Wednesday, July 5, 2017

Seminggu Sebelum Raya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Kembali lagi di sini mencari ruang-ruang untuk menitipkan sesuatu di sini. Masa amat mencemburui aku. Keterbatasan waktu membataskan aku untuk terus menulis di sini. Ada perkara lain yang perlu aku siapkan. Masih mengisahkan perihal menulis. Tak lari mana pun.

Cumanya, rindu jugak dengan blog. Blog inilah permulaan semuanya. Di sinilah aku mula menulis. Baiklah, seminggu sebelum raya memang diri lagi sibuk. Aku anak perempuan tunggal. Ditambah hari biasa aku ibu tinggal. Ada ke istilah itu? Jadi bila ketiadaan suami di sisi haruslah aku yang memikul tanggung dan jawab.

Masa ni aku datang sekolah petang amik report card.

Sabtu yang ada sekolah ganti.

Singgah pasar.

Dak Adik ikut mama beli daging.

Dalam minggu tu jugak amik report card sekolah pagi.

Begitulah lebih kurang kesibukan aku yang sempat dikenang seminggu sebelum raya. Tinggal kenangan dalam ingatan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


3 comments:

  1. Yang dah lepas tinggal kenangan.
    Kena fikir pulak yang akan mendatang

    ReplyDelete
  2. Bagus kalau sentiasa sibuk ni.
    Tak sempat nak fikirkan masalah.

    ReplyDelete
  3. lumrah seorang ibu, fyda.
    urusan anak-anak x abis2, kan ? :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..