Thursday, April 4, 2019

Sambutan Hari Lahir Anakanda Berdua

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Lupakan seketika kesedihan yang melanda diri. Sejak siang tadi entri aku sedih-sedih belaka. Aku yang menulis ini sedih. Yang membacanya tak tahulah macam mana. Malam ini aku coretkan kisah manis bulan Januari dan Februari yang lepas. Januari lepas adalah hari lahir anak sulung aku dan bulan Februari pula adiknya. Sambutan hanya kecil-kecilan sahaja. Masa sambut hari lahir Adriana, aku sedang dilanda kerajinan.

Dapatlah buatkan sebiji kek. Itu pun deko biasa-biasa saja. Buatnya pun dalam keadaan kelam-kabut. Jadilah daripada tiada keknya.

Kek butter.

Kek sedang dibakar.

Inilah hasil selepas dibakar.

Hasil selepas dideko.

Dapatlah Nana potong kek dengan kawan-kawan.

Ini pula untuk hari lahir Ammar. Kebetulan hari itu mak mentua minta masakkan lasagna. Jadi buatlah sekali hari lahir Ammar.

Sos putih lasagna.

Lasagna yang sudah dimasak.

Spageti aglio olio.

Koktel.

Itu dia lasagnanya.

Kek batik.

Ini untuk mak mentua.

Menu malam itu.

Kek yang disponsor oleh acik.

Inilah Ammar.

Itu sahaja coretan untuk malam ini. Ada masa akan aku coretkan lagi di sini. Doakan penghijrahan aku akan memberi kebahagiaan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

  1. selalu jeles dengan orang pandai baking ni.. sebab tangan cheq keraih. memang x menjadi jawabnya ahaha.. lasagna tu.. kalo buat lebih nanti hello2 la.. i p ketuk pintu mintak sikit =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..