Thursday, September 12, 2013

~Makan-makan Kat Rumah Mak~

Cerita makan-makan lagi.  Tapi ini cerita masa penghujung syawal.  Cerita syawal tak habis-habis lagi ke?Hehehe..Kang ada kena sound.  Raya dah habis cerita tak habis-habis lagi.  Sebenarnya sebab sudah ada gambarnya aku pun up lah ceritanya di sini.  Sebagai kenangan untuk diri sendiri dan mereka-mereka di dalam gambar.  Ok, ni bukan nak fokus cerita pasal raya pun tapi lebih kepada makan-makan untuk sepupu sepapat aku ini.

Masa kejadian ini, suami aku sudah pun berada di Sabah.  So memang gambar-gambar ini jugalah yang aku hantar kat asben tentang cerita kami di sini.  Baru teringat masa ni sehari sebelum menyambut merdeka.  Yes!!Aku ingat!Mak aku nak juga buat makan-makan untuk mereka-mereka yang tersayang ini.  So inilah harinya..

Mereka yang meriuhkan rumah mak.

Menikmati hidangan yang mak masak.

Laksa nyonya dengan spageti goreng in da house!!

My mak long.

Masing-masing menikmati hingga licin.  Tengoklah si kecik tak berbaju tu.  Anak siapa itu?

Mereka menceriakan aku dan anak-anak hari itu.  Hehehe.  Siap teman aku cari kasut untuk perbarisan hari merdeka.

Sekian untuk kali ini.






                                                                                                         

~Dari Lensaku~

Assalamualaikum...

Selamat pagi khamis.  Hari ini kalau boleh tidak mahu beremosi, jiwa tak nak kacau, perasaan tidak mahu berkecamuk.  Mampu ker?Entahlah...Malam tadi anak-anak suruh call papanya.  Celah mana mama nak call.  Papa korang dalam hutan.  Tak ada line.

Jawapan ringkas daripada mama.  "Kita tidur dulu esok kita cuba telefon papa."  Huh!!Malam ni nak menjawab lagi.  Mesti ada lagi persoalan daripada anak-anak.  Pasti!

Lupakan hal aku dengan anak-anak.  Entri pagi ini saja mahu cari mood yang ceria.  Gambar ni aku yang snap.  Belajar menggunakan gadget baru yang dibeli oleh asben

Baru belajar-belajar..Masih terkial-kial lagi.

Ini gambar bunga diambil di sekitar Banda Hilir tempohari.

Sekian..







                                                                                                       

Wednesday, September 11, 2013

~Kerinduan Itu~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari, selamat menjamu selera dan semoga selamat semuanya.  Aku sudah pun selamat menjamu selera tengahari ini.  Hari ini makan tengahariku adalah nasi putih berlaukkan paprik.  Datang kerajinan hari ini untuk bawa bekal dari rumah.  Teringin nak makan masakan sendiri.  Bila dah boring makan kat kedai pula.

Hari ini juga bermain dengan perasaan sendiri.  Sejak dua tiga hari lepas.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.  Hari ini  sudah dua hari aku tidak dapat menghubungi asben kerana minggu ni dia ada latihan medan di Kota Belut.  Dah rupa askar pula laki den.  Minggu ni dia orang bercamping di dalam hutan sampai sabtu ni so memang tak ada coverage.

Selalunya paling kurang pun mesti bercakap telefon.  Ini anak-anak sudah bertanyakan papa mereka.  Yelah, selalu kan telefon.  Ini dah dua malam tak telefon haruslah mereka bertanya.  Cepatlah berlalu sebab aku tak suka berperasaan seperti sekarang!

Kerinduan itu datangnya daripada kami bertiga.  Hari tetap dihitung walaupun ada orang kata jangan dihitung nanti lagi terasa lambat.  Tapi kadang tu nak juga mencongak hari.  Bersabarlah hati...








                                                                                                        

~Al-Fatihah...Pulangnya Nenek Ke Rahmatullah~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.  Selamat hari rabu.  Semalam tanpa entry sebab ketiadaan mood untuk menulis.  Ahad lepas bersamaan 8 September 2013 ( 2 Zulkaedah 1434H) nenek aku sebelah ayah telah pulang ke rahmatullah.  Dikhabarkan nenek aku meninggal jam 8.30 pagi di rumah pakcik di Tengkera.

Aku yang ketika itu berada di rumah aku, baru lepas bersarapan bersama anak-anak serta mak aku menerima panggilan daripada ayah aku.  Aku telefon suami di Sabah untuk memaklumkan pada dia.  Dia seperti mahu pulang tapi aku kata tak perlu.  Sebelum dia ke Sabah dah jumpa dengan nenek.  Bukan apa, tak nak merumitkan lagi.  Tak tahu nak ungkapkan.

Sampai rumah pakcik, tunggulah apa yang patut.  Tunggu bilal datang dan yang paling utama menunggu anak-anak nenek dari JB dan Singapore sampai.  Alhamdulillah semua kesampaian untuk melihat jenazah nenek.  Nenek dikebumikan selepas asar.

