Friday, September 6, 2013

~Outing Selepas Kerja~

Assalamualaikum....

Selamat petang semua.  Kembali bersua.  Tengahari tadi keluar ke rumah puan mardiana.  Ada makan tengahari di umah.  So aku, kak nisah dan mira mokhtar pun pegi atas memenuhi undangan sebab kami bertiga telah dijemput.

Tapi gambar di rumahnya tiada.  Tadi macam tak sesuai pula nak bergambar.  So batalkan niat untuk bergambar.  Okey, sebenarnya tajuk lain tapi mukadimahnya panjang lebar.

Hari rabu lepas, aku dan kakak sepupu aku merancang untuk melawat nenek sedaraku yang tidak sihat.  Bawaklah mummy masing-masing.  Lepas kerja zass terus ke rumahnya.  Masa terhad.  Lepas dari menziarahi kita orang singgah makan sebelum balik.

Buat tatapan papa yang jauh di seberang.

Kakak dan adik

Mummy aku dan maklong aku.

Sebelah kiri kakak sepupu aku dan lagi satu anaknya.

Kakak iqa dan nana.

Ini menu aku malam tu.  Nasi goreng tomyam.

Akhir sekali, mereka bertiga.

Itulah cerita aku dan anak-anak sepanjang peninggalan asben aku.  Pejam celik sudah dua minggu dia tiada.  Ada lagi dua bulan sebelum dia menamatkan kursusnya.  Penantian itu satu penyeksaan.  Itu ku isikan hari-hari kami dengan pelbagai aktiviti supaya tidak terasa sangat.  Terima kasih pada yang memberi kekuatan dan kata-kata semangat padaku.

Sekian....

~Keredhaan Ilahi~

Assalamualaikum....

Salam pagi jumaat buat semua.  Hari ini hari terakhir syawal kan?Aku confuse sebab semalam tak silap aku dengar kat radio syawal terakhir adalah semalam.  Hari ni sudah 1 Zulkaedah.  Apa-apa pun kalau hari ni hari terakhir syawal, aku ucapkan salam syawal.  Semoga bertemu lagi pada syawal tahun depan.

Semoga hari ini dilimpahi rezeki.  Tidak ada perkara-perkara yang menghilangkan mood.  Biarlah emosi ni berada dalam keadaan stabil.

Hari ni baki hari yang tinggal adalah 62 hari.  62 more days to survive!Untuk aku berdikari bersama anak-anak.  Tak sabar mahu kembali seperti sediakala.  Tak sabar!Tak sabar!







                                                                                                        

Thursday, September 5, 2013

~Cash Out Duit Nuffnang Lagi~

Assalamualaikum...

Selamat pagi khamis.  Hari ini adalah hari khamis bersamaan 5 Septemter 2013.  Ok inilah ayat yang aku tulis kat twitter tadi.  Sambungan ayat lagi yang aku di twitter adalah baki hari yang masih ada adalah 63 hari. #belajarmengira.  Hikhikhik..Poyo bebenar status dua tiga menjak ini.

Ok, semalam cek-cek duit nuffnang.  Hari-hari pun kut aku cek.  Rasanya sudah cukup masa aku cash outkan duit itu.  Saja tunggu sampai hujung bulan ogos.  Dah masuk september haruslah cash out aje.

Inilah jumpah duit yang aku cash out dari nuffnang.  Tak banyak mana pun.  Orang lain dah berkali-kali dan mungkin lebih dari aku.  Ini je rezeki yang aku dapat daripada berblog.  Walaupun sikit tapi masih lagi boleh digunakan.  Bolehlah shopping ke sabah nanti.  Beli FM lepas kan?:D

Sekian dulu cerita pagi ini.  Bersambung lagi di entry yang lain..






                                                                                                         

Wednesday, September 4, 2013

~Tetamu-tetamu Syawal~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.  Pagi tadi hujan lebat. Aku kena menghantar adriana ke sekolah terlebih dahulu sebelum ke office.  Memang sah-sah sampai office lambat dan punch card pun merah.  Hujan lebat yang amat o drive pun menjadi slow yang amat.

Oklah, memandang syawal masih lagi tinggal beberapa hari lagi aku nak cerita tetamu- tetamu yang sudi datang ke rumah.  Tahun ni rayaku tak berapa meriah memangkan seminggu lepas raya suami sudah berangkat terbang ke seberang.  

Jomlah tengok antara gambar yang sempat aku abadikan untuk tahun ni.

Ini tetamu chinese.  Namanya diana.  Dia adalah junior sekolah saya masa di convent dan juga ex officemate saya.

Ini adalah officemate saya.  Suami isteri keje bawah jabatan yang sama tapi berlainan office.  Suaminya adalah pegawai di office aku.

Ini officemate saya jugak dipanggil kak ela.

Ini adalah kawan blogger saya dan dia juga rakan sekerja pada suami saya.  Betapa kecilnya dunia ini. Secara tak langsung menjadi kawan pada kami!siapa kenal pada bligger ini?namanya aida hanafiah.

Itu sahaja cerita untuk pagi yang agak sejuk dek kerana hujan yang lebat.  Bersambung lagi.


Tuesday, September 3, 2013

~Perbarisan Sempena Hari Merdeka~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat hari selasa.  Selasa yang ceria mungkin buat anda semua.  Aku mengharapkan keceriaan itu.  Sentiasa mengharapkan sejak kebelakangan ini.  Huhuhu.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  hah gitu sekali bunyinya.

Berbalik kepada tajuk di atas.  Tahun ni aku bersemangat untuk memasuki perbarisan sempena hari merdeka.  Semangat ke?Bergaduh-gaduh wei nak masuk perbarisan ni.  Akhirnya selesai jugak.  Saje nak cari isu je.  Walaupun pada mulanya terpaksa tapi akhirnya fikirlah yang baik-baik saja.  Nasiblah ada orang nak jaga anak-anak aku.

Ok, lupakan cerita yang kurang menarik itu.  Marilah kita tengok hari kejadian.  Walaupun mendapat penat yang amat tetapi diri ini tetap enjoy pada hari itu.  Seperti biasa aku ditemankan bff aku Mira MokhtarKak Nisah je yang tak ada sebab dia ada kesulitan lain.  Kalau tak mesti lagi best.

Inilah aku dan opismate aku, Zila.  Beginilah pakai korporat kami yang disponsor baju sahaja.  Tudung, kain dan kasut adalah hak milik diri sendiri.

Oh ini mira mokhtar.  Dia pakai seluar.  Kurus bolehlah..Macam aku yang pangkat mak-mak ni lemak di mana-mana tidak sesuai nak berjalan sejauh 3km dengan berseluar.  Kang nampak lemak di mana-mana.

Me and Mira Mokhtar.

Suasana pagi itu.  Memang ramai orang dan ramai kontijen daripada pelbagai jabatan negeri Melaka.

Masing-masing teguh kaki berdiri menunggu turn untuk bergerak.

Again mira mokhtar!Mana orang tak hafal pompuan ni.

Yo!It'me.  Selamat hari merdeka untuk semua dan aku postkan gambar di kat wall laki aku buat ucapan untuk dia yang jauh di seberang.  Tahun ni dia tak ada tak dapatlah anak-anak tengok bunga api dan perbarisan.  Kalau tak mesti kita dah sampai kan.

Inilah team saya untuk perbarisan.

Ini lagi sebab tak keboringan menunggu lama sangat.  Bergambar aje kejenya.

CC dan Hawa.

Again!!Tak payah mention nama lagi kan.

Pancaragam sekolah yang best.

Inilah kontigen jabatan aku.  Sudah mahu sampai ke penghujung.

Nampak tak yang mana aku?Carilah sendiri.  Walaupun waktu ni kaki dah terasa sakit sebab melecet tapi masih gigih berjalan.  Sampai rumah cramp.  Tapi memang best.  Pengalaman yang indah dan menjadi kenangan buat diri ini.

Sekian...






                                                                                                        

Monday, September 2, 2013

~September Sudah~

Hello september!!Ada apa dengan september?Tiada apa pun sebenarnya cuma teruja bila berganti bulan baru.  Ogos ke september.  Tapi masih ada banyak hari yang perlu ditempuhi...

September ni, 22hb ni adriana ada persembahan tarian.  Papa dia yang beria suruh join tapi papa dia tak ada pula.  So mama yang akan menjadi penyokong terhebat buat nana.  Bagaikan roti dan kaya...Eh, itu lagu mama pi audition kotex.  Hehehe...

Tunggu pulak bila september ini akan berakhir.  Ada lagi 28 hari lagi.  Ok, fikir yang indah-indah so hari-hari yang dilalui mungkin menjadi indah jugak.

Ok.  Babai..