Friday, July 26, 2019

Hampir Empat Bulan Merantau

Assalamualaikum.

Pejam celik sudah hampir empat bulan aku dan anak-anak berada di kota metropolitan ini, Johor Bahru. Metropolitan sangat sampai semuanya jadi kejutan budaya termasuk maknya. Hahaha. Manakan tidak. Kejutan dengan persekitarannya. Kejutan dengan tempat tinggalnya. Mahu serasikan diri di tempat orang bukanlah perkara yang mudah. Melainkan kalau memang sejak azali lagi kau memang hidup merantau. Itu memang tak kisah sangat.

Lain orang lain rasanya. Ini pula nak kena keluar daripada zon selesa. Dari rumah sendiri ke rumah sewa. Dari rumah bawah kau kena memanjat sampai tingkat empat. Memang kau kena berlapang dada buat masa ini. Dapat kembali tinggal dengan suami memang satu rezeki. Itu perkara lain.

Banyak juga yang perlu kami ubah ketika berada di sini. Rutinnya juga berbeza. Merasalah seketika perubahan baharu yang entah sampai bila.

Tak mengapalah. Orang kata merantau ni bagus tapi tidak pun pada aku. Pendapat masing-masing. Tidak perlu dipertikaikan.  Untuk setahun dua ini bolehlah kalau nak hadapnya. Impian tetap mahu kami empat beranak kembali ke tempat asal kami.

Masa ini suami aku kerja. Aku bawaklah anak-anak keluar. Dah pandailah pergi kawasan dekat-dekat rumah saja.


Minuman kami.

Maggi goreng.

Maggi celup.

Nasi ayam penyet.


Untuk sesiapa yang mahu menempah ecard boleh hubungi 019-3411986 (Nor)




1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..