Rindunya mahu menulis di ruangan ini. Kekangan masa menguruskan rutian harian membataskan semuanya walaupun perasaan ingin menulis itu tersangat menebal di dalam diri. Orang kata, menulis itu kira satu terapi buat diri.
Selain menulis sebagai terapi diri, percutian juga salah satu terapi diri. Memandangkan tahun lepas dalam bulan November, aku dan seisi keluarga bercuti ke Krabi dan Hatyai, destinasi seterusnya seakan mahu ke Bangkok. Bangkok merupakan ibu kota dan bandar raya terbesar di Thailand. Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand.
sumber: Google Image
Kepada sesiapa yang minat
shopping pakaian yang trendy tetapi murah pasti menggemari Bangkok. Bangkok
merupakan bandar syurga kepada penggemar shopping, urutan tradisional Thai dan
juga street food. Kalau sesiapa yang pernah melancong ke Bangkok, pasti korang
akan mudah jatuh cinta dengan penduduknya yang ramah dan layanan diberi
membuatkan korang rasa terasa warm dan pasti korang akan kembali melancong ke
Bangkok lagi. Korang boleh find out pasal cara-cara nak book top Bangkok Hotels
promotions sekarang
kot-kot ada.
Namun tidak semua yang indah akan
berlaku kalau korang tidak membuat persiapan dan study sedikit ilmu untuk
melancong ke Bangkok.
Di bawah aku listkan tips bagi korang
yang pertama kali ingin melancong ke Bangkok. Untuk travel ke sesebuah tempat,
bajet merupakan perkara yang paling penting kerana tanpa mahir mengagak bajet
untuk korang berbelanja, bagaimana korang akan survive di negara orang?
Buat kiraan awal tentang perbelanjaan dari segi makan, transport, tempat tinggal dan buah tangan. Rajin buat semakan tentang rate mata duit Baht dan buat perbandingan dengan money changers yang lain. Sentiasa minta sebahagian dari duit yang ditukarkan itu dipecah pada duit yang lebih kecil. Dinasihatkan untuk pecah ke nilai seperti 50 baht atau pun 100 baht kalau money changer korang masih ada stock pecahan duit kecil. Duit yang dipecahkan ke nilai yang kecil boleh menyelamatkan uollss untuk bayar Uber/Taxi/Grab/MRT dengan mudah dari airport kelak.
Bangkok merupakan bandar yang popular kerana seluruh pelusuk penduduk di bumi in pasti akan jadikan Bangkok sebagai destinasi percutian diorang. However, anda perlu kaji tentang kesesuaian waktu untuk korang visit sebelum korang memulakan langkah untuk menempah hotel dan ticket flight.
Dinasihatkan untuk elak
kunjungi Bangkok pada acara Songkhran sedang berlangsung. Mengapa?
Kerana kebanyakan kedai di Bangkok menutup operasi diorang. Segelinir peniaga akan pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut perayaan tersebut. Bagi kedai yang masih beroperasi, pasti akan membuatkan korang sukar untuk makan, bershopping mahu pun berhibur kerana tempat-tempat tersebut pasti penuh dengan pelancong yang hadir semata untuk membaling air (termasuk korang). Kalau nak suggestion aku berkenaan hotel mana yang korang nak bermalam korang cuba book Baiyoke Sky online dan tengok apa facilities yang ada.
Bagi move around, Bangkok antara bandar yang mempunyai trafic yang teruk malah mengalahkan KL. Namun untuk move around, korang harus bijak tentang menggunakan servis pengangkutan awam yang tersedia ada di Bangkok, tersilap pilih korang mungkin akan kerugian duit atau pun masa.
Penggunaan kad debit ketika melancong amatlah penting. Ini kerana kalau korang sudah kehabisan cash, duit hilang atau pun korang memerlukan duit kecemasan, hanya melalui ATM sahaja korang boleh perolehi duit. Namun, bukan semudah mencocok mahu pun swipe kad debit ATM begitu sahaja transaksi itu pasti berjaya. Terlebih dahulu, korang perlu hubungi bank korang untuk memaklumkan tentang membuka akses untuk korang gunakan kad debit ATM korang ketika di luar negara. Selain dari itu, korang juga boleh membuka akses tersebut secara online. Harus diingatkan, setiap pengeluaran duit mempunyai caj tersendiri dan amat penting untuk korang tahu tentang caj yang dikenakan.
Bagi pengeluaran duit
menggunakan bank yang sama contohnya CIMB, tiada fee pengeluaran duit
dikenakan. Bagi memudahkan uollss untuk berkomunikasi dan bersedia
menghadap sesuatu kecemasan, sim kad sangat wajib untuk korang dapatkan. Sim
kad mudah didapati dikedai serbaneka seperti 7-Eleven, Family Mart mahu pun
pusat membeli belah. Bawa pasport bagi tujuan pendaftaran sim kad. Beli sebelum
pukul 9.00pm kerana selepas dari waktu itu, urusan membuat pendaftaran
tergendala kerana sistem offline.
Tanyakan tentang sim kad yang khusus untuk pelancong. Sebahagian servis dari sim kad untuk pelancong amat berguna untuk korang buat panggilan ke Malaysia kerana rate yang lebih rendah. Pastikan korang paham akan kemudahan yang ditawarkan yang dinayatakan pada sim pack. Terdapat pelbagai offer dan jenis sim pack yang ada, kalau korang tersalah pilih, pasti korang akan hadapi kesukaran untuk membuat semakan baki, membeli pakej internet dan pelbagai lagi kerana urusan korang bersama telco kebanyakannya dalam bahasa Thai.
Kalau korang memilih pengangkutan seperti Grab, Uber terutamanya teksi, korang dinasihatkan untuk dapatkan business kad hotel yang korang diami. Ini kerana kebanyakkan pemandu tidak fasih berbahasa Inggeris dan sesetengah daripada diorang tidak tahu akan lokasi yang korang tinggal walaupun uollss duduk di hotel 5 bintang. Oleh itu, untuk pulang ke hotel, kalau pemandu korang tidak pasti akan nama hotel korang, hanya tunjukkan kad yang beralamat tersebut kepadanya. Percayalah, walaupun Grab dan Uber mempunyai map tersendiri, pemandu di Bangkok masih gagal mengenalpasti lokasi korang dan ke mana korang ingin pergi. Selamat mencuba dalam flights to Bangkok nanti.
Selamat melancong
ReplyDelete