Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat petang semua. Tengahari ini bersantai di pejabat. Sempat melelapkan mata memandangkan hari ini berpuasa. Sudah mulakan untuk mengganti puasa. Jadi dapatlah merehatkan diri dalam masa satu jam. Badan terasa letih sangat ke hulu ke hilir. Maklumlah sekarang semuanya ke buat sendiri. bila asben balik hujung minggu barulah dapat bersantai-santai.
Ini kisah rabu lepas aku dan geng makan tengahari agak jauh dari lokasi pejabat. Sanggup meredah jalan untuk ke area bandar. Memang mengambil masa jugak tapi memandangkan promosinya berakhir hari yang kita orang pergi maka digighnya juga diri masing-masing. Promosi masa tu RM11 seorang.
Selamat tiba di Api Api tepat jam 1.00 tengahari.
Mulalah sesi membakar.
Sempena meraikan hari ulangtahun si Myra Mokhtar yang jatuh pada 3 Oktober 2015.
Yang ini pun namanya Amira jugak. Jadi hari itu aku makan bersama dua orang Amira. Baru sebulan lebih pindah kat jabatan kita orang.
Nikmatnya. Dua kali tambah sampai senak perut. Makan tak ingat duani betul namanya.
Akhir sekali selesai makan. Kena up lagi gambar mak-mak orang ni. Ini gambar dari ipad si Myra Mokhtar. Licin sekali kita orang makan. Alhamdulillah. Lain kali boleh pergi lagi untuk makan tengahari bila ada promosi. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
pilihan kat api2 banyakkan fyda....lama lak x gi sini...
ReplyDelete