Monday, December 24, 2012

~Aktiviti Kami Semalam~

Hai..hai..hai..

Kembali lagi untuk menulis di blog picisan ini.  Ada yang membaca tak?Pada sesiapa yang selalu singgah di blog yang tak seberapa ini, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Oklah berbalik kepada tajuk di atas sebelum aku menyimpang terlalu jauh, nak cerita aktiviti aku dan 3A aku semalam.  Paginya asben balik rumah dari kerja malam.  Kena qadaq tidur dulu.  Aku pun tidur jugak.  Heeee.  Buruk perangai kan.  Malam tue aku tak boleh nak lelap mata.  Itu yang mata tak boleh nak bukak paginya.

Pukul 11 pagi, siap-siap sebab asben ajak keluar.  Nak beli barang sekolah adriana, nak beli barang rumah dan macam-macam hal.  Semuanya melibatkan fulus.  Duit ibarat air.  Cepat jea alirannya.  Tahu-tahu tinggal sekeping.  Lepas tue garu kepala.  Heee...Kalau kita dah bajet, mungkin kita tidak akan lari bajet untuk bulan ini.

Pegi Tesco.  Beli pampers, susu dan macam-macam.  Ammar duduk diam jea lagi masa nie.

Kemudian ke food court di Tesco sebab tekak aku teringin bebenor nak makan sizzling.  Aku order dulu sementara asben jaga anak-anak.

Masa dengan asben ammar ok lagi.  Duduk diam jea dan makan.

Asben aku pun order sizzling tapi dia order yee mee.

Order sampingan untuk anak-anak.  Ini order kedua sebab masa aku order tue dia orang dah habiskan.  Aku belum habis makan nanammar dah habis dulu.  Ammar dah mengamuk.  Nak makan sendiri.  Kena order lagi.

Aku dan anak-anak.  Makan time!!!

Tengok ammar tue.

Lepas makan, bawak nanammar main nie pulak.  Oleh sebab syiling 50 sen ada satu so kongsi jealah naik mainan nie.  Kemudian sempat ke Mydin cari barang lagi.  Ingatnya nak ke jusco tapi asben kena keje lagi ganti orang.  So hari nie barulah nak pegi dan nak melawat biras aku di hospital.

So and so, till then..








                                                                                                                  

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..