Thursday, October 8, 2015

Perjalanan Pagi Ini

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Itulah yang diimpikan bagi setiap insan walaupun ada masa-masanya sesekali tergelincir dari landasan hidup. Kemudian kalut membetulkan kembali keadaan seperti sediakala.

Perjalanan pagi ini agak tenang berbanding semalam. Semalam, agak kalut kemudian ditambahkan dengan kesesakan jalan menjadikan perjalanan aku bersama anak-anak dari rumah ke sekolah sedikit terganggu. Sampai sekolah pun lambat. Agak stress semalam.

Hari ini jam 7.05 pagi sudah tiba di perkarangan sekolah. Parkirkan kereta kemudian beriringan bersama anak-anak masuk ke sekolah. Hantar si sulung hingga dia hilang dari pandangan mata masuk ke dalam dewan. Usai menghantar si sulung, hantar si adik pula.

Begitulah pekerjaan hakiki menghantar anak-anak ke sekolah setiap pagi. Berkejar-kejar menghantar anak-anak kemudian bergegas pula ke pejabat. Begitulah rutin harian ibu tinggal! 

Salam pena,








No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..