Tuesday, July 30, 2013

~Port Menarik~

Assalamualaikum....

Selamat petang semua.  Saja nak share port menarik yang menjadi rebutan cucu-cucu mak dan ayah aku.  Sorang duduk, dua lagi pun nak menempel.  Banyak lagi kut sofa kat umah nenek tu.  Kerusi pun asa tapi situ jugak yang menjadi feveret.

Terbaik punya landing.

Masing-masing dengan botol susu.

Adriana, ammar dan nayli.  

Sekian entri pendek petang ni.

Publish!!

~Hadiah Giveaway Sudah Dipos~

Assalamualaikum...

Selamat pagi kembali.  Pagi ni tenang je rasanya.  Mood beraya aku?Entahlah macam tak muncul-muncul je.  Dengar lagu raya tapi seperti tidak berperasaan.  Perasaan ni lebih kelain sebenarnya.  Hati lebih kepada kerisauan.  Ermmm semoga apa yang dirisaukan akan berkhir secepat mungkin.

Hadiah giveaway telah pun diposkan minggu lepas.  Harap peserta-peserta GA aku sudah pun menerimanya.  Sorry lambat pos sebab terlalu banyak kekangannya.  Sekali lagi terima kasih pada semua peserta dan sponsor-sponsor.  Kalau ada yang terkurang sepang GA dijalankan harap dimaafkan.

Sekian.

~1 Hari 1 Resepi~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Minggu depan dah raya kan?Pagi ni nak share salah satu koleksi buku resepiku.  Ini buku resepi yang paling mahal kut aku beli.  Selalunya buku resepi aku anik dari rumah mak aku.  Mak aku selalu kata lama-lama buku dia pun habis.  Huhuhu...Aku suka tengok tapi nak try masak tidakler.  Yang simple-simple adalah aku ikut.

Inilah buku resepi '1 Hari 1 Resepi' yang aku beli beberapa bulan yang lepas.  Dah lama ada kat draft.  Pagi ni baru datang ilham nak menulis.

Menarik-menarik resepi dalamnya.

Inilah chefnya.  Chef Hanieliza.

Harga buku ni RM39.90  Berbaloilah sebab banyak resepi dalamnya.  Tinggal rajin dengan tak je aku ni.  Huhuhu...Sekian dulu...







                                                                                                                  

~Nak Minta Tolong 'LIKE' Gambar~

STICKY MODE
(normal entry sila scroll ke bwh ye) 
sehingga 30 July 2013

Assalamualaikum...

Hari ni nak minta jasa baik kepada kengkawan atau sesiapa sahaja yang singgah di sini, mintak korang tolong 'LIKE' gambar di bawah ini.  Aku ada join Giveaway dari blog Koleksi 1001 Resepi.
So, entry aku ada tersenarai di SINI dan SINI.

Klik link di bawah untuk 'LIKE'
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151629951020889&set=a.266194190888.140972.264017345888&type=1&theater

Pada sesiapa yang sudah 'LIKE' gambar tersebut, ribuan terima kasih diucapkan.  Jasa baik kalian amat dihargai.  Sehingga selasa ni sahaja boleh 'LIKE' gambar.  Terima kasih!!






                                                                                                                      

Monday, July 29, 2013

~Hasil Pertama Dan Kedua Untuk Raya~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Lagi 45 minit mahu pulang.  Take 5 jap.  Fikiran dah stress dengan bermacam-macam benda.  Lately ni, memang stress yang amat.  Tak tahulah kenapa.  Silap hari bulan rasa nak melenteng je.  Sabar, sabar bulan puasa ni.

Entri petang ni nak berkongsi persiapan raya.  Tak adalah persiapan bagai pun.  Tahun ni tak ada pakaian sedondon pun.  Asben dan ammar tak buat baju melayu pun.  Pakai tahun lepas punya.  Okey, nak cerita hasil pertama dan kedua aku.  Kuih raya hasil daripadaku sendiri.  Gigih membuat seorang diri sambil menjadi ala-ala tarzan dengan nana dan ammar. 

Dapatlah dua jenis kuih aku buat.  Ada lagi terasa nak buat kuih lain.  Tengah mencari masa yang sesuai.  Tahun ni bersemangat sikit nak buat kuih raya yang lain sikit.  Jom tengok kuih apa yang aku dah buat.

Kuih raya yang pertama adalah biskut semperit.  Ini first time aku buat.  teringin benor nak makan semperit.  Itu yang gigih membuatnya.  Adriana tolong tabur manik warna-warni tu.

Kuih raya yang kedua biskut sarang semut.  Aku buat sabtu lepas.  Jenuhlah aku menyagat sorang-sorang dan akhirnya siap jugak.  Buat dua adunan sekali.  Lepaslah untuk rumah sendiri, rumah mak dan rumah mil.  Nak buat biskut cornflakes madu plak.  Harap-harap ada masalah.  Tungguuu jelah samada sempat atau tak.






