Tuesday, October 31, 2017

Menulis Sebahagian Daripada Jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua.

Muncul kembali dengan entri-entri schedule. Terpaksalah sekarang. Tak boleh taip dan terus publish. Sekarang dah tak boleh nak berblogging berjam-jam dan mengarang hari-hari. Memang tak dapat dan tak sempat. Jadi kenalah mencari sedikit ruang dan waktu yang boleh diselitkan untuk berblogging.

Masa berblogging, masa itu juga nak berblogwalking. Masa itu jugak kalau sempat nak meninggalkan komen pada blog yang diterjah. Kadang sempat baca saja. Maafkan saya. Pada yang sudi meninggalkan komen, saya memang menghargai dan terharu. Tak apa, saya akan tinggalkan komen juga pada blog kalian.

Sekarang ini banyak kejar masa. Saya sedang sibuk menyiapkan beberapa projek. Hah. Bunyi macam projek juta-juta saja. Hehe. Ini bukan projek juta-juta. Projek saya biasalah, projek menulis. Untuk tahun ini tiga buah buku antologi yang diterbitkan. Alhamdulillah.

Sahabat saya, Firzarawahida antara yang menyokong minat saya.
Bersahabat sejak di Politeknik Ungku Omar.

Satu pencapaian baik buat diri sendiri. Tak sangka juga sampai tiga buah buku untuk tahun ini. Jadi tahun depan saya kena lebih fokus dan rajin. Semoga saya dipinjam ilham daripadaNya untuk saya terus menulis.

Buku antologi kedua saya sudah dibuat promosi. Nanti saya kongsikan. Kali ini buku antologi ini bergabung bersama 39 orang penulis lain di bawah penerbit Jemari Seni. Pihak penyelenggara sudah menjalankan promosi di laman buku beliau. Saya akan menyusul.

Semoga cita-cita saya dan cita-cita kalian tercapai.

Izinkan saya undur diri dulu. Mahu menyiapkan tugasan lain yang menanti. Harap dapatlah disiapkan secepat mungkin. Tahun depan perlu bekerja keras sebab ada beberapa projek suku tahun pertama. Projek Anekdot. Nantikan dan mohon doakan dipermudahkan urusan saya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, October 30, 2017

Majlis Bacaan Yassin

Assalamualaikum.

Hai korang.

Jumaat lepas seperti biasanya, sebelah pagi akan diadakan sedikit majlis bacaan yassin. Adakalanya makanan yang disediakan disumbangkan oleh staf. Yelah, ada yang nak bersedekah di hari jumaat kan. Kadang disiapkan oleh pihak katering. Setakat menu pagi saja untuk 30 orang. Selalunya ada yang kerja luar memang tak ikut serta.

Jadi jumaat lepas, alhamdulillah. Ada yang sumbangkan makanan untuk majlis tersebut. Menunya pun sedap-sedap. Nasi lemak, ayam goreng, bubur jagung dan agar-agar. Itu sahaja rasanya. Majlis bermula lebih kurang 8.30 pagi dan berakhir dalam jam 9.30 pagi. Itu siap makanlah.

Meja yang menghidangkan pelbagai santapan.

Antara yang hadir. Sebelah depan para pegawai. Duduk sebelah hujung bersongkok itu adalah pengarah JKM, Encik Burhanuddin bin Bachik.

Yang kami doklah di belakang sambil berswafoto. Kali ini Myra Mokhtar bercuti. Yang ada Nurul Shuhadah. Hehe.

Inilah menu saya. Oh ya, ada paru sambal juga masa itu. Sedap sekali. Tukang masaknya pula dulu pernah bekerja di JKM. Sekarang dah bersara. Memang puan tu masa kerja pun suka benar bawa makanan ke pejabat. Begitulah kisah jumaat saya yang penuh warna-warni dengan makanan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, October 27, 2017

Titian Cinta Slot Akasia

Assalamualaikum.

Hai.

Saya sedang demam Titian Cinta. Teruk benar saya ini kalau mengikut drama. Sebelum ini kalau Zul Ariffin berlakon, saya jarang nak tengok melainkan Fattah Amin. Haha. Tak jugak sebenarnya. Saya tengok hero dan heroinnya. Drama Zul Ariffin berlakon dengan Fathia saya tak ikut langsung sebab mungkin saya tidak minat heroinnya.

Kali ini drama ini saya ikut sebab mungkin heroinnya. Jatuh hati dengan lakonan heroinnya dan jatuh suka dengan lakonan Zul Ariffin dalam drama tersebut. Jadi saya sudah beralih arah menjadi fan si Zul Ariffin. Hati manusia kan berbolak-balik. Gitulah. Haha.

Hasil carian imej untuk titian cinta
Mungkin juga keserasian antara hero dan heroin. Saya rasa mereka sangat serasi. Heroinnya sebenarnya saya suka tengok dari music video Khai Bayang lagu Bayang. Mula-mula tak perasan sebenarnya. Dok fikir mana lagi yang saya pernah tengok selain drama Papa Ricky. Lemah lembut sahaja orangnya. Paling suka dengar suaranya.

Drama Titian Cinta ini sudah nak sampai penghujungnya. Biasalah bila hujung-hujung drama yang jahat, yang saiko semua akan menemui jalan keinsafan. Kembali ke pangkal jalan. Realitinya pun sebegitu. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Dari jahat menjadi sebaik-baik manusia. Cepat atau lambat sahaja.

Kalau nak tahu, saya dan kawan saya akan ulang tengok masa waktu rehat. Bila tengok dengan kawan yang sekapla (Baca: sekepala) memang seronok. Bila tang babak yang suwit, saya tampar dia, dia tampar saya. Kemudian mengekek ketawa sambil kata.

"Ooo tidakkkk kenapa dia suwit sangat."

Gatai aih. Haha. 

Jadi saksikanlah kesudahan drama ini minggu depan. Saya siap beli novelnya tapi belum habis baca sebab saya sedang sibuk menulis. Bila sibuk menulis, memang tak sempat nak membaca. Kena hentikan seketika dan beri laluan untuk yang lain.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, October 25, 2017

Misi Jelajah Pulau

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat pagi. Saya mencari ruang dan masa untuk menulis entri ini. Hampir sebulan entri ini tertangguh dek kekangan masa. Bila menulis entri yang berkisarkan percutian, haruslah menjiwai. Haha. Tersangatlah over. Sungguh. Saya cuba mencari momentum tapi cuma malam tadi mood dan momentumnya sampai.

Barangkali angin monsun sudah tiup balik ke darat. Untuk tahun ini saya masih menunggu dua buah buku antologi diterbitkan. Itulah semangatnya belum tiba. Saya jenis bila sudah ada baru terasa semangatnya membahang dan memekar dalam diri.

Baiklah, hujung September pada 30 September 2017 saya sekeluarga ke Mersing. Entri ini kesinambungan dari entri yang ini. Boleh jemput baca dulu entri tersebut sebelum meneruskan membaca entri ini.

Pagi sabtu, ada beberapa buah keluarga yang akan jelajah pulau. Orang panggil apa? Island Hopping. Keluarga yang lain ada yang tak ikut serta. Jadi ada dalam lima buah keluarga yang ikut serta program ini. Saya ikut saja apa yang suami aturkan.

Sebelum bertolak haruslah bersarapan dulu di resort.

Ini pula sebelum bertolak ke jeti. Haruslah berkemas dulu barang yang nak dibawa.

 Budak-budak ni bergambar tak habis-habis.

Perjalanan atas bot sudah dimulakan.

Destinasi yang pertama. Maaflah saya sudah lupa nama-nama pulau yang kami singgah. Tapi tempatnya sangat cantik dan sejuk sahaja mata memandang.

Anak-anak bukan main seronok lagi.

Cubaan menyelindungkan kaki supaya tak sunburn. Hehe.

Gambar ini diambil oleh orang yang bawa kami.

Gaya bebas. Saya suka tengok gambar ramai-ramai begini.

Ini gayanya lebih formal.

Inilah suasananya. Kami singgah dalam setengah jam ke satu jam. Siap makan dulu.

Antara para isteri yang turut serta.

Bagi peluang saya bergambar sorang.

Kemudian dengan anak-anak pula.

Barulah swafoto satu famili.

Saya dengan suami pula.

Bersantai dulu sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.

Ini gambar candid. Dari FB Jelajah Pulau.

Suka tengok gambar ini. Dari kamera tour guide jugak.

Bukan main cik kak itu mencekak pinggang.

Entah bila-bilalah yang diambilnya.

Team kami.

Kerjaan saya asyik dok mencekak pinggang. Acah-acah mandor pulaknya.


Ini destinasi kedua. Baru sampai dn dengar taklimat. Kena hiking untuk ke puncak dan melihat keindahan alam.

Setelah bersusah payah dengan pelbagai aksi, akhirnya saya dan anak-anak sampai juga. Bantuan suami yang bising mulutnya. Suruh pegang pokoklah, suruh pijak batu itulah, suruh pijak sinilah. Saya pertama kali hiking dengan treknya yang menggerunkan dan tidak terlintas dek akal treknya sebegitu memang boleh buat takkan hiking lagi. Hahaha.

Tengok anak-anak saya. Dia orang ketakutan. Bukan takut tetapi gayat. Dak Adik boleh melalak sampai atas.

Ada tiga kumpulan masa kat atas ini. Lelaki yang berbaju merah sebelah depan itulah orang yang membawa kami.

Gaya bebas. Seronoknya. Orangnya pun peramah. Macam dah lama kenal aje gayanya melayan kita orang.

Tengoklah Dak Ammar. Nama aje lelaki tetapi masa nak turun dia sambung menangis. Boleh pula dia kata tak nak turun sebab takut. Bukan dia saja yang takut. Sebenarnya saya pun cuak-cuak memikirkan gaya macam mana nak turun dengan cerunnya bukit itu. Sudahnya, lelaki baju merah tadi yang dukung Ammar turun. Dia turun bawah dulu.

Inilah antara gayanya. Kami buat ala-ala menggelongsor. Tapi tidaklah gelongsor sungguh-sungguh. Koyak pulak seluar nanti.

Pasangan suami isteri ini pun turut sama menggelongsor. Sudahlah kami berselipar. Memang agak berbahaya. Lelaki itulah housemate suami.

Tengok tu gaya yang lain. Dengan anak di belakang. Itu officemate suami. Gambar ini pun suami yang rakam.

Selesai hiking. Kepenatan sampai termenung seketika.

Marilah kita berswafoto.

Kemudian berhenti di sini. Sini turun untuk berenang. Saya tak turun ye. Saya jenis yang takut air. Lagipun tak tahu berenang.

Saya ditugaskan untuk merakamkan gambar mereka.

Hanya suami dan Dak Kakak sahaja yang turun. Jadi dah tahulah penakut si Ammar tu menurun daripada siapa? Hahaha. Dekat sini mereka ada melakukan aksi turun tiruk. Adoi kecut-kecut perut mak nak. Tapi suami saya tak buat pun. Dia tu gayat.

Kemudian meneruskan lagi ke destinasi lain.

Kat sini kami duduk lama juga. Dalam dua jam. Sudahlah bahang mentari sedang terik. Memang waktu sampai tersangatlah panas. Mereka ada buat barbeque sekali. Konsep mandi sambil makan.

Saya sempat berendam. Sejuknya. Sedap sekali bila dapat berendam begini.

Gamat.

Cantik sahaja permandangannya.

Mereka snorkeling. Saya tidak. Hahaha.

Singgah pula satu tempat. Dia orang lakukan aksi terjunan yang viral. Entahlah saya tak tengok sebelumnya. Ini tengok secara live masa itu.

Saya kongsikan di bawah ini beberapa gambar permandangan sepanjang seharian kami jelajah pulau.
Ini Pulau Rawa.

Betapa indahnya permandangan ini.

Inilah bot kami. Todak IV.

Nampak tak? Cantiklah gambar ini.

Biru sahaja air laut.

Ini masa mereka menyaksikan aksi terjunan kalau tak silap saya.

 Candid kat laki bini pulak.

Permandangan dari tempat yang kami hiking.


Bot laju menyelusuri laut menuju ke pangkalan.

Alhamdulillah. Dalam jam tujuh kami tiba di jeti. Sebelum balik dan bersurai, haruslah bergambar dulu di pintu masuk. Masa datang semuanya tak sempat.

Ini pula team perempuannya.

Kami sempat singgah makan bersama sebelum masing-masing meneruskan perjalanan pulang ke Batu Pahat dan saya sekeluarga terus pulang ke Melaka. Begitulah misi jelajah pulau yang amat menyeronokkan saya. Memang saya seronok sangat walau ada aktiviti-aktivitinya saya tak ikut serta. Setakat saya melihat permandangan indah ciptaan Allah SWT sudah mencukupi sambil itu saya cuba-cuba mencari ilham. Hah gitu. Poyo sangat di situ. Masa hiking kau tak dan pun nak berilham. Dok fokus kat selipar nan licin tapaknya.

Oh ya, pada sesiapa yang nak cuba misi jelajah pulau ini bolehlah terjah laman muka buku Mersing, Island Hopping & Tours.

https://www.facebook.com/GOIHAT

Cuma buat masa ini mereka sudah tutup sehingga April kerana monsun. Apa-apa bolehlah tengok gambar-gambar mereka yang cantik-cantik sangat dan ditambah dengan tour guidenya yang peramah dan friendly. Semoga terhibur membaca jurnal misi jelajah pulau saya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim