Friday, February 8, 2013

~Jumaat Yang Indah~

Assalamualaikum...

I'm back!!!Here i am.  Jumaat yang indah walaupun pagi ini rasa keindahan untuk aku telah hilang.  Mencari kekuatan dan kerajinan pagi ini aku kembali untuk menulis di sini.  Menghilangkan rasa gundah yang berlaku kepada diri ini beberapa hari kebelakangan ini.  Blog terasa suam-suam kuku.  Terkadang mood tiada.  Entahlah, hilang ke mana.  Apa yang sedang berlaku di sekeliling ini akan cuba aku ambil sebagai iktibar.  Kadang kita sendiri terlupa dan alpa terhadap sesuatu perkara.

Hargailah insan yang kita sayang, hargailah orang yang kita miliki.  Janganlah terlalu mencari kesalahannya sedangkan diri kita sendiri belum tentu sempurna.  Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, pada nikmat yang Allah berikan sebelum ia ditarik balik satu persatu oleh Allah.  Janganlah kufur nikmat. 








                                                                                                                     

Monday, February 4, 2013

~Seharian Makan Yee Mee Sup~

Assalamualaikum...

Bersambung lagi untuk hari semalam.  Oleh sebab semalam tidak ke mana-mana, asben pun keje petang maka aku masak simple jea.  Sebab hari sabtu sudah makan nasi dengan kuantiti yang banyak dan banyak kali, berulang makan maka semalam aku masak jea yee mee sup.

Hari sabtu adalah hari makan dan hari tidurku.  Asal celik mata jea cari nasi di dapur.  Takkan pula cari kat bilik air pulak kan.  Dan inilah hasil menu untuk semalam.  Masak yee mee sup versi aku.  Aku terperasan kat blog Fizalya ada masak yee mee sup.  Tekak pun tetibe ngada-ngada nak makan.

Inilah yee mee sup versi aku pulak.

Siap untuk dimakan.  Memang simple jea nak masaknya.  Cepat siap dan senang dimasak.

Bahan-bahan yang aku guna:
Yee Mee
Bawang putih
Halia
Sos tiram
Isi Ayam
Carrot
Fish cake
Fish ball
Sayur sawi
Kubis bunga
Kiub ayam dan sup bunjut

Cara-caranya:
1)  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih dan halia.
2)  Kemudian aku masukkan isi ayam.  Selepas itu, aku tuangkan air dalam 2 cawan dan aku masukkan 2 sudu besar sos tiram.
3)  Agak mendidih aku masukkan segala sayur, fish cake dan fish ball.
4)  Baru aku masukkan yee mee.  Aku goreng dulu yee mee tue.
5) Sedia untuk dihidangkan.







                                                                                                             


~Bertemu Rakan Di Alam Maya~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari.  Barulah berkesemapatan nak update blog ini.  Dah lunch ke?Aku makan burger yang dibeli di A&W.  Alhamdulillah kenyang setelah menguruskan sesuatu dengan Kak Nisah.  Sangat adventure ari nie.  Rasa jauh jea perjalanan tadi.  Apa-apa pun telah selamat tiba semula di opis yang awesome.:D

Oklah, ini cerita semalam.  Aku bertemu dengan rakan di alam maya iaitu Kak Zana.  Kenalan dari dunia blog membawa kami kepada suatu pertemuan.  Walaupun dapat berjumpa sekejap jea semalam tapi memang seronoklah bila Kak Zana singgah rumah.  Sebenarnya aku pernah terserempak dengan Kak Zana masa di Ikea tapi aku tak tegur dia.  Segan!!!Lepas tue macam mana erk yang boleh buat kami berhubung.

Minggu lepas Kak Zana ada beritahu yang dia dan family nak ke Bayou Lagoon.  Hah dah betul-betul dekat dengan rumah aku.  Tapi nak jumpa dia pulak payahnya.  Asben aku keje.  Itulah semalam aku mesej suruh Kak Zana singgah rumah.

Dan inilah gambar kenangan pertemuan yang pertama kalinya.  Anak Kak Zana dah 3 orang.  Gambar nie pun anak sulungnya yang snapkan.  Kalau datang Melaka boleh singgah rumah saya lagi yea kak.  Semoga kita akan terus berkawan sampai bila-bila.  Peace yo!!







                                                                                                                 

Sunday, February 3, 2013

~Kami, Semalam~

Assalamualaikum...

