Thursday, July 25, 2013

~Alhamdulillah, Gaji Dan Lima Ratus~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia dan juga silent reader...^____^

Wah, panjang sungguh pembaca bicara pagi ini.  Hari ini hati berbunga-bunga sedikit.  Tidaklah banyak mana pun bunga di hati ini.  Sebab banyak benda yang mahu disalurkan.  Tapi masih bersyukur dengan pemberian dan rezeki daripadaNya.

Alhamdulillah, hari ini pasti semua penjawat awam tersenyum kerana hari gaji. Bolehlah buat persiapan raya sikit.  Yang pasti banyak perkara yang perlu disettlekan seperti biasa setiap bulan.

Seperkara lagi yang membuatkan hati ini sedikit lega atas perkhabaran gembira yang telah diumumkan oleh PM malam tadi.  Aku tak tengok berita cuma dapat whatsapp daripada Kak Nisah tentang berita gembira ini.  Syukur!Alhamdulillah.  Bolehlah tampung perbelanjaan untuk raya nanti.  Apa-apa pun peringatan untuk diri sendiri, berbelanjalah secara berhemah.  InshaAllah..







                                                                                                                     

3 comments:

  1. syukur kan..fyzz n somi dua2 penjawat awam leh la cover perbelanjaan raya nnti....:))

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, rezeki.. untungler.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..