Thursday, June 28, 2012

~Pergi Buat Selamanya~

Salam...

Rabu lepas bertarikh 20 Jun 2012, pakcik aku telah pulang ke rahmatullah dan kami semua telah kehilangannya buat selamanya.  Beliau meninggal di hospital besar melaka.

"begitulah janji tuhan apabila sampai masa kita tidak akan cepat atau lambat walau sesaat pun maka kita akan meninggalkan segala nikmat di dunia ini untuk kembali kepada pencipta kita...."

26 Jun 2012 genap seminggu sudah pemergiannya.  Hanya doa yang mampu kami kirimkan.

Gambar dari FB Kakak Sedara

Gambar-gambar di bawah adalah gambar yang ada di dalam koleksi aku.  Hanya ini kenangan yang ada.  Tahun lepas dapat juga kami berbuka puasa beramai-ramai di rumah aku.  Ceritanya ada di SINI.

Semoga roh pakcik aku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.  Amin...  Al-fatihah...





                                                                                                     

~Aeon Member Day!!!~

Today is the day!!!!Jcard Day!!!Dulu kalau dengar ada Jcard mesti teruja nak pegi. Oh yea sekarang sudah dipanggil Aeon tapi still jugak nak sebut Jusco.  Sudah terbiasa dengan sebutan itu.  Kalau dulu ada Jcard day nie akulah orang yang paling excited sebab apa???Aku suka shopping.  Nak-nak kalau time jcard kan murah-murah.  Less sampai 70%.L  ess yang sangat best!!!Selalu pi jcard pun dok nak membeli baju anak-anak aje.

Sekarang tidak lagi.  Kena banyak berjimat.  Dengar Jcard pun macam angin lalu.  Hukhukhuk...Keterujaan itu berlalu bersama-sama angin itu..Hehehe..Ada gak kengkawan aku yang sampai cuti untuk ke Jcard yea.  Aku aje yang masih setia di office.  Duit yang ada nak simpan ke KL sabtu nie.  Jadinya haruslah pejamkan mata.  Oh balik nie ke lalu depan jusco.  Mesti ramai giler orang.  Kalau pegi nak beli satu barang boleh jadi banyak barang.  Jadi unutk mengawal situasi itu supaya tidak berlaku adalah lebih baik aku tidak menjejakkan kaki langsung ke sana. :D

Oklah..nak out dulu..Lunch mahu ke mydin aje.  Orang lain sibuk ke Jcard aku hanya ke Mydin.  Hehehe...Lepas tue dok diam-diam di office, pukul 4.30 kang balik rumah terus amik anak-anak.  Kesimpulanya tak adalah aku nie ke jusco.  Kalau pegi kang mesti lupa diri.  Huahuahua...Sekian..Mahu ke mydin aje....





                                                                                                                    


Wednesday, June 27, 2012

~Kenduri Di Rumah Jiran~

Ini cerita minggu lepas lagi..Cerita untuk hari khamis lepas bertarikh 21 Jun 2012.  Entry sebelum nie cerita hari jumaat dulu.  Ini barulah nak cerita hari khamis.  Terbalik kot.  Ini jiran rumah mak aku.  Sebab kami sudah dijemput aku dan asben pun datang untuk memenuhi undangan.

Lagi pun malam tue tak ada apa-apa program bolehlah datang.  Lepas maghrib keluar rumah sebab rumah jiran mak aku buat kenduri lepas solat isyak.  Maklumlah nak puasa ramai buat kenduri nak sambut puasa.  Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku amik.

Adriana berbaju tidur jea sebab mamanya malas nak tukar baju lain.

Anak-anak bersama bibiknya.

Inilah antara makanan yang terhidang.  Nyum nyum nyum...

Ammar yang keboringan.

Siap nak suap bibiknya makanan.

Aku bergambar bersama dengan adik ipar, nayli dan juga ammar di belakang itu.  Dia buat hal sendiri.  Gambar ini disnap oleh anak daraku.  Hikhikhik..Nasib tak bergegar gambar.

Me with mom.  Gambar nie pun adriana yang snap.  Oklah sikit.  Hari tue dia jadi photoG untuk kami.  Aku berjubah hitam yang dibeli oleh mak aku masa mak mengerjakan haji tahun 2009.  Sekian.









