdulillah, nampak dia kembali bertenaga seperti sediakala. Mohon doakan ayah saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Tanpa dia susah juga aku mahu menguruskan anak-anak sebelah tengahari.

Gambar ini pertama kali ayah melakukan hemodialisisnya sewaktu berada di Hospital Besar Melaka. Sewaktu ini aku sempat menjengah ayah. Bila melihat keadaan ayah waktu itu perasaan sayu silih berganti menghantui diri. Begitulah kisahnya. Entri ini tertulis kerana pagi tadi aku terlayang mengimbau kenangan lepas. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Monday, November 23, 2015

Berakhirnya Sesi Persekolahan 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat kembali bekerja setelah dua hari bersantai-santai di rumah dan selamat cuti sekolah kepada anak-anak semua. Jumaat lepas berakhirlah sesi persekolahan untuk tahun ini. Makanya, buat anak aku Adriana, berakhirnya darjah satu untuknya. Cuti sekolah memang ditunggu-tunggu bagi aku. Menghitung hari sebenarnya. Kalau dulu anak-anak belum sekolah memang tidak heran pun.

Sejak aku menguruskan sendiri hal anak-anak memang adalah perkara yang mencabar. Berdikari untuk menguruskan hal sendiri dan juga hal anak-anak. Pagi-pagi rushing untuk menghantar Adriana ke sekolah. Lambat lima minit keluar dari rumah memang merosakkan masa sendiri. Kalau lambat memang jalan sesak. Pagi-pagi sudah melalui tekanan perasaan. Hahaha...

Usai menghantar Adriana pula, pecut ke rumah mak. Hantar si adik pula kemudian Ammar akan ikut adik ipar aku ke sekolah. Adik ipar yang tolong hantarkan. Selesai urusan anak-anak, aku pecut lagi ke tempat kerja pula. Kalau dulu aku sempat masuk kerja jam 7.30 pagi sekarang terpaksa pilih WP2 iaitu jam 8.00 pagi. Itu pun kadang-kadang terbabas masanya. Memang kadang tumb print merah. Nasiblah kan. Itu kisah paginya.

Sebelah petang pula tepat jam 5.00 petang aku mesti bergegas meninggalkan pejabat. Jangan kau berangan nak jalan ala-ala model. Aku tak boleh sampai lewat di tempat tuisyen Adriana. Memang kerja aku memecut aje. Kadang memang segala organ dalam perut pun turut terasa kecut.  Lepas menjemput Adriana suruh dia bersiap-siap pula untuk pergi mengaji.

Selesai semuanya barulah aku pulang ke rumah. Itu pun kadang-kadang aku sudah siap makan kat rumah mak. Jadi balik boleh mengadap anak-anak. Buat kerja sekolah dan lepak-lepak tengok tv sebelum masuk tidur. Beg sekolah, beg baju dan segala macam beg memang aku siap sebelah malam. Kalau buat semua sebelah pagi memang lambatlah. Begitulah rutin aku sepanjang menguruskan anak-anak sekolah.

Ini gambar Adriana masa mula-mula masuk sekolah. Tengok gambar dia yang ini terdetik pula di hati. Bilalah anak aku ni nak berisi sikit. Tengoklah punya keding. Mengenai pelajarannya, setakat ini bolehlah. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Memandangkan dia sekolah cina aku tak nak beri tekanan pada dia. Begitulah...

Oklah, ini sahaja entri untuk pagi ini. Bermula hari ini dapatlah aku berehat sekejap daripada tugas hakiki menghantar anak-anak ke sekolah. Bolehlah bersantai-santai di waktu pagi untuk dua bulan ini sebelum sesi persekolahan yang baru bermula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Wednesday, November 18, 2015

Masih Belum Kesampaian

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Tengahari ini tak keluar ke mana-mana. Perut sudah diisi sepinggan nasi lemak. Makanan untuk mesyuarat yang diadakan pagi tadi. Jadi buat masa ini perut sudah pun kenyang dan minta direhatkan. Memang sendat.

Baiklah, berkenaan tajuk entri. Aku memang teringin nak tengok filem Love, Supermoon yang sedang ditayangkan di pawagam. Supermoon ye, bukan honeymoon! Sebab ada orang sebut honeymoon! Hehehe...

Tapi hingga sekarang masih belum lagi menjejakkan kaki ke pawagam. Pada mulanya, aku dan Mira Mokhtar sudah bercadang mahu menontonnya tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan jumaat lepas terpaksa dibatalkan program kami.

Sebab utama aku nak tengok filem ini adalah pelakonnya. Bukan Farid Kamil ye. Aku nak tengok sebab Nadiya Nisaa. Aku minat giler dengan NN ni sejak dia berlakon drama Adam Hawa. Nampak gaya aku kenalah tengok online je. Harap-harap nanti ada.

Seperkara lagi, sudah lama tidak outing bersama bff. Akhir sekali kita orang keluar bulan Jun sewaktu hari lahir aku. Cuba kira dah berapa bulan tak bersantai-santai bersama teman. Hehehe...Kena cari masa yang sesuai untuk melepak. Maklumlah banyak sangat komitmen masing-masing. Bila dapat keluar sehari tu bersama macam satu kenikmatan rasanya. Akan diusahakan untuk meluangkan masa bersama teman kerana itu adalah salah satu terapi buat diri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Tuesday, November 17, 2015

Semakin Sayang Semakin Kuat Ujiannya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Selamat pagi semua. Seminggu tanpa entri. Kesibukan. Kesuntukan masa. Semua mahu diselesaikan segera. Mana mahu kejar buat kerja rumah. Mana mahu melayan anak-anak dan suami. Macam-macam hal. Begitulah kehidupan seorang isteri yang bekerja. Tak payah nak kecoh sangat macam aku seorang yang sibuk. ^____^

Minggu lepas agak kalut sedikit bila suatu pagi sewaktu mahu menghidupkan kereta tetapi tidak boleh. Beberapa kali juga aku cuba. Sudahnya aku tumpang kereta kawan yang tinggal setaman dengan aku. Kebetulan pula hari itu suami ada kerja di Melaka. Jadinya dia sudah hantar anak-anak ke rumah mak. Begitulah aturanNya.

Begitulah kehidupan kita. Adakalanya didatangi ujian tanpa kita duga. Adakalanya juga ujian itu menghilangkan semangat, keyakinan dan kekuatan dalam diri. Namun untuk meneruskan kehidupan kita perlu mengharungi ujian itu. Perlu mencari kekuatan untuk menempuhnya sebaik mungkin jangan sampai kita hilang pertimbangan diri.

Semoga kita semua dapat melalui kehidupan ini dengan kebahagiaan hakiki. Jangan dicari kebahagiaan diri pada orang lain.Jangan memusnahkan kebahagiaan orang lain demi mencari kebahagiaan untuk diri sendiri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,









Wednesday, November 11, 2015

Family Gathering Di Api-Api Steamboat Grill

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah....

Selamat petang semua. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya. Hari ini aku baru naik kerja setelah bercuti empat hari. Bermacam-macam kerja yang dapat dilangsaikan sepanjang aku berada di rumah. Semalam bertungkus lumus mengemas rumah setelah beberapa minggu tidak berkemas.

Baiklah berbalik kepada tajuk, sabtu lepas iaitu sabtu malam kami semua dijemput makan malam. Adik beradik sebelah suami. Pengantin baru mahu belanja kami semua. Jadi berkumpul kami satu keluarga seramai lapan belas orang. Dari yang warga emas hinggalah ke bayi. Sebelah keluarga suami memang besar berbanding sebelah aku. Memang meriah. Cucu mak mertua aku pun sudah lapan orang semuanya.

Tengah membakar. Panas gila dok depan ni. Berasap-asap.

Tekun masing-masing menikmati makanan.

Ini sebahagian meja.

Seluruh ahli keluargaku.

Seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai.

Inilah pengantin baru. Terima kasih banyak-banyak belanja kita orang makan. Semoga diperluaskan rezeki untuk korang berdua. Entri untuk majlis mereka belum lagi diceritakan di sini. Mencari masa yang sesuai. Banyak sangat gambarnya nak dipilih. Juling biji mata. :D

Sekian dan wassalam.

Salam pena,