Wednesday, September 28, 2011

~Pulang Ke Melaka~


Salam...

Oklah nie last entry untuk trip ke Kelantan.  Perjalanan yang sangat jauh maka entry pun berjelar-jelar panjangnya.  Kalau aku boring menaip pembaca udah tentu-tentu boring dan bohsan membaca entry nie.  Tapi oleh sebab udah ada gambar dan sudah diupload maka haruslah di postkan jugak entry nie. 

Jadi para pembaca haruslah menahan rasa bohsan yea ketika membaca.  Aku tak nak membebel begitu panjang.  Just see the picture hokey....

Lepas kenduri kami terus balik ke Melaka.  Terpaksa meninggalkan majlis awal sebab kami nak singgah di Pasar Payang Terengganu...

Jom tengok beberapa keping gambar yang telah diambil sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka...

Meneruskan perjalanan kami ke Terengganu...

Yeaaaahhhhh sudah sampai..Menuju ke Pasar Payang

Ammar pun sudah bangun dari tidurnya.


Sempat pulak jumpa kawan sekolah aku kat sini.

Beristirehat selepas membeli-belah di Pasar Payang

Kami bergambar di sini aje..Masing-masing kepenatan.

Pic yang diambil oleh my bro
Suasana di dalam Pasar Payang
Otw ke kereta di parking
Sempat melambai-lambai yea...
Adriana dengan atok..
Mak dan ayahku...
Berhenti rehat dekat stesen pminyak petronas..Dah tengah malam. 
Tak tahulah stesen kat mana..
Berhenti lagi untuk mengisi minyak..
Alhamdulillah.  Kami selamat sampai di rumah jam 3.40 pagi (ahad).  Masing-masing turun kereta kuarkan barang yang patut jea.  Barang-barang nie dipunggah di siang hari.  Semua terus tidur.  Memang kepenatan.  Family aku tidur kat rumah aku dulu esok siang baru balik...

Sekian, akhirnya selesai jugak aku bercerita perihal perjalanan kami ke Kelantan sehinggalah pulang ke Melaka.

Monday, September 26, 2011

~Last Day Di Kelantan~

Salam pada semua.

Hari ini hari isnin.  Hari isnin adalah hari lemauku, hari mood ke laut, hari mood ke gunung daik bercabang dua bla bla bla.  Ops..ayat tak boleh blah.  Sangat-sangat mengantuk.  Rasanya dah berpuluh kali aku menguap.  Kalau disorong bantal mahu lelap dan dibuai mimpi yang indah-indah. :-)

Oklah, kugagahkan diriku jugak untuk menaip di sini untuk menceritakan kisah aku dan family di Kelantan.  Hari terakhir kami di sana.  Lepas nie 4 tahun lagi insyallah barulah sampai kalau ada sesiapa nak kawin lagi.

Pagi sabtu tue (17 sept) kami semua dah siap awal-awal.  Memang cadang nak check out awal sebab kami nak singah Pasar Payang di Terengganu pulak.  Siap packing semua tunggu di bawah yea...

Jom tengok gambar lagi..(jangan bosan kepada para pembaca)

Semua telah menanti nak check out
Sebelum check out kita bergambar dulu yea.  Penat jea bawak mr tripod kalau tak bergambar beramai-ramai..
My small family.
Ammar dan bibiknya..Pipi ammar merah macam pakai blusher jea.
My parents...
Aku dan asben di kaunter menguruskan untuk check out.
My adiks..adik ipar adik jugak kan??
Kami tiba di rumah mak cik.  Masa tue semua relax-relax jea.  Kalau kat tempat kita orang udah kelam kabut.  Majlis buat di dewan.  Kat dewan pun non ado orang/tetamu.
Jurugambar kami adalah si kecik adriana..Nasib cantik gambar mama kamu ambil yea nak...:-)
Adriana dan moyang sedaranya..
Nie gambar baru adik aku yang ambil..
Kami bergambar bersama nenek sedara aku.
Setibanya kami di dewan.  Masih lenggang.  Macam ini majlis perkahwinan di sana kot. Mak dan mak cik ku yang dari Melaka jugak.
Kita orang duduk dulu.
Termenung ke apa ke budak sorang nie???Pose tak menahan.
Dalam susana yang panas nie pun si boy nie boleh tidur.  Mengantuk bangun awal pagi.
Pengantin tiba pukul 12 rasanya.  Aku tak perasan jam berapa pengantin tiba.
Si model kipas...
Pihak orang sebelah, ramai gak..
Pengantin diarak menuju ke pelamin.
Bersanding di atas pelamin.
Papa dukung ammar sementara mama pi makan dengan kakak.
Bergilir-gilirlah orang menjaga si kecik nie.
Sebelum kami bergerak pulang, haruslah bergambar bersama-sama pengantin yea. 
Kemudian kami pulang menuju ke Kuala Terengganu untuk singgah di Pasar Payang.  aku tanya kawan aku pasar tutup pukul 6 petang.   Jadi kena sampai awal di sana yea.  takut tak sempat nak membeli belah apa yang patut.