                                                                                                                   

Tuesday, June 26, 2012

~Already Received My Ipad~

Jeng..jeng..jeng...I've received my ipad yesterday from Dutch Lady.  Pernah di ceritakan entry kemenangan itu di SINI dan hari ini ipad itu sudah berada di tanganku.  Alhamdulillah dan bersyukur kerana mendapat ipad itu.  Nak beli entah zaman bila.  Itu yang merajinkan diri untuk join mana-mana contest yang best hadiah-hadiahnya.  Untung nasib dapat mana kita tau.

Semalam petang masa amik anak-anak kat rumah mak aku tetibe sorang kenalan aku yang menang ipad mesej aku.  "Saya dah dapat".  Oh sangat teruja.  Aku kata aku belum dapat lagi.  Hanya dari menang ipad bersama kami kini menjadi kawan.  Belum bersua muka aje.

Tak puas hati aku call asben aku di rumah ada tak apa-apa untuk aku.  Asben kata ada dari citylink.  Datang keterujaan aku di situ.  Terus berdesup balik.  Tapi masih memandu berhati yea maklumlah pemandu amaturlah katakan.  Huahuahua...

Inilah memo yang ditinggalkan dari citylink.  Hari pun dah petang memang kena amik hari ini sepatutnya.  Entah macam mana dalam pukul 6.45 petang asben kata cuba call ofis dia mana tau tak tutup.  Aku call tak berjawab.  Lepas tue malas dah.  Tapi aku dah pesan kat asben kalo dia amik hari nie jangan bukak dulu.  Tunggu aku.  Itu yea pesanan penaja.  Hahahaha...Excitedlah katakan.  Asben try call sekali tue ada orang jawab.  Dia kata bahagian operasi masih bukak.  Apa lagi berdesup sekali lagi.  Kali nie asben drive.  Kalo aku drive gamaknya officenya pun dah tutup.  Hahaha....

Dan inilah parcel yang aku dapat semalam.  Sampai rumah tak terus bukak simpan dulu.  Sembahyang dulu, masak nasi sebab nak cepat nasi aku tak masak, makan dan barulah bersantai-santai dan bukak parcel ini.

Tadaaa....Posisi gambar ini asben suruh snap.  

Inilah kotaknya.  Cantik tak kotak ipad tue ada sinaran lampu rumah aku. :D

Inilah rupa ipad yang aku terima daripada Dutch Lady.  Terima kasih kepada Dutch Lady.

Gambar dari belakang.

Surat yang aku terima daripada Dutch Lady.  Ucapan terima kasih kerana menyertai.

Dan satu lagi surat untuk penerimaan ipad.

Alhamdulillah...Itulah kata-kata yang kawan aku cakap suruh aku bersyukur dengan hadiah ini.  Aku ingat dan thanks kepada kawan aku itu.  Dari sini permulaan perkenalan kita.

Entry ini bukan untuk menunjuk atau sebagainya tetapi untuk memberi semangat kepada diri sendiri.  Kalau ada rezeki tak ke mana.  Nak jugak bagi semangat pada kawan-kawan yang lain untuk join contest.  Bersemangat tak korang bila baca entry ini??Chaiyok chaiyok chaiyok...

Note>>Kalau ada tahu mana-mana contest jomlah share...





                                                                                                                     


~@McD - Lunch With Officemate Again!!!~

Pagi nie nak tunjuk lagi gambar lunch date bersama teman-teman sekerjaku.  Ceritanya untuk jumaat lepas.  Biasalah hari jumaat jea yang boleh lunch jauh sikit dari luar kawasan, boleh makan dengan tenang sebab lunch hour lama kan.  So, jumaat lepas kami bertiga aku, Kak Nisah dan Kak Rehan ke McD untuk lunch hari tue.

Kami makan di McD kat Jusco lama.  Aku pun dah lama teringin nak makan McD.  Terbayang-bayang burgernya.  Tekak kalah macam tekak orang mengandung.  Tapi aku bukan mengandung yea. :D  Bila Kak Rehan ajak makan apalagi aku tak nakler menolak.  Rezeki jangan ditolak orang dah nak bawak baik ikut.

Inilah makanan kami.  Aku order double cheese burger.

Inilah Kak Rehan yang sedang menikmati Mc Chicken.

Dan seperti biasa bergambar dengan Kak Nisah.  Ini wajib ada nie.  Bak kata Kak Nisah gambar dia banyak kat blog aku.  Hehehe..