Morning uolls.  Semalam tanpa cerita sebab malas!Malas muncul kembali di dalam diri.  Pagi semalam habiskan melipat berbakul baju.  Lepas tue terus masak.  Makan tengahari terus.  Hah!!Malas kan?Lepas dah kenyang, mata pun bagai digam-gam.  Tidur..So aktiviti semalam banyak menidurkan diri.

Sebelah petang baru keluar menuju ke Tesco sebab nak membeli beberapa barang rumah dan barang untuk anak-anak.  Biasalah susu dan pampers untuk mereka.

Jomlah tengok gambar.  Sebab malas nak membebel panjang-panjang...
 
Lepas settle beli barang.  Sekarang menjadi tempat wajib pergi.

Ammar dah pandai tunjuk nak naik.  Kenalah bawak kan.

Tengok tue betapa tersengihnya dia.

Kerja mama amik gambar jea.

Semalam hari tanpa beg plastik.  Maka barang-barang bertaburan dalam troli.  Beli susu, pampers, ayam, dll.

Papa melayan anak-anak.  Mama jaga troli.  Lepas dari tesco terus balik rumah sebab asben keje malam.  Itu saja aktiviti kami semalam.

Sekian dulu..








                                                                                                                     

Friday, February 1, 2013

~Tinggal Kenangan, Al-Fatihah~

Assalamualaikum...

Bila jemari mula menaip, secara tak langsung akan ada entry-entry lain.  Datang rajinnya, maka berupdatelah blog ini.  Sebolehnya tidak mahu menjadikan blog ini bersawang.  Heeeee...

Berbalik kepada tajuk di atas, tanggal 30 Januari 2013 iaitu hari rabu kami mendapat panggilan telefon daripada makcik di KL menyatakan nenek sedara kami iaitu adik kepada arwah atok (sebelah mak) telah pulang ke rahmatullah jam 6 pagi.

Pagi tue, aku seperti biasa bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap.  Memandangkan asben keje malam memang aku kena keluar rumah awal.  Sebab nak hantar anak-anak then nak kejar sampai opis sebelum pukul 8 pagi. 

Selesai bersiap, jam 630 pagi aku pun gerak dari rumah.  Sampai betul-betul depan jusco lama aku dapat mesej daripada adik aku menyatakan nenek sedara sudah meninggal dunia.  Memang dia sudah uzur kerana mengidap kanser perut.  Masa mula dapat tahu memang kami ada nak ke KL tapi memandangkan kesihatan mak tidak mengizinkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

Jadinya, rabu lepas kami semua terpaksa mengambil cuti untuk membawa mak ke KL.  Sebab mak memang rapat dengan arwah.  Mak pernah duduk dengan nenek nie masa kerja di KL.

Adriana bersama arwah.

Gambar ini diambil pada tahun 2011 semasa kami menghadiri perkahwinan di Kelantan.  Kalau tak silap last jumpa arwah nenek nie masa kenduri kawin cucunya di KL.

Sekian entry untuk petang ini.  Inilah gambar yang ada dalam koleksi aku.  Al-fatihah buat arwah.  Semoga rohnya dicucuri rahmat.  Amin..








                                                                                                                     

~Bila Jemari Mula Menaip~

Assalamualaikum...

Salam jumaat.  Permulaan hari untuk bulan baru iaitu Februari.  Semoga menjadi permulaan yang baik untuk kita semua.  Beberapa hari sepi tanpa cerita di blog ini.  Tengahari ini, merajinkan diri untuk menaip dan mengarang kembali.

Mood berblog entah lari ke mana.  Taip kali sign in aku akan blur.  Akhirnya sign out jalan yang paling bagus.  Lunch hari ini cuba untuk tidak ke mana-mana.  Lepak kat opis saja untuk menjayakan sesuatu misi.  Mira mokhtar pun tak kemana.  Waktu macam nie adalah lebih baik untuk tidak ke mana-mana.  Duit pun tak habis.  Heeee...

Apa ada dengan Februari?Tidak lama lagi ulangtahun kelahiran ammar bakal menyusul.  Tahun ini tidak ada sambutan kot.  Bergantung pada budget mama dengan papanya.  Cerita untuk minggu ini, adalah beberapa cerita.  nanti aku update kemudian.  Tunggu mood datang lagi.  Oklah, beredar dulu sebab mahu fokus terhadap sesuatu.  Sekian...

Nota kaki>>Gambar ehsan dari google