                                                                                                         

~Resepi : Biskut Coklat Chips~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Sudah isnin kembali.  Masa begitu pantas sekali dan pejam celik dah raya.  Mesti masing-masing ada yang sibuk membuat kuih raya.  Aku juga tidak ketinggalan.  adalah buat beberapa jenis kuih yang simple-simple aku buat.

Pagi ni just nak share resepi memandangkan bff aku di Perak minta resepi biskut ni.  So aku sharekan di sini untuk tatapan semua termasuklah bff aku itu. :D

RESEPI BISKUT COKLAT CHIPS (untuk 2 adunan)

Bahan-bahannya:

10oz gula halus
2 buku butter
4 biji telur
300 gram kacang badam
2 cawan milo
1 kotak tepung naik sendiri
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu bicarbonate
400 gram coklat chips

Cara-caranya :
Pukul telur, butter dan gula hingga kembang.
Campur badam, milo, tepung, coklat chips dan gaul hingga sebati.
Simpan adunan tadi di dalam peti sejuk beberapa minit, apabila agak keras bentuk bulat-bulat dan dileperkan.
Bakar hingga masak.

Nota>>>Cream of tartar dan bicarbonate dicampur pada tepung kemudian ayak.


Inilah rupa adunan setelah dicampur kesemua bahan-bahannya.

Bentuk bulat-bulat.

Letak di atas dulang untuk dibakar.

Leperkan sebelum dibakar.

Inilah hasilnya setelah dibakar.  Sekian dulu.  Bolehlah cuba pada sesiapa yang berminat untuk mencubanya.  Tahun ni tak tahulah aku sempat ataupun tidak untuk membuatnya.  Ini semua gambar-gambar tahun lepas.







                                                                                                                    

Saturday, July 27, 2013

~Projek Untuk Hari Ini~

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...Semalam tiada mood untuk menulis di blog.  Siang tadi aku busy di dapur.  Menyiapkan projek untuk hari ini iaitu membuat kuih raya yang kedua.  Malam ni barulah berkesempatan mahu menjengah blog kesayanganku.  Apa-apa pun mesti nak update.

Siang tadi sibuk di opis kecilku yang berwarna merah.  Gambar ni gambar lama sebenarnya.  Sekarang dah masuk opis keduaku jugak yang berwarna merah.  Di sinilah tempat inspirasi dan menghilangkan stress dalam diri.  Okey, apa yang aku merapu malam-malam ni.  Nanti aku cerita kuih apa yang aku berposak buat seorang diri.  Fuh!!Lap peluh di dahi...

Sekian dulu.  Cadang mahu buat sejenis kuih lagi malam ni tapi mata kian memberat.  Golek-golek dulu kang sahur boleh buat kut.  InshaAllah...Bersambung lagi..









                                                                                                                      

Thursday, July 25, 2013

~Juadah Yang Disediakan Suami~

Assalamulaikum....

Hari ni tak tahu kenapa mood tak berkunjung tiba.  Sebab gajikah?ada kaitan tak?huhuhu. Ok terus kepada tajuk.  Dua hari lepas laki den yang masak untuk berbuka memandangkan aku balik kerja amik anak-anak dulu.  

Aku ok je.  Ingatkan nak beli tapi asben aku dah masak kan.  Alhamdulillah dan terima kasih.  Hari tu offdaynya.  Itu yang dia ke dapur.  Jom tengok apa yang dimasak.

Inilah juadah hari tu.  popia goreng dengan roti jala aku beli.

Inilah yang asben aku masak.  Satu untuk dia dan satu untukku.

Ini pula untuk anak-anak.  Tak pedas.  Sekian sahaja ceritanya.

Publish!!

~Lagi Signage Di Rumah~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.^___^ Semoga hari ini semua baik-baik belaka.  Nak cerita lagi mengenai signage yang aku beli.  Semalam ada diceritakan di entri INI.  Kali ni aku ceritakan lagi kerana signage-signage di entri ini dibeli pada orang lain pula.  Kakak ni duduk di Melaka sahaja.

Aku kenal kakak ni melalui fb.  Ini FB kakak tu yang aku panggil Kak Jun.  Berpuas hatilah dengan hasil tangannya.  Sesiapa yang berminat bolelah menghubunginya.  Pada Kak Ayu yang bertanyakan mengenai signage tu, saya ada letakkan link untuk akak buat rujukan ye.  Jom tengok koleksi signage yang aku tempah daripada Kak Jun.

Dilukis di atas tikar.

Ini diletakkan di ruang tamu.

Signage ni yang pertama sekali aku tempah daripada Kak Jun.

Mesti nak pink-pink.

Ini aku letak kat toilet belakang.