Sekian...

Saturday, September 24, 2011

~Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman~


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Credit to >>> http://www.informasi.my

Friday, September 23, 2011

~Sesi Petang Di Kelantan -Day 2~

Salam pagi jumaat..

Berusaha gigih untuk cuba menghabiskan jugak cerita di Kelantan.  Kisah di Kelantan haruslah ada di sini untuk dijadikan kenangan buat diriku dan anak-anak pabila besar nanti.  Hehehe..Nanti ammar tahulah yang dia sudah sampai ke Kelantan masa berusia 6 bulan. 

Bila dah banyak sangat gambar jadi banyaklah amik masa untuk memilih gambar-gambar yang menarik.  Rasa macam nak upload semua tapi banyak bebenor.  Idakler larat aku nak menunggu diupload gambar-gambar tue.

Sambung balik cerita aku nie...Petangnya pulak kami ke rumah mak cik sebab dua pupu aka kupu-kupu aku nikah selepas sembahyang jumaat.  Katanya dalm pukul 3 petang.  Alih-alih ditunda sebab mak andam tak sampai lagi sebab kereta mak andam rosak kat mana ntah.  Aku pun tak tahu.  Jadinya dia orang nikah pukul 5 petang.

Ok..jom tengok gambar.
Inilah rumah makcik aku.  Yang ada orang berbaju biru.
Ini pulak mak cik aku.  Dari Melaka jugak.  Masa nie dia orang baru sampai.
Senyum!!!
Nasiblah ada orang yang sudi menjaga ammar.  Kipaskan ammar.  Belajar dari sekarang hokey...
Aku bergambar bersama dia. :-) Aku suka gambar nie.  Adriana yang snap pic papa dan mama.  Tq sayang.
Kami dah sampai di masjid.  Menunggu pengantin.
Bergambar dulu yea adik-adik..
Inilah pengantinnya,  aku panggil Kak Zila
Pengantin bersama makciknya.
Kami bertiga.
Selesai nikah kami ke Pantai Cahaya Bulan.  Saje jalan-jalan melihat pemandangan yang indah.
Aku dan adik ipar
Mak dan ayak aku duduk.  Kepenatan tue.
Dua beranak berbaju oren..
Mama dan adriana.
Kami berempat..
Pose daripada mama dan papa..I like!!
Atok dan ammar...


Sebelum nak balik, berlakulah kejadian yang tidak diinginkan.  Tayar kereta terbenam kat pasir-pasir tue.  tak leh nak kuar.  Terpaksa mintak tolong orang ramai tolakkan.  Tapi masih tak boleh jugak.
Inilah keadaannya.  Akhirnya kenalah korek sikit pasir-pasir tue.  Nasiblah ada yang sudi membantu.  kami pun pulang ke hotel untuk bersiap-siap.  Malam tue kami ke Wakaf Che Yeh.  Tapi maaflah non ado gambar.  Memang tak teringat langsung pasal nak amik gambar.  Sebab terlampau ramai orang.  Dok sibuk bergambar ada pulak anak hilang. Aku pulak dukung ammar.  Papa dengan adriana.  Adik aku pulak cari barang yang nak dibelinya.  Itu pun gilir-gilir dengan asben dukung ammar sebab lenguh tangan aku.  Kita orang terlupa bawak carrier sebab naik keta adik aku.

Settle di Wakaf Che Yeh, masing-masing dah berjinjit sorang satu beg kita orang baliklah.  Dah tak larat badan nie.  Pada hal memang ada lagi macam nak cari barang.

Note>>Dari pagi karang entry nie baru sekarang siap...settle..Selamat Membaca!!!:-)