Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara untuk pagi ini. Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya dan semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Itulah hendaknya. Hari ini sampai awal sedikit di pejabat. Tidaklah terkejar-kejar mahu cari parking, mahu naik tangga supaya punch card tidak merah. Masih boleh relax lagi.
Awal pun dalam 5-10 minit begitu. Bukanlah terlalu awal memandangkan aku perlu selesaikan hal suami dan anak-anak terlebih dahulu. Jadi pagi ini sempat aku blogwalking dan terjumpa artikel ini. Aku kongsikan untuk makluman supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah. Wallahuallam...
3 Golongan Yang Di Laknat Allah
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 3 Golongan Yang Di Laknat Allah. Pengisiannya diolah dari Facebook salah seorang rakan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga golongan yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu:
Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya. Di
dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kedua ibu bapanya
termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah. Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Bukhari )
Kedua
: Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian
setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.
Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Ianya mungkin berlaku apabila ada seorang wanita mengadu kepada seorang lelaki lain mengenai masalah rumahtangganya. Sebagai seorang mukmin, lelaki tersebut perlu menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.

Ketiga
: Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan
saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.
Semoga kita tidak termasuk dalam mana-mana 3 golongan yang di Laknat Allah. Aminn...Nabi SAW bersabda maksudnya : ''Sesungguhnya, orang-orang yang suka menghasut tidak akan masuk syurga.'' (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..