Monday, April 29, 2019

Saya Seorang Penulis Upahan (Ghostwriter)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selain menulis blog, artikel dan juga penulisan kreatif, saya cuba meluaskan kerja-kerja penulisan dengan menjadi seorang penulis upahan (ghostwriter).

Oleh itu, untuk mendapat pengetahuan tentang penulis upahan (ghostwriter) saya telah pun menyertai Kelas Online Ghostwriter Junior bersama Puan Nordianah Bachok anjuran UpahMenulis.Com.


Jadi, saya menawarkan servis upah menulis (ghostwriter) untuk anda yang tidak mempunyai masa untuk menyiapkan tugasan dan memerlukan perkhidmatan menulis bagi memudahkan kerja anda.

Harga yang saya tawarkan sangat berpatutan dan saya akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda sekalian.

Buat masa ini, untuk permulaan saya menawarkan servis menulis untuk:

1) Entri Blog
2) Artikel ringkas
3) Menulis surat-surat, minit mesyuarat, proposal atau perjanjian sewa beli rumah.
4) Pruf read (Edit dan semak).

Berikan saya maklumat atau bahan saya akan tulis dengan ejaan yang betul dan teratur sehingga siap menjadi satu artikel.

Kadar upah menulis:

No.
Jumlah patah perkataan 1 artikel
Caj
1.
200 patah perkataan 
RM25/artikel
2.
500 patah perkataan 
RM50
3.
1000 patah perkataan 
RM100
4.
2000 patah perkataan 
RM200



No.
Jumlah patah perkataan 1 artikel
Caj
1.
1-50 artikel 200 patah perkataan
RM20/artikel
2.
1-50 artikel 500 patah perkataan
RM30
3.
1-50 artikel 1000 patah perkataan
RM40
4.
1-50 artikel 2000 patah perkataan
RM50



Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya boleh hubungi saya.

Emel : alfidah83@gmail.com

Whatsapp : 017-6741270 (Fyda Adim)

www.wasap.my/0176741270

Wednesday, April 24, 2019

Jom Kita Ke Bangkok!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rindunya mahu menulis di ruangan ini. Kekangan masa menguruskan rutian harian membataskan semuanya walaupun perasaan ingin menulis itu tersangat menebal di dalam diri. Orang kata, menulis itu kira satu terapi buat diri.


Selain menulis sebagai terapi diri, percutian juga salah satu terapi diri. Memandangkan tahun lepas dalam bulan November, aku dan seisi keluarga bercuti ke Krabi dan Hatyai, destinasi seterusnya seakan mahu ke Bangkok. Bangkok merupakan ibu kota dan bandar raya terbesar di Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand.





Hasil carian imej untuk bandar bangkok thailand
sumber: Google Image

Kepada sesiapa yang minat shopping pakaian yang trendy tetapi murah pasti menggemari Bangkok. Bangkok merupakan bandar syurga kepada penggemar shopping, urutan tradisional Thai dan juga street food. Kalau sesiapa yang pernah melancong ke Bangkok, pasti korang akan mudah jatuh cinta dengan penduduknya yang ramah dan layanan diberi membuatkan korang rasa terasa warm dan pasti korang akan kembali melancong ke Bangkok lagi. Korang boleh find out pasal cara-cara nak book top Bangkok Hotels promotions sekarang kot-kot ada.

Namun tidak semua yang indah akan berlaku kalau korang tidak membuat persiapan dan study sedikit ilmu untuk melancong ke Bangkok.

Di bawah aku listkan tips bagi korang yang pertama kali ingin melancong ke Bangkok. Untuk travel ke sesebuah tempat, bajet merupakan perkara yang paling penting kerana tanpa mahir mengagak bajet untuk korang berbelanja, bagaimana korang akan survive di negara orang? 

Buat kiraan awal tentang perbelanjaan dari segi makan, transport, tempat tinggal dan buah tangan. Rajin buat semakan tentang rate mata duit Baht dan buat perbandingan dengan money changers yang lain. Sentiasa minta sebahagian dari duit yang ditukarkan itu dipecah pada duit yang lebih kecil. Dinasihatkan untuk pecah ke nilai seperti 50 baht atau pun 100 baht kalau money changer korang masih ada stock pecahan duit kecil. Duit yang dipecahkan ke nilai yang kecil boleh menyelamatkan uollss untuk bayar Uber/Taxi/Grab/MRT dengan mudah dari airport kelak.

