Wednesday, May 31, 2017

Dugaan Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Salam 5 Ramadhan 1438. Hari ini adalah hari terakhir Mei. Esok sudah melangkah Jun. Sekejap sahaja kita sudah berada di hari kelima berpuasa. Semoga amalan yang dilakukan juga seiring dengan bulan penuh keberkatan ini. Aku ada target untuk bulan Ramadhan ini. Semoga tercapai hendaknya. Kesibukan aku sejak khamis lepas membataskan aku untuk menulis di sini. Seperti yang sedia maklum, dugaan tiba sehari sebelum kedatangan Ramadhan.

Sehari sebelum Ramadhan, anakanda kedua, Ammar Qayyum disahkan HFMD iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut. Memang tak disangka-sangka nak kena pun. Sangat tak terduga. Memang selalu dengar penyakit ini tetapi tak sangka kali ini anak sendiri pula yang kena.

Hari ini aku masih bercuti. Alhamdulillah, nasiblah tahun ini telah dikuatkuasakan cuti kuarantin untuk ibu dan bapa yang anaknya kena penyakit berjangkit ini. Jadi aku cuti sejak jumaat lepas dan akan berakhir esok. Memang mereput duduk di rumah saja sambil memantau budak kecik tu. Tak kecik pun. Umurnya sudah 6 tahun tapi aku anggap dia masih kecik sebab dia yang bongsu. Bongsu setakat ini. Hehe.

Malam khamis aku perasan telapak tangannya sudah timbul merah-merah. Malam itu juga aku bawa dia ke klinik. Kebetulan suami pula sampai lambat. Tawakal saja ke klinik sendiri malam-malam begitu.

Surat doktor.

Hari pertama dikuarantin.

Kesian. Bila disapu ubat memang kau kena berbaring ajelah dik. Tiadalah aksi stunt melompat ke sana-sini.

Ubat ini untuk disapu di tapak kaki dan di tangannya. Berapa kali pesan jangan jilat tangan dia. Risau jugak budak sorang ni. Termasuk sabtu dan ahad, sudah enam hari kami melepak di rumah saja. Gigih dengan tak saja. Tapi sepanjang enam hari ni banyak kerja rumah aku dapat buat. Kemas rak buku, buang majalah, kemas dapur. Apa lagi? Sampai tak tahu nak buat apa. Paling kurang pun baring-baring sambil baca novel. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


3 comments:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..