Thursday, April 4, 2019

12 Tahun Punya Cerita

Assalamualaikum.

12 tahun itu sangat lama. Aku perlu juga melangkah untuk mencari kebahagiaan di sana. Gembira untuk bersama namun sedih yang ditinggalkan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah lumrah sebuah kehidupan. Kawan-kawan di JKM sudah bertukar ganti dan aku sepanjang 12 tahun masih setia di situ sehinggalah keadaan memaksa aku untuk meninggalkan JKM.

Sudah sampai masanya untuk pergi.

12 tahun di JKM banyak kisah manis dan pahit aku lalui. Pelbagai dugaan aku tempuhi. Di JKM ini jugalah aku belajar untuk tahan kecaman. Setakat orang cakap belakang itu selalu saja aku dengar. Dulu-dulu memang hati mudah rapuh. Bila dah tua-tua ini malas mahu ambil tahu apa orang nak cakap.

Terpulanglah nak cakap apa pun. Mulut masing-masing. Nanti penat berhentilah cakapnya. Walaupun aku diberikan keadaan sekeliling sebegitu, Allah hantarkan juga kawan-kawan yang baik. Mempunyai kawan yang baik juga adalah rezeki buat kita.

Marilah aku imbas beberapa kenangan sepanjang 12 tahun aku berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.

Merasalah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010. Masa terima APC ini aku baru sahaja melahirkan anak kedua.

Geng-geng yang terima APC waktu itu.

Ini sahaja gambar aku seorang diri yang terang. Lainnya kabur. Waktu dulu, guna digital kamera.

Aku dan Kak Nisah. Dia sudah selamat bertukar keluar pada tahun 2015. Kami masih berhubung sehingga sekarang.

Ini pula CC Noraini. Sudah bersara dan kami tetap berhubung sampai sekarang. Mujurlah sekarang ada aplikasi whatsapp. Semua boleh bersatu di dalam grup whatsapp.

Kak Rehan, aku dan Myra. Kak Rehan pun sudah bersara.

Satu-satunya pengarah yang aku dapat bergambar. Waktu itu, hari terakhir beliau di JKMN Melaka.

Ini kami berphotoshoot kononnya.

Waktu ini ada teambuilding. Seronok masa ini.

Memang seronok bila ada aktiviti sebegini. Rasanya ini yang terakhir aku turut serta.


Kak Nisah dan Kak Linda.

Waktu ini kami jadi urus setia perhimpunan.










Ini masa Adriana jadi flower girl untuk majlis ROC Asean.

Tak ingat masa ini berapa umurnya.

Adriana ini memang suka menonjol. Perangai dia berlainan sikit daripada aku. Hahaha.










Itulah serba-sedikit gambar yang boleh dikongsikan di sini. Itu pun sudah tidak larat untuk menulis untuk setiap gambar. Biarlah gambar yang berbicara. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

  1. bila tgk gambar2 teringat ofis lama.. suasana harmoni.. lama dah tak rasa suasana mcm tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..