                                                                                                                     

Monday, June 25, 2012

~M.O.N.D.A.Y~









Hari lemau!!!!Sebab apa hari MONDAY!!!!huhuhu...







                                                                                                                       

Friday, June 22, 2012

~Kad Buat Papa~

Kad buat papa sempena father's day.  Khas daripada adriana untuk papanya.  Ada 2 kad yang adriana bagi pada papanya.  Satu kad yang adriana buat sendiri di tadikanya dan satu lagi mama yang beli.  Aku belikan dan suruh adriana tulis pada kad.  Itu jea yang mampu.

Jom tengok kad khas untuk mr.papa.

Tiga keping gambar di atas adalah kad yang adriana buat sendri di tadika.

Dan 3 keping lagi kad yang beli di shopping mall.  Ini kad ammar baru join sekali.





                                                                                                                   

~Last Weekend Story~

Sudah masuk weekend yang lain barulah nak update cerita weekend minggu lepas.  Sebab tak nak gambar-gambar yang ada dibiarkan saje maka aku abadikan juga di blog aku ini.  Kalau nak cuci gambar-gambar yang ada memang taklah kan.  Paling tidak pun simpan kat laptop.  Bila nak bukaklah satu-persatu folder yang ada.  Mata pun naik juling.  Hehehe

Cerita weekend lepas bermula dengan hari sabtu.  Siangnya aku macam biasa tak kemana-mana.  Hanya bersantai-santai di rumah bersama anak-anak.  Macam biasa asben aku keje.  Malamnya baru cadang nak keluar ke Jusco.  Memang tak ada tempat lain.  Jusco jusco dan jusco.  Nak beli puting.  Sebelum kuar call mak aku.  Mak aku kata 'long, mak nak ikutlah.'  Aku pun suruh mak aku siap.  Lepas maghrib kita orang kuar dari rumah.

Ini masa dekat Jusco.  Sedang menanti papa membelek sesuatu di dalam kedai.

Keluar-keluar kedai snap gambar kita orang.  Nampak nau aku jea yang 'ss' pandang kamera.  Yang lain tak pandang pun.

Dari jusco kami cadang nak makan dulu.  Aku macam biasalah kalau tahu nak keluar malam tak masak pun kat rumah.  Hehehe..Mula-mula nak makan roti nan tapi big bos kata nak makan KFC.  Layankan aje.

Ammar dan makanan tidak dapat dipisahkan...Hehehe..Dapat makanan diam jea..

Inilah hidangan untuk aku.  Banyak tak aku makan??Kuat makan!!!!

Cerita hari ahad pulak, aku menghadiri kenduri kawin kawan sekolah aku di Taman Peringgit Jaya.  Korang tahu tak kat mana??Hehehe...Kat Melakalah berdekatan dengan rumah mak aku.  So aku bawak anak-anak aku ke rumah mak sebab tak bawak ammar.  Mintak mak jagakan kejap.  Aku janji dengan kawan aku nak pi sama-sama.  Kawan aku amik kat rumah mak aku.  Biasalah bila asben keje hujung minggu kenalah pandai-pandai bawak diri.  Keluar dengan izin yea..Hehehe..

Di majlis kawin kawan sekolah aku iaitu Zailina Ai'syah dan suaminya Hesham.  Kawin dengan orang Arab.  Ada jugak kawan yang kawin dengan orang luar.  :D

Masa untuk pulang.  Suruh adriana bergambar dalam kereta sebab menunggu kawan-kawan aku yang berbincang di luar.

Entah apa yang dibincangkan.  Dengar cerita dia orang nak ke Genting beramai-ramai.  Itulah kot yang dibincangkan.  Kalau aku bujang bolehlah join.  Hehehe...

Anak aku yang keboringan aku suruh lagi bergambar.  Sampai macam gini posingnya.  Janji happy yea nana!!!

Tak habis bincang lagi.  2 gambar aku dapat snap yang dia orang sendiri tak tahu.

Lepas tue settle dan aku terus balik rumah mak aku.  Tunggu asben aku sebab nak ke hospital nak tengok pakcik aku di HDW dan pakcik aku telah pun kembali ke rahmatullah rabu lepas.  Nanti aku cerita yea.  Al-Fatihah buatnya.