Thursday, July 13, 2017

Cerpen Khilaf Di Utusan Malaysia

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Kembali bekerja dengan semangat dan aura yang positif. Tugas hakiki masih lagi berjalan seperti biasa. Mudah-mudahan aura positifnya membawa sampai ke petang. Kejap dah hari khamis. InsyaAllah, hari ini aku berpuasa. Masuk hari ketiga. Mudah-mudahan tidak ada yang melunturkan semangat.

Nak tulis entri raya, gambar belum habis pilih dan transfer. Kalau dah banyak sangat gambarnya dan kameranya memang jenuh nak memilih. Gambar dalam telefon bimbit aku, mana dalam telefon suami, DSLR lagi. Memang ambil masa nak membelek. Sudahlah sekarang ni, masa amat mencemburui aku. Banyak benda yang perlu aku kejarkan.

Entri ini, sekali lagi mahu berkongsi kegembiraan tentang penulisan. Bagi penulis baharu merangkap penulis picisan, bila cerpennya tersiar perasaan teruja itu diibaratkan macam nak lompat bintang atau terbang ke awan. Begitulah perasaan yang dirasakan.

Bukan senang nak menulis sebenarnya. Nak dapatkan sebuah cerpen, adakalanya berhari juga nak habiskan. Bila momentumnya menghilang, adakalanya berminggu atau berbulan diperamkan. Haha. Jangan ikut perangai aku yang sebegitu.

Cerpen bertajuk Khilaf, adalah cerpen kedua aku yang tersiar di Utusan Malaysia. Dua minggu berturut-turut tersiar cerpen aku. Bulan Jun begitu manis untuk aku selain menyambut ulangtahun kelahiran aku pada bulan yang sama.

Cerpen Khilaf
Sekurang-kurangnya aku dapat momentum menulis dari sini. Masih lagi menulis. Kadang tulis blog, kadang beralih ke cerpen. Ikut mood. Cuma sekarang berharap angin monsun tiup balik mood aku yang sudah ke laut. Moga target aku untuk tahun ini tercapai. InsyaAllah. Ini semua hasil sokongan teman-teman Geng TSJD aku. Mereka sangat membantu dan memberi sandaran bila salah seorang daripada kami dihimpit rasa kecewa atau yang berputus asa.

Nanti aku kongsikan cerpen sepenuhnya di sini buat tatapan pembaca-pembaca blog aku. Semoga momentum itu terus ada. Doakan untuk aku agar terus menulis ye kawan-kawan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..