Monday, December 24, 2012

~Antara Wishlist Yang Belum Terlaksana~

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari jea lagi tahun 2012 akan meninggalkan kita dan tahun baru 2013 akan menjelma.  Kalau ikutkan kalendar Islam, tahun baru sudah lama bermula.  Aku bersyukur sangat tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan yang manis buat aku dan asben.  Nanti aku ceritakan antara kenangan-kenangan untuk 2012 ini.

Tahun 2013 nanti, umurku jugak akan meningkat ke satu siri yang baru.  Cuba teka?Heee...Terasa diri ini sudah tua.  Huahuahua..Apa-apa pun jiwa tetap muda.  Untuk tahun 2013, banyak juga target atau wishlist yang aku mahu laksanakan jika mendapat keizinan daripadaNya.  Semoga dapat disempurnakan secara berperingkat.

Untuk ahli keluarga, masih belum ada perancangan untuk menambah ahli.  Tapi jika sudah diberi rezeki olehNya, aku terima dengan hati terbuka.

Antara wishlist yang aku nak laksanakan untuk tahun 2013 adalah :

1)  Aku nak tile dekat porch kereta.  Ini memang antara wishlist yang paling besar untuk ditunaikan.  Memang aku tak sabar nak pasang tiling.  Sedap sikit kaki nie kalau nak memijak lantai bila ada tiling.  Bersyukur dengan apa yang ada yea.  Cuma nak mencantikkan rumah.  Jika ada fulus baru boleh laksanakan.

2)  Wishlist kedua aku pulak, adalah...jeng jeng...Nampak tak gambar?Aku nak tukar kereta yang dalam gambar nie.  Heeeee..Taklah aku nak tukar gate yang ini kepada auto gate.  Bertukarlah kamu gate kepada auto gate.  Tak payah nak turun bukak gate.  Pemalas kan.

Mohon pinjam gambar.  Aku google jea.  Nak pagar lebih kurang macam nielah.  Wah besarnya hajat di hati.  Apa-apa pun ukur baju di badan sendiri.  Jika mampu dan punya wang terlaksanalah wishlist ini.

3)  Nak ada kamera seperti ini.  Ini memang dah lama diidamkan tapi masih belum mampu untuk memilikinya.  Bolehlah berphotoshoot selalu kalau ada DSLR ini.  Harap-harap dapatlah memilikinya suatu hari nanti.  Tak dapat jenama nie pun tak apalah.  Janji DSLR. :D  Kena masuk contest yang hadiahnya DSLR.  Mana tahu boleh dapat kan macam dapat Ipad dari Dutch Lady tempohari.

4)  Teringin nak ke sini iaitu Universal Studios Singapore (USS).  Tak tahu apa yang ada di USS.  Selalu baca di blog-blog kawan-kawan sahaja mengenai USS nie.  Harap-harap aku sampailah di USS bersama 3A aku tue nanti.

5)  Wishlist aku yang kelima adalah untuk menaiki kapal terbang!!Fly..fly..Bukan aku tak pernah menaiki pengangkutan ini tapi aku teringin nak bawak anak-anak aku pergi bercuti dengan menaiki kapal terbang.  Bercuti ke Langkawi ke, Sabah ke.  Tak kisahlah.  Ada rezeki nanti kita naik yea anak-anak.

6) Aku nak pasang penapis air jenama Elken.  Boleh tahan juga harganya.  Buat sementara ini aku hanya memakai penapis air yang biasa saja.

 7) Dua buah tempat yang aku teringin nak bawak anak-anak aku.  Tunggu ammar besar sikit.  Aku nak bawak mereka ke Legoland dan juga Kidzania.  Mesti best.


8)  Aku dan asben nak cat rumah.  Nak cat bilik utama dan ruang tamu dulu.  Harap-harap dapatlah cat rumah sebelum raya.  Hah..Belum apa-apa dah ingat raya.  Inikan namanya perancangan.


Itu sahajalah wishlist aku yang masih dalam perancangan.  Harap-harap dapatlah dilaksanakan antara salah satu.  Wishlist ini akan terlaksana jika kehendak melebihi keperluan dan jika kedudukan kewangan mengizinkan untuk menunaikan wishlist ini.  Bak kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri.'  Ini hanya perancangan dan angan-angan daripadaku.  Mungkin daripada angan-angan menjadi kenyataan.. Amin...








                                                                                                                    

3 comments:

  1. takpe kak....angan2 bukan kena bayar pun dan dari angan-angan tu akan menjadi kenyataan....amin....

    ReplyDelete
  2. seronok pulak tgk wishlist tu... mcm2 ada. izan pun teringin nak dslr tu... meh kita penuhkan tabung ayam sama2!

    ReplyDelete
  3. sy pun nak ke legoland tahun depan huu..macam best je kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..