Wednesday, October 7, 2015

Nasi Ayam Bonda

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat malam semua. Baru berkesempatan untuk menulis di blog ini. Kesibukan sentiasa menjadi penghalang namun masih lagi tidak ditinggalkan terus untuk menulis. Bila sudah menjadi minat dan salah satu harus diteruskan. Jangan buat separuh jalan.

Tengahari tadi aku makan tengahari jauh sedikit dari bangunan pejabat. Menukar selera dan sudah tentu misi untuk berjimat cermat semalam dan hari ini sudah ke laut. Tak sempat nak siapkan bekalan sekarang ini. Sangat sedih untuk bahagian yang ini.

Jadi hari ini aku ikut cc Mira ke Kedai Nasi Ayam Bonda di MITC Ayer Keroh. Katanya nasi ayam di situ sedap. Keluar dari pejabat alam 12.45 tengahari dan terus menuju ke kedai itu. Sekarang ni perut aku kerap lapar. Entahlah kenapa. Orang sepatutnya suami jauh tak selera nak makan tapi selera aku menjadi-jadi. Hehehe...

Inilah rupa nasi ayam bonda yang sedap. Licin aku makan semuanya. Harga sepinggan nasi ayam biasa adalah RM6.90 dan minum bersama limau suam. Sejak kuat makan aku kerap minum air limau, konon nak menjaga badan. Hehehe...Macam-macam peel. Baiklah, esok cadangnya mahu berpuasa. Harap-harap ada semangat untuk permulaan. Nak mula sesuatu memang payah!

Okeylah, mahu tidurkan anak-anak. Esok sekolah, kemudian jumaat kami warga Melaka bercuti sempena hari ulangtahun TYT. Gitulah..Tengoklah kalau rajin adalah lagi entri daripada aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..