Ini kat dalam mester bedroom.  Itu jelah signage-signage yang aku tempah.  Sesiapa berminat bolehlah ke link-link ini.

http://jija-craft.blogspot.com/
https://www.facebook.com/junaina.sagap?fref=ts







                                                                                                       

~Alhamdulillah, Gaji Dan Lima Ratus~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia dan juga silent reader...^____^

Wah, panjang sungguh pembaca bicara pagi ini.  Hari ini hati berbunga-bunga sedikit.  Tidaklah banyak mana pun bunga di hati ini.  Sebab banyak benda yang mahu disalurkan.  Tapi masih bersyukur dengan pemberian dan rezeki daripadaNya.

Alhamdulillah, hari ini pasti semua penjawat awam tersenyum kerana hari gaji. Bolehlah buat persiapan raya sikit.  Yang pasti banyak perkara yang perlu disettlekan seperti biasa setiap bulan.

Seperkara lagi yang membuatkan hati ini sedikit lega atas perkhabaran gembira yang telah diumumkan oleh PM malam tadi.  Aku tak tengok berita cuma dapat whatsapp daripada Kak Nisah tentang berita gembira ini.  Syukur!Alhamdulillah.  Bolehlah tampung perbelanjaan untuk raya nanti.  Apa-apa pun peringatan untuk diri sendiri, berbelanjalah secara berhemah.  InshaAllah..







                                                                                                                     

Wednesday, July 24, 2013

~Signage Di Rumah~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...Makin menjelang balik mata ni dok mengantuk walaupun sudah ke hulu ke hilir  buat kerja photostat, faks surat dan bermacam-macam tapi still jugak menguap.  Adoi..Mata oh mata.  Rehat tadi sempat juga melelapkan mata.

Entri petang ni untuk hilangkan mengantuk.  Sebenarnya dah lama aku beli signage-signage ni.  Saje jadi penghias di rumahku.  Aku beli secara online di SINI.

Signage ni digantung di luar.

Ini pula di dapur.

Yang ini digantung di area mesin basuh.  Ada lagi yang aku beli tapi secara offline pula.  Nanti aku sharekan di sini ye..

Sekian.






                                                                                                        

~Wordless Wednesday - Aksi NanAmmar~

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera...^___^

Selamat pagi rabu semua!!Ini gambar anak-anak saya.  Pictures ni dapat daripada adik saya.  Ok, wordless kan.  So ini sahaja yang dapat ditulis pagi ini.








                                                                                                          

Tuesday, July 23, 2013

~Resepi Puding Roti~

Assalamualaikum dan selamat petang....^____^

Lagi beberapa minit mahu pulang.  Seperti yang dijanjikan aku sharekan resepi puding roti yang aku buat sabtu lepas.  Aku google je resepi ni dan dah tentu-tentu blog masakan yang selalu menjadi blog rujukan aku adalah blog INI.  Memang setiap kali aku akan menjadi sumber rujukan untukku selain buku resepi.

Okey, mari kita tengok.

Inilah rupa puding roti yang telah siap dipotong.  Tak sempat snap yang lain.  Biasalah kelam kabut nak berbuka.  Lain kalilah ye.  Mari kita tengok pula bahan-bahan dan cara-caranya.  Kalau nak try dipersilakan.


PUDING ROTI
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (cm guna susu segar)*
1 biji telur gread A*
1 camca besar gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega


BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-)
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)


  1. UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :- Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti, kemaskan. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap.
  2. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.
  3. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok secukupnya pudding ke dalam piring sesuai. Tuang sos kastard atasnya dan hidangkan segera.. 
Sekian...Selamat mencuba!!!







                                                                                                          

~Dari Dapurku Lagi~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...Kita sudah berada di hari yang keempatbelas dalam bulan Ramadhan.   Tengahari ni aku nak bercerita sedikit mengenai 11 Ramadhan yang lalu iaitu hari sabtu lepas.  Memandangkan waktu cuti memang giliran aku memasak dan menjengah muka ke dapur setelah lima hari mencari lauk di bazzar dan adakala mencari lauk di rumah mak.  Itulah rutin harian sepanjang lima hari bekerja.

So, inilah hasil masakan saya yang tidak seberapa sabtu lepas.  Bukan tujuan mahu menunjuk atau membuat anda terliur tetapi sekadar berkongsi dan menjadi tatapan buat diri sendiri.  Itu sahaja.  Mari kita tengok.


Lauk pauk yang sudah terhidang.

Aku masak sup ayam untuk anak-anak.

Asam pedas daging

Kacang botor goreng cili

Saya punya tester yang tak makan pedas.  Sup ayam memang dibuat untuknya.  Ammar hentam je tapi tak amalkan dia makan pedas-pedas sangat.  Kecik lagikan.

Terajin pulak nak buat puding roti.  Sedap gak..  First time aku buat puding roti ni.  Alhamdulillah, habis.

Kalau habis makna sedap kut.  hihihi..Sekian sahaja entri tengahari ini.  Nanti aku kongsikan resepi puding roti.