Assalamualaikum dan selamat petang..^-^
Petang nie
saja nak mengisi masa lapang dengan menulis entry ini. Saja
tengok-tengok balik koleksi gambar kek-kek yang dihasilkan oleh aku
sendiri. Aku mula meminati baking apabila aku berhasrat untuk
membuatkan kek birthday untuk anak-anak aku. Walaupun kek yang aku
hasilkan tidak setanding seperti di kedai tapi aku amat berpuas hati
bila dapat membuatkan untuk anak-anak aku.
Selepas itu
aku terus membaking. Ada masa untuk makan-makan di rumah dan ada masa
aku baking untuk kawan-kawan. Aku harap mereka berpuas hati sebab aku
bukanlah seorang yang profesional. Aku hanya belajar sendiri dan
adakalanya aku bertanyakan kepada mak aku.
Jom tengok gambar-gambar kek yang aku hasilkan daripada air tanganku sendiri. Tadaa..
Cotton japanese cheese cake yang diorder oleh opismate aku Kak Ela.
Ini pula kek coklat yang diorder oleh Zila.
Kek cotton japanese cheese lagi untuk sambutan birthday di opis.
Butter cake yang diorder oleh Kak Zu.
Oreo cheesecake yang diorder oleh kawan adik ipar aku.
Chistart dan aku dah lupa siapa yang order.
Oreo cheesecake lagi.
Kek coklat yang diorder oleh Kak Zu lagi.
Kek coklat lagi yang diorder oleh cikgu tadika adriana.
Kek coklat yang diorder oleh Kak Nisah.
Kek Coklat lapis cheese yang diorder oleh seorang kenalan blogger iaitu Izan.
Kek coklat versi upin ipin yang diorder daripada kawanku.
Akhir sekali red velvet cupcake yang diorder daripada Kak Zu lagi. Thanks kak kerana banyak memberi sokongan pada saya. :D
Inilah
antara kek-kek hasil daripada aku. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada aku. Cewahhhh. Sekarang masa aku sangat terhad.
Jika ada masa terluang barulah aku boleh baking!!I love baking!!
tahun depan akan ada lagi order dari akk...insyaallah..tapi mana foto cheesetart akk yg bernombor tu????
ReplyDeleteassalamualaikum..klu ade resipi kek yg dibuat besnye...hehe
ReplyDelete