Sunday, August 4, 2019

Cerita 1 Syawal 1440H

Assalamualaikum.

Aidiladha hampir tiba. Aku baru terhegeh-hegeh nak cerita fasal Aidilfitri yang sudah lama berlalu. Kekangan masa membuatkan aku terbatas untuk menulis di sini. Sedang gigih mahu menyiapkan manuskrip. Bilalah hendak sampai ke perkataan 'TAMAT'.

Baiklah, memandangkan gambar-gambar sudah lama dipindahkan ke dalam komputer aku pun merajinkan untuk berkongsikan di sini. Salah satu halangan untuk menulisnya bila gambarnya terlalu banyak dan aku malas nak memilih.

Berpinar mata.

Tahun ini kami mengulangpakai baju kami dua tahun lepas. Konsep kami masih sama. Konsep berjimat-cermat. Selagi boleh digunakan selagi itulah kami pakai. Cuma baju untuk Adriana sahaja yang baharu memandangkan baju lamanya sudah singkat.

    
Beginilah bila mahu bergambar.

Sisi lain pula.

Kami beraya di rumah sendiri dulu. Sebelum bergerak ke rumah emak, bergambar dulu selepas solat raya pagi Syawal itu.

Family potret yang agak rare untuk kami. Idea akulah suruh suami dan anak-anak aku bergambar begini.

Lagi di posisi yang lain. Rasanya macam aku sahaja yang berubah gaya.

Waktu ini sudah tiba di rumah emak. Geng perempuan dalam keluarga.

Aku dan anak-anak dara.

Waktu ini dalam kereta menuju ke rumah emak.

Inilah gambar keluarga aku. Ayah tak bergambar sebab tak sihat. Ayah baring masa ni. Jadi kami sajalah yang bergambar.

Aku dan emak.

Beginilah kami pagi syawal.

Cucu-cucu emak dan ayah. Lima orang semuanya.

Waktu ini mahu ketepikan meja untuk sesi bergambar.

Punyalah riuh nak bergambarnya.

Aku dan suami.

Kemudian menziarahi tanah perkuburan.

Pusara arwah nenek.

Pusara arwah atok dan juga arwah obek (maklong). Pusara mereka bersebelahan. Arwah obek aku meninggal tahun lepas.

Dan ini pula pusara ayah mentua.

Sebelah petang aku sekeluarga memang di rumah mak mentua. Beginilah suasananya sebab anak-anak buah emak akan datang beraya. Begini juga rutin setiap kali raya.

Begitulah cara kami beraya. Mujurlah masing-masing kampung di Melaka jadi ulang-alik sekitar situ sahaja. Nanti aku sambung lagi ya.

Sekian dan wassalam.


1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..