Wednesday, July 12, 2017

Puisi Sahabat Datang Dan Pergi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Semalam ketika aku sendiri di pejabat, aku titipkan puisi ini. Entah kenapa aku tulis sambil menyeka air mata. Sedih datang menerpa. Maka terciptalah hasil puisi yang tidak seberapa ini. Mungkin kerinduan yang menyelinap dalam diri membuatkan aku sebegitu.

Sebenarnya, rindu dengan kawan-kawan. Rindu pada kawan-kawan yang jauh mahu pun yang dekat. Namun semuanya sudah berubah. Ada yang sudah jauh dengan komitmen sendiri. Tapi ada juga sahabat yang walaupun jauh terasa dia dekat di hati.

Marilah hayati puisi ini.

SAHABAT DATANG DAN PERGI

Sahabat
Masa mengubah segalanya
Antara kita
Sudah ada jurang di antaranya
Hati kecil dapat merasa
Kita tidak lagi berkongsi hal yang sama.

Dulunya kita sering bersama
Ke mana-mana
Tidak kira masa
Betapa akrabnya kita
Namun itu hanya sebuah cerita lama.

Kini kita jauh berbeza
Jarak memisahkan kita
Tiada lagi bercanda tawa
Apa lagi berkongsi cerita

Sahabat
Hati ini cuma memendam rasa
Bila rindu datang menerpa
Hanya kenangan yang cuma ada
Biar rindu tidak terus menyala-nyala

Berpijaklah di bumi yang nyata
Manusia seringkali terlupa
Janji yang pernah dikota
Hingga ada hati yang terluka

Bila rindu menggangu jiwa
Sandarkan pada kenangan kita
Hanya mampu berdoa
Supaya tidak terus kecewa.

Fyda Adim
Melaka Bandaraya Bersejarah
12/07/2017
Hasil carian imej untuk sahabat
Sumber Google

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..