Bangkok merupakan bandar yang popular kerana seluruh pelusuk penduduk di bumi in pasti akan jadikan Bangkok sebagai destinasi percutian diorang. However, anda perlu kaji tentang kesesuaian waktu untuk korang visit sebelum korang memulakan langkah untuk menempah hotel dan ticket flight.

Dinasihatkan untuk elak kunjungi Bangkok pada acara Songkhran sedang berlangsung. Mengapa? 

Kerana kebanyakan kedai di Bangkok menutup operasi diorang. Segelinir peniaga akan pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut perayaan tersebut. Bagi kedai yang masih beroperasi, pasti akan membuatkan korang sukar untuk makan, bershopping mahu pun berhibur kerana tempat-tempat tersebut pasti penuh dengan pelancong yang hadir semata untuk membaling air (termasuk korang). Kalau nak suggestion aku berkenaan hotel mana yang korang nak bermalam korang cuba book Baiyoke Sky online dan tengok apa facilities yang ada.

Bagi move around, Bangkok antara bandar yang mempunyai trafic yang teruk malah mengalahkan KL. Namun untuk move around, korang harus bijak tentang menggunakan servis pengangkutan awam yang tersedia ada di Bangkok, tersilap pilih korang mungkin akan kerugian duit atau pun masa.

Penggunaan kad debit ketika melancong amatlah penting. Ini kerana kalau korang sudah kehabisan cash, duit hilang atau pun korang memerlukan duit kecemasan, hanya melalui ATM sahaja korang boleh perolehi duit. Namun, bukan semudah mencocok mahu pun swipe kad debit ATM begitu sahaja transaksi itu pasti berjaya. Terlebih dahulu, korang perlu hubungi bank korang untuk memaklumkan tentang membuka akses untuk korang gunakan kad debit ATM korang ketika di luar negara. Selain dari itu, korang juga boleh membuka akses tersebut secara online. Harus diingatkan, setiap pengeluaran duit mempunyai caj tersendiri dan amat penting untuk korang tahu tentang caj yang dikenakan.

Bagi pengeluaran duit menggunakan bank yang sama contohnya CIMB, tiada fee pengeluaran duit dikenakan. Bagi memudahkan uollss untuk berkomunikasi dan bersedia menghadap sesuatu kecemasan, sim kad sangat wajib untuk korang dapatkan. Sim kad mudah didapati dikedai serbaneka seperti 7-Eleven, Family Mart mahu pun pusat membeli belah. Bawa pasport bagi tujuan pendaftaran sim kad. Beli sebelum pukul 9.00pm kerana selepas dari waktu itu, urusan membuat pendaftaran tergendala kerana sistem offline. 

Tanyakan tentang sim kad yang khusus untuk pelancong. Sebahagian servis dari sim kad untuk pelancong amat berguna untuk korang buat panggilan ke Malaysia kerana rate yang lebih rendah. Pastikan korang paham akan kemudahan yang ditawarkan yang dinayatakan pada sim pack. Terdapat pelbagai offer dan jenis sim pack yang ada, kalau korang tersalah pilih, pasti korang akan hadapi kesukaran untuk membuat semakan baki, membeli pakej internet dan pelbagai lagi kerana urusan korang bersama telco kebanyakannya dalam bahasa Thai. 

Kalau korang memilih pengangkutan seperti Grab, Uber terutamanya teksi, korang dinasihatkan untuk dapatkan business kad hotel yang korang diami. Ini kerana kebanyakkan pemandu tidak fasih berbahasa Inggeris dan sesetengah daripada diorang tidak tahu akan lokasi yang korang tinggal walaupun uollss duduk di hotel 5 bintang. Oleh itu, untuk pulang ke hotel, kalau pemandu korang tidak pasti akan nama hotel korang, hanya tunjukkan kad yang beralamat tersebut kepadanya. Percayalah, walaupun Grab dan Uber mempunyai map tersendiri, pemandu di Bangkok masih gagal mengenalpasti lokasi korang dan ke mana korang ingin pergi. 
Selamat mencuba dalam flights to Bangkok nanti.


