Friday, October 27, 2017

Titian Cinta Slot Akasia

Assalamualaikum.

Hai.

Saya sedang demam Titian Cinta. Teruk benar saya ini kalau mengikut drama. Sebelum ini kalau Zul Ariffin berlakon, saya jarang nak tengok melainkan Fattah Amin. Haha. Tak jugak sebenarnya. Saya tengok hero dan heroinnya. Drama Zul Ariffin berlakon dengan Fathia saya tak ikut langsung sebab mungkin saya tidak minat heroinnya.

Kali ini drama ini saya ikut sebab mungkin heroinnya. Jatuh hati dengan lakonan heroinnya dan jatuh suka dengan lakonan Zul Ariffin dalam drama tersebut. Jadi saya sudah beralih arah menjadi fan si Zul Ariffin. Hati manusia kan berbolak-balik. Gitulah. Haha.

Hasil carian imej untuk titian cinta
Mungkin juga keserasian antara hero dan heroin. Saya rasa mereka sangat serasi. Heroinnya sebenarnya saya suka tengok dari music video Khai Bayang lagu Bayang. Mula-mula tak perasan sebenarnya. Dok fikir mana lagi yang saya pernah tengok selain drama Papa Ricky. Lemah lembut sahaja orangnya. Paling suka dengar suaranya.

Drama Titian Cinta ini sudah nak sampai penghujungnya. Biasalah bila hujung-hujung drama yang jahat, yang saiko semua akan menemui jalan keinsafan. Kembali ke pangkal jalan. Realitinya pun sebegitu. Manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Dari jahat menjadi sebaik-baik manusia. Cepat atau lambat sahaja.

Kalau nak tahu, saya dan kawan saya akan ulang tengok masa waktu rehat. Bila tengok dengan kawan yang sekapla (Baca: sekepala) memang seronok. Bila tang babak yang suwit, saya tampar dia, dia tampar saya. Kemudian mengekek ketawa sambil kata.

"Ooo tidakkkk kenapa dia suwit sangat."

Gatai aih. Haha. 

Jadi saksikanlah kesudahan drama ini minggu depan. Saya siap beli novelnya tapi belum habis baca sebab saya sedang sibuk menulis. Bila sibuk menulis, memang tak sempat nak membaca. Kena hentikan seketika dan beri laluan untuk yang lain.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

  1. Tak dan nak tenguk drama2 ni.
    terutama drama bersiri, takut terjebak.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..