Hai semua.
Selamat petang semua. Momentum menulis ke laut. Tunggu angin monsun tiup. Jenuh menunggu. Hari ini aku emergency leave. Tak sihat. Badan sakit-sakit macam nak demam. Ditambah dengan emosi yang juga tidak sihat. Jauhkan. Aku tak suka bila berperang dengan perasaan sendiri yang sebegini rupa.
Beberapa kali cuba memujuk diri. Abaikan. Biarkan. Memujuk diri sendiri adakalanya tidak mudah. Allahu. Sejak semalam emosi ini datang menghantui diri. Mendengar apa yang disampaikan, melihat apa yang tidak sepatutnya memang perkara yang menyakitkan.
Perangai aku kalau down memang aku suka menyendiri. Hibernasi kaedahnya. Adakalanya perlu melarikan diri daripada suasana yang tidak memberangsangkan mood kita. Persekitaran yang negatif akan mendatangkan kesan pada diri kita. Elok dibawa diri ini dulu.
Tipulah kalau cakap hati ini tidak sedih. Namun aku cuba menyembunyikan. Bila ditanya hanya jawab tak ada apa. Tak perlu nak panjangkan cerita. Biar sendiri yang simpan. Kita memang tak boleh nak tutup mulut orang, jadi biar kita saja yang menjaga mulut kita. Agar tidak berbicara sesuka hati hingga melukakan hati orang.
Adakalanya, kita mengundur dan menjauhkan diri bersebab. Walaupun bila tindak-tanduk itu akan dilihat seolah-olah kita yang bersalah. Semalam ada seseorang menasihatkan aku, hati manusia mudah berubah. Kenapa kita perlu bersedih sebab dia? Kawan datang dan pergi. Hati manusia berbolak-balik. Sepanjang malam aku cuba menghadamkan segala kata-kata itu.
Pakcik WP, suka sangat saya baca komen pakcik. Pada kawan-kawan blog, maaf belum sempat menerjah blog kalian. Akan diterjah dan meninggalkan jejak. Kekangan masa dengan tugas hakiki dan juga menyiapkan beberapa projek yang sedang menunggu giliran.
Doakan urusan saya dipermudahkan ya rakan-rakan alam maya. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan. Amin. Hilangkan rasa sedih yang membelenggu diri. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
kita sama lah Fyda, bila emosi suka bersendiri.bukan apa, takut emosi kat orang lain, orang lain yang jadi mangsa.biarlah sendiri, dari tersilap kata yang tak patut.semoga semuanya baik-baik sahaja. Insha Allah.
ReplyDeleteCT pun prefer menyendiri kalo tengah down. takut nanti rosakkan mood oranv sekeliling.. semoga semua baik2 saja ya..
ReplyDelete