Friday, April 5, 2019

Salam Perpisahan Daripada Mereka

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Dari semalam agak aktif blog aku ini dengan beberapa entri. Yelah, kalau tidak ditulis sekarang entah bila aku nak coretkan kisah manis ini di blog ini. Dikhuatiri akan terbiar begitu sahaja tanpa dikenang. Cerita manis biarlah menjadi kenangan buat diri ini.  

12 tahun di JKM selalunya aku meraikan perpisahan orang. Kali ini tibalah giliran aku pula diraikan. Aku sebenarnya tak nak buat majlis-majlis ini. Biar aku yang raikan orang tak payah orang raikan aku pun tak apa.

Tiga hari sebelum majlis, seorang kawan pejabat hantar mesej melalui aplikasi whatsapp.

"Kak, kita orang nak buat majlis akak jumaat ini tau. Lokasi nanti kita maklumkan."

Aku balas, " Alah, tak payahlah buat nanti kena berucap."

"Hek eleh...Sedihlah tu."

"Nanti aku nangis. Nak cutilah."

"Jangan nak  ngada-ngada kak eh. Berani ko cuti. Aku bom rumah ko. Berani ko tak datang kak. Memang semua boikot ko."

Sampai macam itu sekali ugutannya. Tak apalah, kita kena hargai apa yang orang lakukan untuk kita. Sampailah harinya. Pagi itu semua diam sahaja. Aku pun diam sajalah. Tiba jam 11.00 pagi kawan yang berdua keluar. Dia suruh aku ikut orang lain. Terpinga-pinga juga aku dibuatnya. Takkan aku nak tanya orang pula.

Pendekkan cerita, aku tumpang kereta Puan IT. Berempat semuanya satu kereta. Kami menuju ke Windmill Station di Bukit Beruang. Rupanya ramai sudah ada di sana.

Siap ada belon-belon. Kemudian gambar-gambar lama aku dan dia orang ditampal di reben belon. Terharu sangat atas persiapan ini.

Kaum-kaum hawa di Bahagian Khidmat Pengurusan.

Kami lagi.

Dengan Faizah dari unit kewangan.

Swafoto beramai-ramai.

Dengan Aisyah dari unit kewangan juga.

Kami lagi.

 Bila makanan sudah terhidang di atas meja.

Gambar ini banyak sebab dari henfon kawan.

Waktu ini Tuan Pengarah sudah tiba.

Bila ramai-ramai memang kenyang bergambar.


Nurul ketua gambar. Dia yang akan pegang kamera. Biarkan dia.

Inilah orang yang whatsapp aku berkenaan majlis.

Tuan Pengarah sedang berucap.

Ucapan daripada Tuan Pengarah buat aku sebak.

Pemberian hadiah.

Zoom sikit bagi nampak.

Kami daripada Bahagian Khidmat Pengurusan. Mereka akan sentiasa dalam ingatan.

Sedang makan tiba-tiba dia orang pasang lagu Happy Birthday dan lagu Teman Sejati nyanyian Brothers. Inilah kek yang sampai depan aku.

Wajah yang terpamer itu sebenarnya terkesima.

Sangat-sangat terharu.

Tiuplah aku dan Nurul memandangkan birthday kami April-Jun dan yang paling dekat duduknya dengan kek. Kesian yang lain tak tiup lilin.

Myra Mokhtar yang tangkap gambar ini.

Masa ini sudah keluar dan sesi bergambar di luar pula.

Aku kalau bergambar dengan perempuan-perempuan cantik memang aku tenggelam.

Pemberian daripada mereka. Hadiahnya aku belum buka lagi. Sayang.

Kad ucapan daripada mereka.

Siap ada gambar aku dengan novel. Mereka seakan tahu minat aku. Terima kasih semua atas susah payah menjayakan majlis buat aku. Susah-susah pungut duit demi menjayakan majlis ini. Terharu sangat-sangat. Semoga segala kebaikan mereka dibalas dengan kebaikan juga. Mohon ampun atas semuanya andai ada silap sepanjang kita sebumbung. Sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diriku.