Ini sewaktu aku di rumah nenek.  Selepas membaca yassin.  Gambar diambil untuk dihantar ke suami sebab di sana seringkali menanyakan khabar di sini waktu ini.

Membaca tahlil sementara menunggu jenazah dikapankan.  Aku berpeluang untuk memandikan jenazah arwah nenek bersama kakak sepupu aku Kak Wati.  Itulah pertama kalinya untuk diri aku.

Jenazah mahu di bawa ke surau untuk disembahyangkan.  Aku dapat cium arwah nenek.

Aku dan anak-anak di tanah perkuburan.  Menanti di tepi sementara jenazah dikebumikan.

Alhamdulillah.  Selesai semuanya.  Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.  Al-Fatihah buat arwah nenek.  Semoga roh arwah nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.








                                                                                                        

Monday, September 9, 2013

~Cerita Suami Dari Kejauhan~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat hari isnin.  Selamat semuanya.  Semoga pagi isnin dimulakan dengan sesuatu yang baik.  Pasti itu semua impian setiap orang, mahu yang baik-baik sahaja.  Hari ini sudah menjengah minggu ketiga daripada dua belas minggu.  Lagi sembilan minggu bakinya mahu sampai ke bulan november.

Sepanjang tiga minggu ketiadaan suami yang kini berada di Sabah, aku dan suami tidak putus-putus berhubung.  Tidak kiralah samada tel, sms, whatsapp, kakaotalk, skype semua aku gunakan.  Masing-masing update aktiviti.  Dia dengan ceritanya di sana, aku dengan ceritaku di sini bersama anak-anak.  Selalu paling lama kalau ditinggalkan kerja paling lama dalam lima hari dan ini adalah yang paling lama.  Kalau dihitung dan dicampur dalam lapan puluh dua hari.  Kalau tak silap akulah.  Okey, malas nak tengok kalendar.  Macam manalah perasaan isteri askar-askar ek?Macam yang aku rasa sekarang ke?Ermmm, tak tahulah.

Ok, berbalik kepada cerita dan tajuk di atas sebelum ak meleret dengan lebih panjang lagi.  Ini adalah gambar yang suamiku hantar melalui whatsapp.  Aktivitinya di sana.  Berkawad, panjat gunung dan macam-macamlah.  Ini antaranya yang aku share serba sedikit.  Untuk rujukan aku juga.

Ini semasa latihan kawad.  Suamiku bercerita aku cerita semula.  Nak cerita lebih-lebih aku bukan ada di tempat kejadian.

Ini tak tahulah mana dia orang nak pergi.

Inilah peserta kursusnya.

Time suami hantar gambar ni rasanya dia cakap ada jamuan raya.  Mungkin.

Dan jumaat lepas ada upacara tamat latihan kawad.  Suami dapat top 4 untuk kawadnya.  Tahniah buat laki den.  Eh tetiba laki pula.  Dari atas dok sebut suami akhir kata tukar laki.  Hehe...Oh iye, aktiviti laki den minggu ni katanya ada camping di Kota Belud.  Semoga baik-baik untuknya dan sentiasa dilindungi untuk dirinya.  Tak sabar nak tunggu bulan november ini.  Bersabarlah wahai hati...:D








                                                                                                                   

Sunday, September 8, 2013

~Sabtu Ke Majlis Kawin~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.  Pagi ahad yang indah sebab hari cuti kan.  Kalau time cuti sudah semestinya wajah ceria hati gembira.  Fuh!!Bukanlah nak kata time hari kerja tak ceria.  Ceria juga tapi tengok keadaan semasa.  Hehehe..

Termasuk sabtu semalam sudah tiga kali sabtu aku dan anak-anak tanpa suami di sisi.  Setiap hari akan aku cuba sibukkan diri aku dan anak-anak supaya tidak terlalu teringat suami jauh nun di sana.  Semalam aku bawak anak-anak ke majlis kawin anak kawan mak aku dan kebetulan kawan pada kakak sepupu aku jugak.  Majlis diadakan di Dewan Taming Sari MBMB.

Jom layan gambar..

 Adriana dan ammar.

 Pelamin pengantin.

Aku pergi bersama mereka.

Aku bersama anak-anak.  Hai papa!!Buat tatapan papa di sana.  Kami ke orang kawin.

Pengantin dah tiba.  Mengancam keretanya.  Maklumlah yang kawin ni engineer.

Inilah pengantinnya.  Cantik pengantin perempuannya.  Suka tengok bila dia senyum.  Terkesima dan terkedu.  Biasalah kalau orang tak cantik tengok orang cantik mesti rasa kagum dan terpesona. :D

Pengantin di arak menuju ke dewan.  Selesai melihat pengantin diarak aku, mak dan anak-anak ke aeon untuk beli barang.  Nasiblah sebelah je dengan MBMB.  Lepas dari aeon terus berdesup balik rumah..

Itulah cerita semalam aku tiga beranak bersama my mom.  Walaupun sesibuk mana, hari-hari tetap dihitung sampailah tibanya bulan november nanti. :(