Assamualaikum.
Hai.
Aku kembali lagi di sini. Blog yang semakin ditinggal jauh. Entahlah buat masa ini keadaan diri masih belum sepenuhnya mahu fokus dengan kerja-kerja yang aku suka buat. Ya. Kerja yang aku suka buat di kala sendirian. Di kala waktu senggang. Tapi kini tidak. Perasaan malas membelenggu.
Membaca.
Menulis.
Menonton drama.
Ketiga-tiga di atas aku tinggalkan. Menulis itu adalah sesekali aku buat. Aku kini sedang sibuk menyiapkan satu tugasan yang belum jumpa penamatnya. Paling tidak pun aku menulis di instagram atau di laman muka buku.
Itu pun bila datang kerinduan dalam diri. Tiba-tiba perasaan melonjak-lonjak mahu menulis. Aku cuba juga mencari momentum untuk menulis juga. Paksa diri. Ada sahaja ceritanya namun bila kemalasan itu merasuk diri, satu patah perkataan pun sukar dititipkan.
Bukan sahaja masalah menulis membelenggu diri. Masalah membaca juga turut menjadi masalah kedua dalam diri. Mungkin sebab ada perkara yang belum selesai membuatkan segala kerja yang aku suka buat terbatas.
Aku berharap agar masalah ini tidak berlarutan terlalu lama sebab bila terjadinya sebegini terasa sangat-sangat terganggu. Ada masa sampai bertanya pada diri sendiri.
"Kenapa aku ini?"
Buat masa ini menulis selagi boleh bila setiap kata-kata kita tidak diendahkan. Menulis itu satu terapi kerana menulis itu menjadi tempat untuk kita meluahkan apa yang terpendam di dalam hati kita. Hanya kita yang tahu diri kita sendiri.
Orang lain?
Pedulikan.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Sekarang menulis dah tak payah cari kertas, pen
ReplyDeleteTekan pakai jari aje.
Benar, dengan menulis satu kelegaan :)
ReplyDelete