Salam pena,
Fyda Adim




Thursday, April 4, 2019

Sambutan Hari Lahir Anakanda Berdua

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Lupakan seketika kesedihan yang melanda diri. Sejak siang tadi entri aku sedih-sedih belaka. Aku yang menulis ini sedih. Yang membacanya tak tahulah macam mana. Malam ini aku coretkan kisah manis bulan Januari dan Februari yang lepas. Januari lepas adalah hari lahir anak sulung aku dan bulan Februari pula adiknya. Sambutan hanya kecil-kecilan sahaja. Masa sambut hari lahir Adriana, aku sedang dilanda kerajinan.

Dapatlah buatkan sebiji kek. Itu pun deko biasa-biasa saja. Buatnya pun dalam keadaan kelam-kabut. Jadilah daripada tiada keknya.

Kek butter.

Kek sedang dibakar.

Inilah hasil selepas dibakar.

Hasil selepas dideko.

Dapatlah Nana potong kek dengan kawan-kawan.

Ini pula untuk hari lahir Ammar. Kebetulan hari itu mak mentua minta masakkan lasagna. Jadi buatlah sekali hari lahir Ammar.

Sos putih lasagna.

Lasagna yang sudah dimasak.

Spageti aglio olio.

Koktel.

Itu dia lasagnanya.

Kek batik.

Ini untuk mak mentua.

Menu malam itu.

Kek yang disponsor oleh acik.

Inilah Ammar.

Itu sahaja coretan untuk malam ini. Ada masa akan aku coretkan lagi di sini. Doakan penghijrahan aku akan memberi kebahagiaan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


12 Tahun Punya Cerita

Assalamualaikum.

12 tahun itu sangat lama. Aku perlu juga melangkah untuk mencari kebahagiaan di sana. Gembira untuk bersama namun sedih yang ditinggalkan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah lumrah sebuah kehidupan. Kawan-kawan di JKM sudah bertukar ganti dan aku sepanjang 12 tahun masih setia di situ sehinggalah keadaan memaksa aku untuk meninggalkan JKM.

Sudah sampai masanya untuk pergi.

12 tahun di JKM banyak kisah manis dan pahit aku lalui. Pelbagai dugaan aku tempuhi. Di JKM ini jugalah aku belajar untuk tahan kecaman. Setakat orang cakap belakang itu selalu saja aku dengar. Dulu-dulu memang hati mudah rapuh. Bila dah tua-tua ini malas mahu ambil tahu apa orang nak cakap.

Terpulanglah nak cakap apa pun. Mulut masing-masing. Nanti penat berhentilah cakapnya. Walaupun aku diberikan keadaan sekeliling sebegitu, Allah hantarkan juga kawan-kawan yang baik. Mempunyai kawan yang baik juga adalah rezeki buat kita.

Marilah aku imbas beberapa kenangan sepanjang 12 tahun aku berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.

Merasalah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010. Masa terima APC ini aku baru sahaja melahirkan anak kedua.

Geng-geng yang terima APC waktu itu.

Ini sahaja gambar aku seorang diri yang terang. Lainnya kabur. Waktu dulu, guna digital kamera.

Aku dan Kak Nisah. Dia sudah selamat bertukar keluar pada tahun 2015. Kami masih berhubung sehingga sekarang.

Ini pula CC Noraini. Sudah bersara dan kami tetap berhubung sampai sekarang. Mujurlah sekarang ada aplikasi whatsapp. Semua boleh bersatu di dalam grup whatsapp.

Kak Rehan, aku dan Myra. Kak Rehan pun sudah bersara.

Satu-satunya pengarah yang aku dapat bergambar. Waktu itu, hari terakhir beliau di JKMN Melaka.

Ini kami berphotoshoot kononnya.

Waktu ini ada teambuilding. Seronok masa ini.

Memang seronok bila ada aktiviti sebegini. Rasanya ini yang terakhir aku turut serta.


Kak Nisah dan Kak Linda.

Waktu ini kami jadi urus setia perhimpunan.










Ini masa Adriana jadi flower girl untuk majlis ROC Asean.

Tak ingat masa ini berapa umurnya.

Adriana ini memang suka menonjol. Perangai dia berlainan sikit daripada aku. Hahaha.










Itulah serba-sedikit gambar yang boleh dikongsikan di sini. Itu pun sudah tidak larat untuk menulis untuk setiap gambar. Biarlah gambar yang berbicara. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim