Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Selamat pagi. Selamat hari ahad. Sudah masuk hari kedua berpuasa. Aku baru berkesempatan untuk menitipkan sesuatu di sini. Dua tiga hari sebelum datangnya Ramadhan, aku diduga dengan anak yang tidak sihat. Anak nombor dua disahkan HFMD. Tak sangka pula boleh kena. Selalunya dengar saja kes ini, tapi kali ini anak sendiri pula yang kena. Elak macam mana pun kalau Allah nak bagi, kenalah reda.
Untuk kaum muslimin dan muslimat, Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Terutamanya pada kawan-kawan alam maya dan para pembaca blog yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah. Bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang untuk merasai Ramadhan lagi tahun ini.
Semoga kita dapat menghayati dan manfaatkan sebaik mungkin bulan yang barakah ini. Semoga kita dapat mengandakan ibadah kita dan dipermudahkan segala urusan kita dalam menjalani ibadah. Semoga amal ibadah kita diterima olehNya. InsyaAllah. Amin.
Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata atau keterlanjuran kata sepanjang aku menulis di blog ini. Moga dimaafkan atas segala kekhilafan aku. Akhir kata, selamat berpuasa. Gandakan ibadah seolah-olah inilah Ramadhan yang terakhir. Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah dan menjalani ibadah puasa. Salam Ramadhan. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Ramadhan Kareem.
ReplyDeleteSelamat berpuasa.
Mudah2an anak Fyda cepat sembuh
Selamat beribadah di bulan ramadhan Fyda
ReplyDeleteMengharap semuanya baik-baik hendaknya..
salam ramadan kareem
ReplyDeleteJanjiKita